Cautious: Ini hanyalah angan-angan sebelum tido.
Setelah menjejak kasih di Facebook, rupanya ramai yang dah move on to the next stage in life. Ada plak satu komuniti berkahwin yang sembang pasal new life as a wife and a mother-to-be.
Me soooooo ketinggalan keterbelakangan >..<
Jadi tidak salah rasanya untuk aku berfantasi secara baik untuk melepaskan terkilanan keterbelakangan itu tadi. Dimulakan dengan majlis pertunangan. Mr. D cakap tak payah tunang. Gelojoh betul. Tak kira. Nak jugak crita.
Ouh..aku ade baca yang kalau dalam agama, kalau seorang lelaki propose seorang perempuan untuk jadi isteri, and perempuan tu agree, itu dah sah bertunang. Dengan syarat-syarat yang cukup of course. Hmm...kalau gitu, aku dah ada seploh cincin tunang. Daripada silver cap ayam beli kat downtown sampai la dah upgrade silver cap bagus sket beli kat Mines.
Tapiiiiiiiii...itu semua tidak dikira. Nak yang betul-betul kaw punya bai. Lagipun, pertunangan ni pon bertujuan nak merapatkah hubungan dua keluarga. Memang la dibenarkan gelojoh aje. Tapi tak best la family pandang masing-masing macam strangers.
Namun, banyak je couple yang dah kenalkan family masing-masing. Sekarang kan banyak sporting and supporting parents. Takpe, at least parents acknowledge diam-diam. HaHa. I shy la nak cakap miang gatal ni ngn papa mama. LoLs. Nak kawin ke tak nak dowh???
Ok lah. Back to December. Tahun ni ingat nak cari baju raya jubah moden ala-ala untuk orang bertunang tu. Nak bertunang lambat lagi, jadi pakai masa raya dulu. InsyaAllah.
Contoh baju yang dah tergantung dalam almari angan-angan adalah seperti berikut.
Gambar ini diambil dari blogshop yang kalau tak silap berpusat di Sungai Buloh. Harga berpadanan dengan design dan banyak yang cantik-cantik. Owner die cakap kalau nak tengok depan-depan muka boleh terjah je kat rumah. Kot nanti aku terjah, die antar penyapu terbang tak tau lah. Tapi kesahnye, aku tak hadam pon jalan nak ke sana.
Selain baju cantik, hantaran yang cantik, bilik cantik dan segalanya yang cantik, ade lagi satu isu semasa iaitu trend lelaki pon join majlis pertunangan. Kan orang cakap, sekarang ni majlis tunang dan macam majlis akad nikah.
Tapi kalau nak join pon no hal kot. Pakai sedondon pon no hal. Tapi bab nak cincin sepasang ni, macam omputeh plak. Tapi kalau ikut aku no hal jugak. Tapi kan, ade tapi lagi...tapi kan kalau nak ada sarung-sarung cincin untuk lelaki jugak, mesti la papa yang nak kena sarungkan. Ye tak? Takkan mama plak. Kan haremmm...Isk isk. Ade je orang buat ek?
Tapi kalau papa yang sarung pon orait jugak. Ibarat die dah keluarkan statement, "Ang nak amik anak aku amik la...Jaga dia elok-elok. Cepat berenti merokok." Kuasa veto dah bagi lampu hijau yang paling hijau dah tu. Tak de la macam traffic light kat Putrajaya yang asik lampu oren berkelip-kelip tetibe ade sebijik merah tu.
Walaupon orang nampak pelik tatkala Pak Talib yang do the ceremony nanti, tapi aku dengan bangganya boleh rakam video dan edit cantik-cantik. Agak-agak segan sangat, aku bagi je dalam kotak. Balik umah sarung sendiri la der. HaHa.
Kalau untuk barang hantaran plak, tak yah la nak citer. Sebab 10 hari berangan, 10 hari tukar. Time giler makan roti Butterscotch, nak buat hantaran roti tu. Pendek kata, aku punya majlis nanti nak bagi benda yang aku suke. Tak kisah la murah or mahal. Dulu-dulu orang bagi kuih samprit. Aku lalu sebelah sikit pon tak terliur.
Bukan nak jatuhkan martabat kuih melayu. Dah aku tak teringin. Yang aku teringin sekarang pisang goreng panas. Kalau camtu aku bungkus pisang goreng dalam kuali panas siap ngan portable stove lah. Baru lah mencapai definisi pisang yang sedang panas sebab baru digoreng tu. Merepek lah kau Moon! Dah ngantuk lah tu.
Ok fine, aku nak habis cakap dah la...
Jap ek...cube tengok hantaran ni. Aku rasa unik. As in tak pernah nampak orang bagi. Benda tu of course la tak unik sebab hari-hari nampak.
Buku-buku ilmiah. Credit to blog Jarijemariemas.
Bagus betul. Tapi tolong la jangan plak pasni ada bagi DVD Korea. Bersusun-susun 20 keping atas dulang. Homai.
PS: Sejak bulan puasa ni, malam-malam asik dengar orang jerit-jerit. Kakak-kakak dan abang-abang, tau la siang tak boleh rapat-rapat. Tapi please behave... Ade budak innocent kat umah atas ni ye.
K lah, nk tido. Jap lagi nak bangun sahur. Selamat berpuasa sekalian.