Marah dan marah lagi.....

Baru sebentar tadi aku sangat2 marah dengan Ariff. Biar pun hubungan kami rapat, tapi pertengkaran tadi betul2 membuatkan darahku mendidih. Menitis air mata kemarahanku. Mama dan papa tak pernah memukulnya walau apa pun kesalahannya. Mungkin ini lumrah anak bongsu+lelaki tunggal. Tidak seperti aku dulu. Aku tidak dibenarkan masuk ke rumah kerana pulang bermain setengah jam lewat dari pukul 7 malam. Aku dikunci di luar, hinggalah papa balik hampir pukul 9 malam. Tapi Ariff, pukul 12 malam pon no hal. Aku sebagai anak pertama, amat lah takut kalau dapat keputusan exam B apatah lagi C, D dan seterusnya. Sampai aku pernah meniru signature papa darjah 3 dulu. Ariff??? Cukup berbangga dengan result D, katanya...ok la tu, kalo tak fail. Aku dulu hanya dibenarkan keluar rumah dari pukul 5 petang sampai 7 malam sahaja. Tapi yang anak lelaki tunggal bongsu keluarga ini keluar tak mengira masa. Pagi sampai petang pun tak kisah. Aku pun dah lupa bila kali terakhir papa dan mama mengangkat tangan padanya. Walaupun penampar aku tak membawa kesan padanya, tapi aku harap dapat memberi peringatan kepadanya bahawa langit tak selalunya cerah. Papa dan mama takkan ada selamanya. Sebagai kakak, memang akan menjadi tanggungjawabku kelak untuk menjaganya walau setinggi mana pun tahap bodoh sombongnya itu. Aku ada hak untuk meninggikan suara pada adik-adikku. Sebab aku melalui hari2 yang lebih memeritkan dari mereka. Bulu ayam mana yang tak pernah berkecai di belakangku?? Yang coklat? Yang warna-warni? Aku geram!!!!!!! Jadi aku sikit pun rasa tak bersalah, sekiranya aku mengongkong masa muda Ariff sebab dah terlalu banyak kelonggaran yang diberikan. Dan akhir nanti aku jugak yang akan berusaha untuk memberinya sesuap nasi!!

4 comments:

feemitidee said...

woooo.easy babe, easy. Apa cerita ini? ang bagi penampaq kat dia ka?

Feezah Hanimoon said...

ha la...ikut hati tym tu nk rejam ja. tp esoknya dh baik.haha..gaduh adik beradik.lol!

Asma Azizan said...

fuh garang giler kot. nasib kakak aku x garang cam moon!

Feezah Hanimoon said...

saja wat gempak ja asma'...kakak ang x garang mcm aku sb adk dia x loklaq mcm adk aku..(asma' tersipu2 malu)