Aku di Campus

Ouh....aku sudah tidak aktif berblogging. Mungkinkah kerana cuaca yang panas ini telah membekukan otakku? Atau dalam erti kata lain aku tidak ada idea yang bernas untuk dikarang. Should be the same rite?

Hampir sepurnama aku di sini, kehidupanku nyata lebih bermakna. Haha... Sebab aku paham cikgu kat depan tu cakap amenda dan boleh mempraktiskan kepakaran menggoreng dalam subjek Bahasa Melayu Korporat. Lupa plak aku ada group assignment bahasa rojak. Tapi ni lain kali pikir. Sem ini cuti weekend awesome seperti sem sebelum ini. Jumaat tada class k. Terbaek!!

Aku join hockey club atas pengaruh Ecah. Bila dah start main ni, macam best jugak. Tapi bapak letih kejar bola. Dah la guna tenaga yang banyak untuk hayun stick tu. Pengalaman baru. Terkenang zaman sekolah waktu riadah tatkala bermain bola jaring dengan kawan-kawan dan adik-adik. Aku pandai shoot ok... Siap posisi GA lagi kat sekolah dulu. Pencapaian terbaik wakil sekolah la. Lawan makcik-makcik kampung sebab sekolah buat open day. Aktif bangat mereka. Minum Anlene dari muda kot. Masih kentalllll~ (OK, aku dah merepek)

Esok nak pegi PD untuk join program ala-ala family day dengan sweetheart. Sebenarnya tu plan budak opisnya. Tapi dibenarkan membawa kekasih. Ni istilah yang diguna pakai sekarang ye. Dengar-dengar ada banyak sukaneka. Anyam ketupat, baling belon air, memancing, bbq, makan-makan, minum-minum dsb. Cam best kan? Bab anyam ketupat ni confirm la sweetheart masuk. Terer dowh! Tiap-tiap tahun dipaksa anyam ketupat. Aku leh tolong susun bagi lawa la. Hehe... Tapi sok nak belajar lah. Nekad ni.. Nanti aku pos gambar ketupat pertamaku di blog ini. Aku mendapat firasat yang ia akan menjadi ketupat terhebat di abad ini! (Merepek lagi)

Petang ni aku nk menapak ke admin untuk check barang yang dipos pada ari Rabu ari tu. Harap-harap la dah sampai. Jauh tu nak pegi. Ada la dalam 500m jalan kaki. Sabar je la. Kurusnya enggak juga.... Haishh~

Aktiviti sampingan sekarang adalah pengumpulan bologs dari mulut lecturers. Keji dak? Tak kan? Hehe... dah banyak nanti baru aku buat entry. Bapak lawak sampai nak tersembur aku gelak. Hishh... lecturers tak tau jadi still berkat lagi kan? Ngee =)

Dah tada cerita nak tulis. Mari buat Calculus!!!





2 comments:

Abdullah Zaini said...

sanggih la blog syg...he3..leklok main hockey tu..jgn sampai ilang gigi...slamat dtg ke keluarga Tekad Communication..

Feezah Hanimoon said...

persoalannya, adakah tekad communication mengiktiraf saya sebagai keluarga?? we'll see tomorrow.hmm..