Sape yang follow blog aku ni tahu kan dulu aku ni montel-montel sket. Sekarang pon still bukan berada di tahap selesa la. Even dah banyak dengar yang cukup-cukup la aku kuruskan badan sebab dah ok and so on...tapi still aku tak puas. Memang aku target before masuk industri ni aku nak sehabis boleh slim kan badan and get that hot figure. Aku tak target pon nak slim sangat. Aku just target nak bikini figure je. Boleh? Haha.
Dulu masa tong dram, memang selalu down. Orang selalu underestimate. Aku dah cerita dah kat entry dulu-dulu pasal setiap kali sukan tahunan je cikgu-cikgu mesti suh aku lontar peluru or lempar cakera. Padahal aku tak gifted pon dalam benda-benda gitu. Aku lari beriya dalam saringan 100m, tapi still takde orang percaya kebolehan aku. Fine. Aku pon malas nak panjang cerita. Nak tahu lebih, sila la godek balik entry aku dulu-dulu tu.
Now bila dah kecik sket, baru aku rasa macam dihargai. Haha. Dulu kalau join game pape, mesti aku ni kalau tak jadi keeper, mesti duk dekat-dekat ngan keeper. Aku tak kesah jadi keeper. Tapi aku kesah pandangan sekeliling yang anggap gemuk je jadi keeper. Sekarang ni baru aku ade peluang untuk beraksi lebih sket. Kalau masa saringan tu aku memang last sampai tak pe la jugak nak singkirkan aku bulat-bulat kan.
Selalu orang cakap jangan pedulikan pandangan orang. Tapi dalam kes ni, memang kena pedulikan sangat-sangat ape perspektif diorang terhadap orang berbadan montel. Sebab your confidence level boleh drop to zero kalau orang pandang negatif kat kita. Untuk orang yang tak pernah gemuk, memang diorang tak tahu perasaannya. Simply said, memang aku berdendam kesumat lah dengan sesaper yang ejek-ejek aku dulu. Tapi ini aku jadikan dendam ni satu perkara yang positif untuk drive aku ke arah target yang dicapai.
Bulan Ramadhan pon dah dekat. Aku pernah terbaca kat fesbuk pasal jangan niat nak puasa sebab nak kurus. Sebab itu boleh membawa kepada syirik. Niat puasa kerana Allah. Kurus itu adalah bonus sampingan. Akhir kata, semoga kita sama-sama bertemu dengan Ramadhan lagi =)
5 comments:
chayok2!!
tqb =)
Aku pulak terbalik mun. Ada ke suruh aku test lari 100m dgn org2 yg kurus. Sah2 xleh lawan
aiyak...semua orang kena masuk saringan kot dehe. haha
mungkin ini jawapan yang anda cari2 selama ini
http://jomcepatkurus.blogspot.com
Post a Comment