Update selepas sembahyang Asar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Misteri nusantara...ari tu nak buat megi kari letak sosej. Rasa macam baru pakai 2 batang je. Tetibe keluarkan dari peti ais tinggal 3 batang. Hmm...Esok nak kene pegi beli lain la. Hidup pelajar ni makan megi dengan sosej pon dah heaven. Takpon makan homemade beef burger. 


Ha..aku makan sosej murah je. Sosej cap ayam A1.

Semua benda tak kisah pon nak share. Tapi bila nak pakai dah takde, tulang tengkuk pon menyengat tetibe. Pantang betul. Dah la aku masuk zone jimat-cermat ni sebab nak kumpul duit pegi jalan. 

Orang macam nampak aku senang. Tapi aku biasa-biasa je. Cumanya aku jenis minat benda mahal. HaHa. Selagi dalam kemampuan aku, aku tak kisah nak sponsor pape. Sebabnya, aku berat hati nak makan duit orang. Kalau orang tu bersungguh nak belanja, aku tak tolak rezeki la. HeHe. 

Aku memang ada satu perangai, susah nak mintak hutang kat orang. Asik pikir, kalau die ada duit, die bayar la. Kalau aku mintak tym die takde duit, nanti macam menggesa plak. Tambah-tambah kalau orang hutang aku singget je, segan lah nak mintak. Nanti orang cakap singget pon berkira. Takpe, kalau die tak ingat nak bayar, anggap je la aku sedekah.

Sampai perenggan ni aku rasa perangai aku ni teruk lah. Benda-benda gini patutnya tak payah ditulis untuk bacaan ramai. Aku ni mudah sangat tak puas hati ngan macam-macam. Tapi takpe, orang yang mengaku keburukan dirinya adalah hebat. Bahahaha =)


Gambar ni dah banyak orang share kt Fesbuk. Aku rasa bear tu comel dan situasi ini adalah so true. Jadi aku curik publish kat sini. HaHa.

Ouh..sebelum pelbagai spekulasi dibuat, entry ini takde tema pon. Sekadar madah spontan jejari runcingku. Kak Intan cakap jari aku runcing, so bukan syok sendiri. 

Okthxbye.

Sebelas. Sebelas. Sebelas dan Ini adalah entry kontroversi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku purposely update sempena 11.11.11 yang kat Fesbuk habis heboh dah. Banyak pasangan yang nikah hari ni pastu wat majlis esok. Hmm...kiranya rata-rata dalam Malaysia ni berkoyan-koyan jemputan kenduri Sabtu, 12 hb November 2011. Silap-silap satu taman pon ada 3 kenduri. Nak mengejar tarikh cun ni punya pasal. 

Orang cakap ini adalah tarikh yang patut di-appreciate sebab lepas ni 100 tahun lagi baru jumpa. Anak cucu kita lah jumpa gamaknya. Hmm...terlebih dahulu tahniah la kepada pasangan yang diijab kabulkan hari ni. Sudah sah ikatan antara korang. Alhamdulillah...

Bagi yang menengok je orang kawin sambil meleleh air liur kat tepi pelamin, chill la. Tarikh ni sebenarnya takde great meaning sangat pon. Maksud aku, kalau dah terlepas tarikh ni, ape ade hal. Kan? HaHa. 

_________________________________________________________________________________

Garis di atas berfungsi sebagai pembahagi entry ini. Sebab aku aku tak update 2 entries? Sebab entry atas adalah mukadimah. Dan entry ini adalah isi perutnya.

Hari ni aku nak buat entry kontroversi lagi. Aku memang suka bikin panas. Jadi mari lah kita panas bersama-sama.

Tajuk kali ini ialah:

KENAPA LAKI POMPUAN BOLEH STAY SERUMAH KAT OVERSEA, TRAVEL BERDUA KE MERATA BENUA TANPA MENDAPAT PANDANGAN SERONG MASYARAKAT MUSLIM SEKELILING, SEDANGKAN KAT MALAYSIA TIDAK?

Sebelum memandang serong kepada aku, sila baca dengan tenang dahulu. Orang kedah cakap, ni baru stage pelekat api. 

Readers sekalian, perkara ini mungkin dianggap sebagai culture shock oleh sesetengah pihak. Tapi dalam kes ini, ia adalah spesis culture shock yang sangat express. Dalam erti kata lain, ia tidak mengambil masa bertahun-tahun untuk seseorang itu tetibe menukar prinsip 'konservatif' kepada 'moden sket'. 

Hari ni kita dengar orang cakap die tak leh trime balak pompuan tu datang pastu tumpang tido bilik pompuan tu jugak. Pompuan tu plak walaupon ade kawan pompuan kat sebelah, tak nak jugak heret bontot ke sana. Tup. Tup. Esok orang yang berkobar-kobar cakap tadi naik tanduk syaitooon, die plak buat. Biasanya Musterloesung yang die bagi, "Well, people change." 

Namun, jangan pula korang ingat semua yang macam ni konpem-konpem buat benda tak elok. Kita hendaklah bersangka baik. Kalau buat jugak benda tak elok, itu antara dia dengan Tuhan. 

Isunya, ade plak pendapat yang macam ni:

"Aku kalau bab-bab ni kat sini tak kisah. Tapi kat Malaysia aku kisah."

Camtu plak dahhhh....Tapi, soalan selanjutnya ialah kenapa?

(A) Ala...diorang bukan buat pape pon. Tumpang berak se-jamban je pon. 
(B) Dah konpem-konpem tu balak die. Takkan nak suh mamat tu tido kat bilik kawan die plak kan.
(C) Susah la pompuan tu nak ulang-alik. Balak die bukan datang selalu. Dah alang-alang 18 jam duk ngn balak die, ape salahnya genap 24 jam terus. 
(D) Kat Malaysia ada JAIS dowh. Kau giler ape nak buat kat Malaysia?

Hmm..aku personally rasa jawapan yang tepat ialah D. Nak bercakap pasal hukum-hakam, aku bukan lah orang yang berilmu. So, stop it. Aku tak nak bukak subtopic tu. 

Ape yang aku nak cakap ialah, komuniti di luar sana seolah-olah bersatu teguh dalam hal ni.  Kalau bab lain, gaduh sampai sorang baling senduk, sorang baling berus gigi. Memang nampak depan mata laki pompuan keluar masuk umah yang sama, tapi rileks dan chill sentiasa. Bersangka baik tak sudah-sudah.

Ini sebenarnya bukan la perkara buruk sangat. I mean, kadang-kadang lelaki masuk umah just nak tolong betulkan kepala paip, betulkan lampu rosak ke. Tolong packing barang or whatever lah. Memang memerlukan khidmat bantuan kaum lelaki pon. So memang tepat la kita bersangka baik.

Kat Malaysia, kalau situasi tu berlaku depan mata, asik nak bersangka buruk je. Aku yang pernah menjadi salah seorang ahli mesyuarat tingkap di sana, bila balik banyak benda plak tak puas hati. Ye la.. lelaki masuk nak drill dinding pon kene lagak macam pencuri nak masuk umah. Sebab takut nanti jiran nampak lalu bersangka buruk. Isk. Isk. Isk.

Pastu kalau kapel pegi holiday together kat Phuket contohnya, orang lain yang tau tu mula lah cakap-cakap. Padahal, berlambak-lambak benda ni berlaku di luar sana. Ape ade hal, JAIS kan takde. HaHa. 

Tetibe sampai perenggan ni aku rasa isi kandungan belok sana-sini. Maaflah kepada readers yang pening muntah darah membaca. Sebab benda tulis spontan, manusia kan berubah setiap saat. Tadi aku rasa macam nak tulis pasal lain, tetibe lain plak jadinya.

Kisahnya sekarang, kita sendiri konpius dengan prinsip yang kita pegang. Asik nak kena ada pihak yang mengawal kita. Semua orang akan cakap hidup ni tak suka dikongkong. Tapi kalau tak dikongkong, macam-macam jadinya. Ntah-ntah jiran kita tak kisah pon sebenarnya. Ntah-ntah die dulu pon budak oversea. HaHa. Tapi sebab kita cuak tak bertempat, benda yang patutnya tak yah nak suspicious pon boleh mengundang fitnah. 

Aku rasa, kalau betul kita memang nak drill umah, just go on. Kalau tak bagi tukang drill tu masuk umah, tak bergantung lah langsir tu. Betul tak?

Budak-budak oversea kat luar sana, aku memang paham open minded korang. Tapi tak bestnya bila aku terpikir, masa aku selalu overnight luar dulu, macam-macam pandangan negative timbul. Sekarang, mana kata-kata nasihat mu yang dulunya dilemparkan kepada ku? Mana oh mana?

Chill la...aku bukan nak bakar lebih-lebih. Paham memang paham. Tapi cakap tetap cakap, hidup tetap hidup.  HaHa.

Kesimpulan plak. Tak simpul kang nanti marah plak Cikgu Paridah yang ajar aku Bahasa Melayu darjah 6 dulu. 

Kesimpulannya, people change dan manusia berubah. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Tak dapat dielakkan pon. Jadi, untuk diri sendiri, aku mengambil pendekatan, hari ni aku marah sana-sini, kalau esok orang marah aku atas sebab yang sama, aku marah je la die balik. Sape suke kene marah kan? Kalau die ungkit balik kita dulu cakap cenggini-cenggitu, aku cakap la, "Kau tak paham bahasa ke? Manusia sentiasa berubah lah!"

Sekian, thanks for reading this very long entry. Aku dah lama tahan sakit perut. Bye.



Sambutan Merdeka Selepas Trio Test

Assalamuaaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya entry ni dah lama berkepuk dalam draft. Disebabkan kekangan masa dan cuti raya haji, baru hari ni lah aku dapat akhirnya publish menatang ni. Biasa lah..aku kan tukang sembelih lembu. Busy sikit la kan...padahal semayang raya pon miss. Lepas subuh tido balik, pastu mama tak gerak. Salahkan ibu mengandung.

Jadi kat bawah ni aku sajikan gambar monster-monster kelaparan yang bantal sate sorang RM10. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula burger kukus dengan rasa daging 'segar' dan macam-macam lagi. Memang dasyat yam kengkawan. Aku yang tengok ni istighfar dalam hati. isk isk isk.



The Three Monsters. Still steady...


Satu monsters telah tumbang akibat beban dalam perut yang berlebihan!



Emoticon smiley terbentuk dek air kondensasi gelas aku. Perasan tak ada dua mata, satu hidung bulat dan mulut tersenyum yang lebar? Itu lah mood aku ketika itu. HaHa =)



Dan ini lah rupa saki baki sate yang telah selamat dilahap oleh monster-monster yang masing-masing pulang dengan perut ke depan. Kalau orang tanya sape masuk umah dulu, aku akan jawab perut Ecah. HaHaHa. Lepas bontot die masuk, baru perut aku. gagagaga.

Hidup bergoyang kaki sangat heaven. Tak perlu bersusah payah. Btw, di saat bergembira ni muka berseri-seri la. Cuba tanya sekarang. Dapat je result, kening aku terus terbalik. Haishh...takpe. Takde la teruk sangat. Ade lagi yang tak ok. Kita harus bersyukur. Setimpal la ngan study last minute tu.

Ouh..lupa plak. Laju je aku menaip ni. Nak tau sebab ape? Jeng jeng jeng >..<

Keyboard lappie aku tetibe kaputtgegangen. Setelah pening-pening, sebab kalau nak antar kedai, seminggu die cakap. Padahal tukar keyboard je pon, Berdasarkan jangka hayat lappie aku yang aku rasa tak berapa nak lama ni, aku pon beli external keyboard murahan dengan harga RM29. Tapi nampak ala-ala Apple wooooo...Die siap-siap bagi kondom silicone lagi untuk protect surface die. Kot-kot la aku pandir lagi bagi tumpah air.   

Maka dengan bangganya aku nak tunjuk kat korang. Hehe...


Ohsem tak? Yang wireless tak cool sangat. Plus...dah ade mouse wireless, nanti kekonon signal die bercampur-baur akan menyebabkan devices ni gelong. Hmm...teori mana la aku pakai. Lantak pi lah. 

Dear my bestfriend yang nk pulang ke gagang 12th ni, selamat pulang. Looking forward to see you =) After ang abis mosyi-mosyi, mai la kita pillow talk. Kita cut short semua stories and sembang sampai letih. HaHa.

Itu saje update kali ni. Have a good day people. XOXO.