Hak orang Islam atas orang Islam

Rasulullah S.A.W bersabda, 

"Hak orang Islam atas orang Islam itu ada 6 perkara. Apabila bertemu hendaklah ucapkan salam. Apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan. Apabila dia meminta nasihat hendaklah memberi nasihat. Apabila dia bersin dengan memuji Allah hendaklah mohonkan rahmat buatnya. Apabila dia sakit hendaklah ziarahi. Apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahnya ke kubur."


Kawan-kawan, sempena bulan Ramadhan ini marilah kita meningkatkan kualiti hidup. Sebagai langkah pertama, tunaikanlah dulu hak saudara-saudara kita atas diri kita. 

Apabila seseorang itu bersin dan mengucap Alhamdulillah.

Kita hendaklah menyambung dengan Yarhamkallah / Yarhamkillah.

Lalu orang yang bersin tadi sama-sama mendoakan kedua-duanya dengan menyebut Yahdina wa yahdi kumullah.




No comments: