Update selepas sembahyang Asar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Misteri nusantara...ari tu nak buat megi kari letak sosej. Rasa macam baru pakai 2 batang je. Tetibe keluarkan dari peti ais tinggal 3 batang. Hmm...Esok nak kene pegi beli lain la. Hidup pelajar ni makan megi dengan sosej pon dah heaven. Takpon makan homemade beef burger. 


Ha..aku makan sosej murah je. Sosej cap ayam A1.

Semua benda tak kisah pon nak share. Tapi bila nak pakai dah takde, tulang tengkuk pon menyengat tetibe. Pantang betul. Dah la aku masuk zone jimat-cermat ni sebab nak kumpul duit pegi jalan. 

Orang macam nampak aku senang. Tapi aku biasa-biasa je. Cumanya aku jenis minat benda mahal. HaHa. Selagi dalam kemampuan aku, aku tak kisah nak sponsor pape. Sebabnya, aku berat hati nak makan duit orang. Kalau orang tu bersungguh nak belanja, aku tak tolak rezeki la. HeHe. 

Aku memang ada satu perangai, susah nak mintak hutang kat orang. Asik pikir, kalau die ada duit, die bayar la. Kalau aku mintak tym die takde duit, nanti macam menggesa plak. Tambah-tambah kalau orang hutang aku singget je, segan lah nak mintak. Nanti orang cakap singget pon berkira. Takpe, kalau die tak ingat nak bayar, anggap je la aku sedekah.

Sampai perenggan ni aku rasa perangai aku ni teruk lah. Benda-benda gini patutnya tak payah ditulis untuk bacaan ramai. Aku ni mudah sangat tak puas hati ngan macam-macam. Tapi takpe, orang yang mengaku keburukan dirinya adalah hebat. Bahahaha =)


Gambar ni dah banyak orang share kt Fesbuk. Aku rasa bear tu comel dan situasi ini adalah so true. Jadi aku curik publish kat sini. HaHa.

Ouh..sebelum pelbagai spekulasi dibuat, entry ini takde tema pon. Sekadar madah spontan jejari runcingku. Kak Intan cakap jari aku runcing, so bukan syok sendiri. 

Okthxbye.

6 comments:

adham said...

cube check bilik cik aisyah haron. mane tau ade clue disitu tentang kehilangan sosej2 mun :P

Feezah Hanimoon said...

aah kan? kot die peram sosej bawah katil. haha...

ps: dehe, buat esemen tom!

adham said...

ngee! nasib baik mun ingatkan

Abdullah Zaini said...

"orang yang mengaku keburukan dirinya adalah hebat"
tp lagi hebat kalau dia dah tahu benda yg dia buat tu buruk n buang keburukan tu..
Dan paling hebat kalau org tu x mengaku kebaikkan dirinya sendiri..

Abdullah Zaini said...

kan lebih bagus kalau cakap elok2...x yh nk bgtau seme org kot..

Feezah Hanimoon said...

hei awak...malangnya saya bukan orang yang lagi hebat atau yang paling hebat. plus saya tak bagitau semua orang pape pon. sesiapa yang membaca blog ini berhak membuat justifikasi sendiri. just sometimes people are lucky enough to get what i mean. some people just don't get it even i point it out 100 times.