Selepas tujuh bulan kahwin, ini lima kelainan dulu dan sekarang

Orang cakap kahwin ni bermaksud komitmen. Kalau tak nak commit, tak payah kahwin. Semua orang memang ambik masa sikit nak adjust lifestyle. Sebelum kahwin kita agak free nak buat apa, pergi mana and so on, lepas kahwin tidak lagi. Semuanya mesti dibincangkan dan mendapat persetujuan dua pihak. Kali ni aku nak list down lima perkara yang dulu lain, sekarang lain untuk senang nak bagi orang paham apa itu komitmen.

  1. Dulu mengidam iPhone, usaha kumpul duit untuk beli. Sekarang duit dah cukup pon pikir lapan belas kali sebelum beli. Duit tiga ribu ni baik simpan untuk renovate rumah, beli perabot or appliances lain. Dalam erti kata lain, dulu cita-cita kecik, sekarang lagi besar. Dulu nak ada kete je, sekarang nak ada rumah sendiri, dah beli condo nak beli landed house pulak. Gaji tak banyak, resign, tukar keje or totally bidang lain yang boleh buat duit lagi banyak. Dah start pikir masa depan, lima tahun lagi nak jadi apa. 
  2. Dulu awal bulan terus belanja untuk diri sendiri like beli baju baru, pergi spa. Sekarang belanja untuk diri sendiri tu letak last sekali kot ada duit lebih. Before belanja untuk diri sendiri, utamakan belanja untuk sama-sama. Contohnya bayar sewa rumah, bil api air, bil internet, installment rumah sendiri..bukan sama-sama tengok wayang okay. Quota belanja untuk diri sendiri tu dah habis kat installment kereta. Hahaha.
  3. Dulu cuti panjang je, konpem dah destinasi tu ialah kampung halaman tercinta, balik jenguk mak ayah, jiran tetangga dan kucing kat rumah. Sekarang belum tentu lagi nak balik mana, tiba-tiba ada banyak tempat wajib pergi...kampung sendiri, rumah mertua, rumah pakcik belah ayah sendiri, rumah paklong belah mak sendiri, rumah makngah belah mak mertua, rumah maksu belah ayah mertua, rumah nenek, rumah atuk dan sebagainya. Soalan paling glamer kalau gather, "Bila nak datang rumah, ala...bukan jauh pon. Balik hari pon boleh."
  4. Dulu kawan ajak lepak, salin baju, start kete, jalan. Sekarang kawan ajak lepak, tengok husband kat sebelah, dalam hati terdetik "Takkan nak tinggal dia sorang-sorang." Kita pon tak nak dia tinggal kita kan. So selalunya kena ambik pakej, ajak husband, wife ikut sekali. Hehe. Kadang-kadang tu boleh la buat pengecualian. Gossip time with best friends ke, ini cari gaduh kalau bawak husband sekali. Muahahaha.
  5. Dulu nak jaga makan senang. Nak diet, kurangkan makan, jangan masak, jangan pegi kedai. Sekarang kalau sorang tak nak makan, sorang lagi nak, still kena masak or pegi tapau. Actually bukan tak nak makan, tapi bertahan. Dah nampak lauk depan mata, gila tak makan. Nak masak pon takkan seketul peha je nak buat. Periuk nasik pon kalau masak satu pot, separuh tu jadi kerak.  Jadi semua kena masak lebih la. Abis tu, camne nak diet bagai. Macam badan aku ni kurangkan makan pon tak jalan. Kena tak makan baru reti nak kurus.

Ha...ini baru kahwin tujuh bulan. Lain ye masa kapel dengan sekarang. Masa kapel memang la ada share benda, tapi lepas kahwin, everything is zerious bizness. Masa kapel pon ape je share...tiket wayang, karaoke dan segala kos berjimba lain. Pui! Dah kahwin ni banyak belajar. Tak boleh ikut kepala sendiri, lepas buat salah kena minta maaf. Bila marah, diam. Diam sampai esok pon takpe, janji jangan keluar kata-kata yang menyakitkan hati. Aku pon masih belajar. Maklum la, dulu pikir diri sendiri je. Sekarang kena pikir untuk kebaikan bersama, kena tolerate, give and take. Kena tahu apa itu erti adil dan saksama, tahu ikut giliran, tak boleh makan sorang. Paham?



Tunggu sampai dia datang okay?

Dulu zaman sekolah, konpem ada crush kat mamat hensem tapi kelas hujung, atau pon yang nerd tapi top scorer sekolah. Walaupon aku dulu sekolah pompuan sajer, tapi naik bas together dengan budak sekolah lain. Dalam banyak-banyak tu, ada sorang abang ni ada rupa and dia memang budak pandai. Aku suka tengok dia. Hari-hari semangat nak tengok dia dalam bas. Kitorang terpisah (chewahhh...drama sangat) bila dia masuk MRSM dan aku ke SBP. Lepas sekolah dia fly ke UK, aku plak fly ke German. Walau bagaimapon, dedua buat engineering gitu. Ada chemistry tapi obviously takde jodoh. Hahahaha.

Masa aku kat German, aku dengar berita yang menyedihkan. Abang tu ditimpa kemalangan yang tragis and he passed away...on the day of his nikah. Allahuakbar. Sebab itu aku tak berjodoh dengan dia. Allah tahu aku tak mampu nak tanggung sedihnya pemergian suami beberapa jam selepas lafaz akad nikah. Kakak tu seriously seorang yang tabah. Aku ni Mr. D tak wechat dah sampai office pon aku dah gelabah risau. Tak boleh bayang situasi kakak tu, sampai aku pesan berkali-kali kat Mr. D "please don't you ever leave me alone" and bila dia jawab ya tu aku rasa lega, eventhough dah tahu yang itu bukan kuasa kita.  Kakak tu dah moved on now. Hebat.

Sekarang ni ramai yang confuse jodoh tu dah sampai ke belum. Is she/he the one? Ada yang setakat ada calon, tapi still ragu-ragu. Kahwin memang nak, cuma tak sure, betul ke itu jodoh dia. Kawan aku ada cerita pasal ni. Aku pon buntu nak cakap macam mana. Sebab kes aku lain, aku dah tahu he's the one, then baru nak kahwin. Yang mamat tu dah nak kahwin, tapi which one belum tahu. Hadoiyai. Last sekali aku belasah je la suruh dia kahwin dulu, pastu bercinta lepas kahwin. Setel.

Hmm...kisahnya entry ni sebab terkenangkan zaman dulu-dulu sebelum kenal Mr. D. Sikit punya banyak aku crush, sorang pon tak jadi, memendam perasaan sorang je. Tapi syukur sangat akhirnya kahwin jugak dengan boyfriend lapan tahun. Lagi sebulan lebih masuk la tahun ke sembilan. Tak nak kira anniversary dari satu balik boleh tak?? Huhuhu. Ada sebab kenapa crush kau tak menjadi, kapel pastu break, tunang pastu putus. Kau nak dapat yang lagi baik sebenarnya. Kau tunggu je la...alhamdulillah aku dah dapat.



Let's run

My last post was a bit emotional. Luckily today someone shared this on Facebook and made my day. 




Kadangkala aku terkenang

Orang cakap benda dah lepas, tak yah dikenang dah. Next time buat better. Tapi selalu kan kita payah nak move on sebab kita selalu pikir, kalau kita put extra effort sikitttttt je lagi, mesti end result tu meet our expectations.  Tambah-tambah kalau benda tu sekali seumur hidup je jadi. Tak pon, kita sendiri memang dah buat habis baik, tapi orang lain yang sabotaj buat asal ada je. 

Expectation orang lain-lain. Kalau ikut logik, patutnya kalau nak achieve something big, keje pon kena sepadan la dengan cita-cita. Tapi selalunya diri kita ni ada limit. Nak pegi lagi tak boleh dah. So kita delegate keje tu kat orang, nak tak nak give our trust to others dengan harapan orang lain akan perform sama macam apa yang kita imagine. 

Langit tak selalunya cerah. Mesti ada je orang yang target ala kadar cukup makan dalam semua benda. Kalau boleh kita memang nak buat semua sendiri sampai puas hati. Tapi sebab tangan bukan ada lapan, maka kita pesan-pesan je suruh buat gitu gini. End up, dah kalau pesan air liur je, memang hasilnya cakap kosong jugak la. Tambah-tambah, on that moment baru dapat tahu pelangin angan tu musnah, nasib baik tak rebah situ jugak. 

Aku pernah lalui moment yang sampai sekarang aku tak leh move on. Badan menggigil nak cover expression depan orang. Dah la bawak sekampung datang, dari jauh plak tu. Rasa marah, kecewa, malu, emotional breakdown, ikutkan hati nak terbalikkan meja. Aku tau ada benda yang kita push, tapi memang tak boleh pegi dah. Tapi ni macam bukan benda yang dah habis push je. Dalam otak ni tak boleh brain...bila tanya dulu kata semua okay. Nak dijadikan cerita, tak habis satu issue, esoknya datang pulak yang lain. Macam mana nak move on, sampai sekarang tak boleh nak pikir apa rasionalnya semua tu jadi. Pastu tak boleh nak mengadu kat sape dan akhirnya sampai ke sudah geram sorang-sorang.

Tabah lah hati kau Moon. 



Seni tu tak murah ya

"Buat apa bayar photographer mahal-mahal..membazir je."

Yang aku perhatikan, orang yang cakap macam ni takde sorang pon dari golongan kaya-raya. Nampak macam  diorang nak berselindung di sebalik statement zuhud ni sebab sebenarnya takde bajet nak hire photographer. Aku pon selalu je guna ayat lebih kurang untuk perkara lain. Contohnya pindah ke rumah sewa baru yang takde built in cabinet dapur. So cakap tak yah la beli almari, membazir je, nanti nak pindah lagi. Padahal takde duit nak beli. Sebabnya apa susah kalau beli pon, nanti nak pindah angkut je la sekali. 

Photographer ni charge mahal sebab memang seni tu mahal. Di-topup pula dengan equipment yang nala punya mahal. Modal pon dah gitu, kau gila nak mintak 200 je?! Aku ni memang fail tangkap gambar sebab memang dasar tangan tak berseni bab fotografi. Jadi bila tengok hasil kerja orang seni, rasa wow! Kagum sebab tak terpikir plak angle gitu boleh buat gambar ohsem. Fotogenik tu lain citer la kan. 

So apa kata mengaku je yang gambar photographer memang cantik. Tapi nak hire diorang, kau tu yang takde duit. Walaupon aku jauh sekali nak jadi photographer, tapi aku paham perasaan bila orang tak appreciate hardwork kita. Tambah-tambah lagi bila orang saja je jatuhkan kita untuk tutup weakness diri sendiri. Tak kisah la profession apa pon, semua tu perlukan hardwork and investment.

Bakat tu anugerah. Ada bakat baru boleh gilap. Kalau tangan kau originally memang pengkau, sampai ke sudah ler jawabnya. Ada orang tak pegi training mana-mana pon, tapi bila pegang kamera, automatically tangkap gambar cun. Sebab dia berbakat. Aku pon musykil macam mana, tapi hakikatnya itu lah.

Sekian.