Semalam hujan. Ribut petir pun ada. Hujan lebat sangat. Tak tau bila hujan lebat ni nak reda. Aku tengok ke langit masih gelap. Kilat sabung-menyabung. Aku takut nak keluar dan hanya duduk berteleku di balik rimbunan pohon. Perasaan sangat bercampur. Aku tau hujan ni takkan berhenti. Aku ingin menebus matahari kembali. Tapi apa yang ada pada ku? Sudikah matahari bersinar kembali. Dan kiranya matahari mau mengikutku, adakah hujan benar-benar berhenti. Mungkinkah menjelma pula hujan panas? Aku pasrah, takut untuk berfikir panjang. Kerana aku tetap perlukan air dan masa yang sama memerlukan cahaya. Mungkinkah di sebalik hujan panas akan munculnya pelangi. Ya Allah, pulangkan kebahagiaannya. Aku rela selamanya berhujan asalkan matahari muncul di sebelah sana...
Two pregnancy check-ups later...
5 years ago
4 comments:
err,okeyyyh, mati2 aku ingt ang dok cter pasal hujan btul2. Sheesh. :P oh oh, aku msih lagi dlm mood berkabung lagi. Huuu, rindu cik Put!! :((
ang ni...metafora la ckt.lol.
how r u doing moon?
doin very fine....kena grounded.must keep a low profile from now.huhu
Post a Comment