A Letter For You

Keluh kesahku tak siapa yang peduli
Keluh kesahku tak siapa yang mengerti

Keluh kesahku kau anggap tak bererti
Keluh kesahku tak mungkin kau fahami

Aku mengeluh bukan sengaja
Aku mengeluh kerana terpaksa

Ku cerita padamu bukan suka-suka
Ku harap kau dapat kurangkan sengsara

Ku cerita padamu setiap yang berlaku
Ku yakin hanya kau yang mengenali diriku

Keluh kesahku bukan tak bermakna
Namun ceritaku kau anggap tiada apa-apa

Bila ku cerita kau nak lelapkan mata
Bila ku tanya kau cakap esok saja

Esoknya ku cerita padamu segala yang berlaku
Esoknya ku cerita padamu apa maksudku

Tapi kau kata ku tanya soalan bangang
Ku tetap nak tanya lalu kau bengang

Aku mengeluh kerana kau tak faham
Aku mengeluh kerana ku rasa duniaku tenggelam

Kau kata aku hanya pentingkan diri
Aku cakap so what? Kau pun sekaki

Aku tak minta kau belikan ku jeans Levis
Aku tak minta kau belikan ku kasut Adidas

Aku tak minta kau belikan ku beg Roxy
Aku tak minta kau belikan ku N97 Mini

Kalau aku nak aku selalu kumpul duit sendiri
Kalau dah ada duit memang aku terus beli

Kau boyfriend aku dan aku sayang kau
Kau pun sayang aku sebab aku girlfriend kau

Aku tau ada perkara kita tak ada chemistry
Aku selalu nyampah kalau kau perli-perli

Tapi kau bakar duit enam ringgit sehari
Berbuih aku cakap tapi kau tak sedar diri

Kau perli aku beli beg mahal slumber jer
Abis nak tunggu orang hadiah tak dapat la der

Aku cuma nak kau jadi sweet macam dulu
Aku cuma nak kau yakin aku menyintaimu

Sampai sekarang aku terkenang ayat itu
"Sudikah kau menjadi kekasih hati ku?"


2 comments:

Abdullah Zaini said...

andai aku tak mengerti
mengertilah insan hina ini

aku jujur pada diri sendiri
bukan suka suki nak perli2

berikan aku masa untuk bermimpi
berikan masa untuk aku buat hal sendiri

jangan kau minta aku jadi lelaki dalam filem yang kau tontoni
kerna aku tetap Abdullah Bin Zaini

jangan kau bohong walau skali
tapi kau x serik membohongi

telah ku ucap berkali kali
bercakap dusta sangat ku benci

hati sakit belum diubati
jangan nak mintak itu ini

fahami dan cerminlah diri sendiri
apa yang kau lakukan telah pun terjadi

sampai sekarang aku terkenang janji ini
"ayang xkan menipu b lagi"

kepercayaan yang aku beri
kau perguna sesuka hati

janji bukan sekadar janji
jgn kau tabur jika untuk diingkari

jangan menghukum kerna hajat tidak dipenuhi
nilai diri sendiri sebelum menghakimi

kau x perlu paksa diri ini
sweet itu datang sendiri

aku belikan hadiah ikhlas dari hati
kalau x suka buang dalam lubang tahi

belilah apa yang kau ingini
selagi poketmu masih berisi

dua tiga kucing berlari
semoga cinta kita kekal abadi

kalau takut kucing berlari
potong kaki beliau dan buatlah kari

boleh kita buat makan tengahari
andai poket kita tiada bunyi

kau minta pergi sana sini
tapi duit simpanan tiada lagi

jangan pernah berangan nak beli rumah sendiri
kalau akaun tiada baki

cuba kau tanya pada hati
andainya esok aku tiada lagi

bolehkah kau lalui
bolehkan kau tempuhi

jangan sekali kau menangisi
jika jasad ini tidak bernyawa lagi

selagi aku berpijak dibumi ini
katalah apa yang kau dendami

aku mungkin tidak sebaik nabi
tapi aku tidak sejahat yahudi

andai esok tiada lagi
ketahuilah kau seorang yang ku cintai

ku minta undur diri
maafi aku kalau kau kecik hati

akhir kata dari diri
i love u so much honey~

Feezah Hanimoon said...

dua tiga kucing berlari
kucing tak sedap nak buat kari
i love u so much honey