Sedar tak sedar dah hampir 6 tahun aku kenal ngan encik Bee. Banyak ombak duri yang ditempuhi bersama. Chewaaaahhh...Jiwang siot kau Moon. Muntah hijau kang orang baca. Sudah ler tu...kau memang tak biase ngan jiwang-jiwang ni. Dengan jin wang biase la. Isk Isk Isk.
Actually selama ni aku tertanya-tanya bila la aku boleh settle down ngn encik Bee. Rasa macam dah lama sangat kenal. Tadi aku blog walking, end up kat satu blog ni, tengok countdown kapel dah nak dekat 9 tahun dah...Gilo lah. Countdown kahwen baru setahun lebih. So dalam hati aku rasa macam it's okay tunggu sikit lagi. That girl tunggu lamaaaaaa kot before sampai jodoh.
Laptop aku dah bertukar-tukar, dah format reformat bagai, abis folder kahwen aku hilang. Nak kena start research from scratch. Tiap-tiap kali google, mesti idea bertukar-tukar sebab ramai orang dah buat and so on kan. Aku pon dah bercelaru konsep ape nak pakai. It's okay...lambat lagi. Nak grad lagi setahun dua bulan kot, keje setahun....so aku ada dua tahun lagi nak planning.
Plus, aku bertekad setahun pertama keje tu nak all out. Priority memang harta benda...Baru tadi papa cakap jangan jadi orang tamak. Kisahnya sebab aku ngadu dah tak leh buat loan kete tanpa muka untuk fresh graduate. Sebabnya kete merah aku sekarang ni papa letak nama aku siap-siap. Papa cakap nak buat ape loan tu, kete dah ade. Kalau nak, maksudnye tamak lah. Amik kau! Tamak yang diberikan kepada ku?? Oh noooo =(
Dan aku terus balas, kot la nak beli kete besau! Ces....Takpe la...aku tamak kot lain la plak. Hahahaha...Aku ni memang bersekutu dengan jin wang nampaknya. Encik Bee pon cakap kalau die nak hantar gi off shore pon pegi ler....Masyuk kot! Katanya laaa. Maka jin wang pon dah ade ramai sekutu. HaHa...takpe. Memang aku tak sabar nak mengumpul harta pon. Dah stabil, baru la boleh dengan jantannya aku cakap kat Pak Talib pasal nak menikah! HaHa.
Dream wedding memang meletup-letup. Mau meletup bank negara kalau keje nya hanya nak merealisasikan impian aku tu. Kisahnya semua nak yang hebat-hebat lah. Sape tak nak kan? Yang menghalang impian tercapai adalah jin wang yang tugasnya hanya menyeru kau berbelanja tapi tidak menyimpan. Macam biasa laaa...#typical me.
Mama pon kalau ikutkan sekarang dah ber-dreaming nak buat kenduri. Pegi kenduri anak cik Fauziah, iaitu mak si Amirul, iaitu laki si Irine, yang berjiran selang sebuah rumah ngan aku selama lebih 11 tahun, eksaited tangkap gambar pelamin plak. Bila tanya pasal pengantin, mama cakap entah la...bila pengantin sampai...mama sakit perut. Terus cabut masuk rumah menuju bilik kecik paling hujung. Hadoi -_-
So...kisahnya, sabar lah korang pembaca terhormat menunggu wedding of the century yang bakal berlansung dengan izin Allah dalam masa 2 tahun lagi. HeHe. Cuma sekarang aku setiap kali berdoa, panjangkanlah umur, panjangkanlah jodoh, permudahkanlah urusan untuk mengakhiri hubungan ini dengan pernikahan. Aminnnnnnn.....
Okay..itu saja mimpi-mimpi aku kali ni. Gud nite everybody. Gud nite Honeybee.
Selamat berpuasa dan bangun sahur jap lagi...Omaigod, jam baru 2.30 pagi tapi aku dah lapar. Tido Moon.
2 comments:
jangan disusahkan perkara yang senang (^_^)
ye baik encik (^..^)
Post a Comment