Durian crepe turqoise plak!

Short update ya...

Aku baru lepas workout pilates for 30 minutes. Malam ni ade kelas ganti pukul 8. Tapi nak jugak post menatang ni. HeHe.



Amacam? Ada improvement tak?

Durian Crepe Hot Pink

Weh korang.

Korang buat pe je cuti Krismas ni?

Aku kan, lepas lunch tadi terus tergerak hati nak buat durian crepe. Aku kalau dah tergerak hati memang tak menyempat. So encik boifren terus bawak cari lori durian kat tepi jalan. Katanya durian Giant tak fresh. Ala...die bukan makan pon. Huh.

So hasil gigih aku selama dua jam buat, ini la hasilnya. Jeng jeng jenggggggg!!!!



Aku tahu buruk bentuknya. Kulit tebal, pastu pecah plak tu bila dilipat. Whipped cream terkuar-kuar. Tapi....ye ade tapi. Aku dah testing dua bijik sebelum masuk dalam peti ais tadi. Dan rasanya sedap! Aku tak kesah la sebenarnya yang sedap tu inti die je. Inti die pon memang durian ori and whipped cream yang aku blend sesuka hati. 

So kalau ikut anak tekak aku ni, tak kisah rupa paras. Maka aku rasa bangga gila sebab kalau orang tanya pernah buat ke tak, pernah! Cantik tak cantik belakang kira yo. Resepi ni aku follow blog cik epal. Pandai-pandai la pi google na.

Tunggu sejuk, lewat petang jap g dah boleh ngap!


Update: Komen encik bee =)




Touching T_T

Cerita pasal durian crepe

Love, love and love. One can never have enough of this. Like me ^_^

Semalam tetibe aku mengidam durian crepe. Ouh fyi, aku memang penggemar durian sebab ayah aku penggemar durian. Kalau musim cempedak ke rambutan ke...takde maknanya nak balik kampung. Tapi kalau musim durian, terus pack beg dan balik kampung sebab nak feeling-feeling CSI cari durian luruh. 

So aku gugel durian crepe ni mostly takde jual yang siap dah. I mean, kau kena order and pick up later. Namun hasil aku gigih blog jumping, aku jumpe info yang kejadah ni ade dijual siap kat Mid Valey. Die jual kat booth Sumptuous Desserts yang terletak kat LG betul-betul depan Sushi Tae. Turun eskalator, then jangan belok kiri kanan macam aku tadi. Sebab nanti sia-sia je kau menapak. Instead, move forward dengan mendadanya..muahahaha. Dan kau akan terkinja-kinja bila nampak Sushi Tae, apatah lagi bila booth durian crepe kat depan tu. Oh yeah O_O




So ni lah ghope durian crepe yang telah aku Instagram kan. Kamon la..gambar sekarang kalau tak Instagram memang tak sah! Najis mughollazoh jadi nya kalau tak disamak dengan any photo editing software. Sumptuous jual 6 pieces ni dengan harga RM10.00 which can be considered as harga standard aroung KL. Yang tak standardnya ialah saiz bantal tu. Sesetengah penjual die letak sama harga tapi kurus cekeding je. In fact, yang ni pon takde la besar sangat. HaHa.

Masa aku nak naik eskalator tu ke atas, ade satu booth lain yang jual benda ni. Booth tu ade sign DURIAN. Sume desserts durian kot die jual. Durian crepe die kaler hijau tapi bapak mahal. 6 ketul kecik die jual RM 13.50 dan ramai plak tu kerumun. Aku macam nak tolong promote je Sumptuous kat depan tu. Maybe sebab turun eskalator je nampak booth tu. So orang lain yang lagi tahap menggigil ketagih crepe ni pikir, "That's it! Aku nak tapau 10 paket." 

Seyes, aku pon nak tapau 10 paket. Tapi poket la lobang-lobang. Abis duit cicir ntah mana-mana. Lols. Ouh korang tahu tak aku sampai Mid pukul 3.00 petang. Then pukul 3.20 petang aku dah gerak dari parking. Tapi still kena bayar first three hours parking flat rate sebanyak RM3.00.....takpeeeerrrr...Doyan punye pasal. I sanggup!

Yang tak sanggupnya ialah encik boifren yang memang tak makan durian. Emo die mengadap jalan jam. Aku duk dalam kete diammmmm je. Dah la kitorang dari Sentul, then jalan nak gi Mid tu jam, die pegi pusing ke jalan yang tak jam, tapi sebenarnye bukan jalan yang membawa ke Mid. Sampai begitu sekali! Pastu suh aku bukak Sygic nak cari jalan. Vodo punya Sygic tak hupdate satu simpang, terus aku diberi tekanan nak belok ke tak. At last tak belok dan nasib baik itu lah jalan kebenaran. Terus aku pon emo kat Sygic yang menyebabkan aku tertekan.

Anyway, aku sampai jugak and rembat 2 paket. Dah abis dah pon. Ade hati nak simpan sampai besok. Pas dah beli tu aku pon mulakan misi memujuk boifren. Kesian la jugak sebab paham-paham la KL kalau jam memang macam nak tercabut anak tekak maki hamun. So aku ajak la die g makan luar pas tu. Kitorang lepak mamak je. Then aku bukak Ipad, terus snap gambar die banyak-banyak. As in click, click, click and click! Dalam duk control tu sengih jugak pastu malu sebab orang tengok. Ala kuci-kuci, tomel plak haishh..



 Masih control.



Cover muka yang nak tersenyum.



Kenot cover by hand sebab diameter senyuman dah melebar.




Pandang kiri-kanan plak. Taktik je tu.


And that's it...I have my sweet boifren back! Huhu..Baru la senang hati nak bedal maggi goreng mamak tadi. Walaupon sebenarnya kalau teknik memujuk ni tak berjaya, aku bedal jugak la maggi tu dulu, then baru pikir. HaHa. 

Kepada encik boifren, thanks tunaikan hajat nak makan durian crepe hari ni. Jasamu dikenang ye. Thanks for everything ^_^ love. 

Ok lah...mulut dah berbau doyan. Tanak gosok gigi boleh tak? Nanti rasa die dah hilang =( Kalau mintak nak pegi lagi mesti tak dapat dah. Fine! Nanti kalau mengidam lagi, aku suh encik boifren hantar sampai komuter je. Pastu demi doyan, aku akan sanggup bergasak dalam coach wanita. Huh.


Dah pukul 12.07 tengah malam. Dua hari ni aku rest dari sebarang assignments. Esok adalah hari FYP sampai Jumaat nanti nak present. Oh yeah~

3 highlights of my life

Ok guys, since I am ahead of my tight schedule, so I want to update this lovely blog! Yes I know, I've just changed the lousy layout to a new sweet-vintage-pastel concept. But don't ask me where the vintage part is. Haha @_@

First story. I left my Dermalogica make-up remover at home. By home sweet home, I mean in Perlis. Gosh! I called my dad just to ask him to keep the bottle safe, and only then ask how he was doing. lols. So for now, I found a wayyyy cheaper way to clean my everyday make-up, which is the extra virgin olive oil. 

My skin is so sensitive to the water based make-up remover, as you need to squeeze a small amount on the cotton facial pad and then tonyoh your face. Especially around the eyes area. I always wear thick brown or black eyeliner, doesn't matter the colour actually, and last time I tonyoh the eyes area, I woke up a day later with super dry eyebags. Pedih woo T_T. So now when I use oil-based remover, my eyes shine and sparkle! 

Wohoaahhhh..............tipu besar ni -_-

No need for cotton pad because guna jari pon bolehhhhh =)

Second story, my final year project presentation for phase 1 is approaching. Wait! I've never told you about the project right? Hmm...ok. My project is long life RFID ear tag. Tajuk macam cool kan? But let me before apa-apa put a picture resembling the project.




HE is my temporary best friend now. He could be big, dark and macho or bigger, darker and macho-er. I am his earring designer and he is my client. The problem is he always lost the earring and I have to design the best practical locking mechanism so that bila dia oppa gangnam style di mana-mana pon, benda tu tak jatuh.

I've just completing my Power Generation assignments, and after this, I will give my all to him. Sweet kan? I'll definitely put this picture in my presentation slides. So macho and seductive. Awwwwww @_@

Third story, I'll be having my internship on this coming February until May. Alhamdullilah, an oil and gas consultant firm is willing to give me the chance to perform. So, I have to perform la kan. With that 4-digits allowance, I definitely HAVE to perform. So, prior to the internship, after my final exams, I plan to go to a rehab for sleep deprivation. Mostly because it is the cause of obesity and I don't want to be late on the first day! 10 pm sharp, I'll sleep. Yes, THAT is the plan. 

What else...hmm...macam dah tade. Dazzit la kot. Have a nice weekend my lovely readers (^o^)



Warm wish

Lately ni sangat busy dengan projek, assignment, test and so on...tadi pon ade final paper untuk subjek Leadership and Entrepreneurship. On the way ke exam hall dapat satu wish yang berbunyi:

"Best of luck. Mulakan dengan bismillah. Do ur very best. Bismillahi tawakkaltu a'la Allah"

I feel warm O_O

And i really did my best fyi. Smile.



Penembak tepat mencari kerja...Boleh mula on the spot.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni setelah sekian lama aku tak tengok berita, bukan sengaja okay...tapi channel yang tak dapat. Hmm...ekceli aku tengok berita tadi pon sambil siap-siap nak pegi kelas. Kalau tak silap, berita first sekali pasal kes arwah Aminurrasyid. Dan aku rasa, dalam kelam-kabut tu aku dengar yang rayuan terhadap hukuman penjara 5 tahun diterima hakim mahkamah tinggi dan pesalah dibebaskan.

Kisah tu dah banyak diceritakan, jadi aku tak payah nak elaborate panjang. Lepas aku dengar berita tu aku jadi emo. Bila aku google dan baca komen orang yang agaknya PDRM fan, aku lagi la emo. Ada yang komen parents tak pandai didik and so on. Maybe diorang takde adik or adik diorang sume tengah belajar engineering kat overseas. So diorang takde perasaan.

Adik aku pon amat la degil. Tak mendengar cakap. Maybe kat depan tak buat, tapi belakang buat. Walaubagaimanapon, aku tak rasa istilah 'parents gagal mendidik anak' tu sesuai kalau anak tu tak mendengar kata. Ada je anak yang memang setan kat luar tapi peluk cium mak ayah. Habis tu semua penjahat dalam dunia ni patutnya tak boleh dihukum la sebab semua salah ibu mengandung. Patutnya kalau anak tu mencekik orang sampai mati, hukumannya cekik mak dia sampai mati plak. Kalau anak tu buat lagi, cekik ayah plak.

Aku rasa kalau aku kena tahan kat road block pon aku cuak dan panik. Rasa macam nak tekan pedal minyak dan pecut sampai lesap. Aku lesap ke lubuk mana tu tak tau la kan. Tapi disebabkan otak aku ni berusia 25 tahun, jadi aku pon kensel la pecut-pecutan sebab konpem suria aku give up kan. Kalau otak aku masih 15 tahun, kalau kena tangkap ni mak marah, ayah libas ngan tali pinggang, tak boleh kuar main 2 bulan. Oh tidak.....at least kalau aku pecut, aku ada chance 50-50 nak lepas ni. 


Back to the story, ha...aku emo sebab aku ni takde keje otomatik terbayangkan kalau la peluru sesat kat belakang tengkuk adik aku sendiri, NAUZUBILLAHI MIN ZALIK. Hati seorang kakak pon hancur berkecai, inikan pula hati seorang ibu dan seorang ayah. Plus dilabel plak penjenayah. Dalam tv pon selalu ada scene macam tu, tapi bukan ke selalu kalau tak konpem tu penjenayah, polis dalam drama tu akan tembak tayar dulu? Dan kalau tak silap la kan, bukan ke senjata api di negara kita ni hanya boleh digunakan untuk mempertahankan diri? 



Ok fine. Allah itu maha mengetahui. Cuma my personal view, 5 years are nothing la untuk kau tersalah cabut nyawa orang. Membunuh tanpa niat pon kena bayar diyat kot. Berdasarkan memori aku yang memang every sem ctrl+all then del ni diyat dia 100 ekor unta dibayar secara terus tanpa tangguh! No installment. Begitu besarnya harga sebuah nyawa yang telah ditetapkan. Harga unta dah la hampir tripple harga lembu. Declare bankrupt je la.



Aku bukan nak suh gantung sampai mati plak. Sebab dah katanya tanpa niat kan. Masa aku Islamic Studies dulu ada la sikit-sikit sentuh bab jenayah. Ustaz cakap dalam hukum jenayah Islam, kuasa memaafkan pesalah sengaja atau tak, adalah di tangan keluarga mangsa. Tapi kat developing country macam Malaysia ni..........................................

Kalau keluarga tak maafkan, kena la post 100 ekor unta tu pakai Fedex. Sebab tidak dapat tidak secara terus tanpa bertangguh. Fedex kan pantassssss. Tapi since diorang setuju nak pakai sivil, 5 tahun tu patutnya dah grateful. I don't know...Ini hanya persepsi sebelah pihak. Maybe the other side memang pandang arwah sebagai penjenayah, so tak puas hati asal plak kena 5 tahun, buat rayuan nak bebas bergaul dengan masyarakat sebagai pembuuuuuuuuru.

The thing is, memang aku tak tau the whole story dan tak kuasa nak google. Tapi sayu kot. Aku rasa masa kejadian ada member duduk sebelah arwah kan? Trauma tak? Elok la tu...hancur lagi satu masa depan. It was really an expensive mistake. 

Simple engineering, peluru tu takdenye nak keluar melengkok-lengkok macam cerita Wanted. Motionnya hanyalah linear atau tegak atau lurus. Kat mana kita hala, kat situ lah peluru tu akan pegi. Tapi bila dia singgah kat kau, kau la yang pegi. 

Sekian saja pidato ini. Terima kasih banyak sebab membaca...




Weight Loss Plateau

Assalamualaikum wbt

Ade tak sesiapa di luar sana yang sedang berdiet macam aku? Sebab aku nak cerita pasal ketensionan aku pasal satu perkara yang omputeh panggil weight loss plateau. Dalam bahasa kasarnya, tiga patah perkataan ini membawa maksud yang berat. Meh sini aku nak cerita amenda yang berat sangat tu.

Kalau korang start diet kan, plus korang exercise sama ada jogging dalam bilik or atas treadmill kat gym, it doesn't matter which, korang konpem akan turun berat tu secara banyaknyaaaa....bila timbang pon senyum-senyum sampai telinga. Aku pon tok sah citer la kan betapa bahagianya hidup bila baju suar longgar bagai. 

Tapi setelah aku hilang almost 14kg kan, with the same portion of nasik yang aku makan, and same exercise, berat aku dah tak turun-turun and maintain je. Tension aku. Teramat la tension. Even aku dah subscribe gym pon still macam tu jugak. Rutin aku kat gym 30 minutes on treadmill, 20 minutes on cross trainer. Atau pon 20 minutes cross trainer, 20 minutes cycling, 10 minutes treadmill. Kot mana pon memang 50 minutes je. Sebab 10 minutes tu untuk aku rest in between, beli Gatorade yang berharga RM3.00 kat situ and telan. 

Dan situasi ini lah yang dinamakan weight loss plateau di mana badan dah immune dengan segala jenis rutin. Muscle sume dah paham yang aku buat cenggini cenggitu, so die relaks la...means that your body is fully prepared of whatever coming from your routine. 

Masa aku kat gym tu memang berpeluh sakan la..kalau pakai baju light colour tu boleh jadi colourless. Portion nasik yang aku makan pon antara 1/4 ke 1/3 je. So sape-sape boleh suggest tak menatang apa lagi yang boleh aku buat untuk hilangkan lagi 6 kg ni. Serious tension. Tapi ini adalah waktu-waktu mencabar dalam kitaran hidup manusia yang berdiet. Aku tengok ade member yang bukan main sakan promote Herbalife masa dia hilang first 10 kg, pastu tetibe senyap je takde dah kuar iklan pasal Herbalife. Wujud jugak kan Herbalife plateau?

Sekarang ni nak toning pun mencabar. Especially inner thigh and abs. Toning ni selalunya kau buat takkan berpeluh sangat. Tapi rasa la muscle tu sedang bekerja keras. Tapi jugak, bila kau tak berpeluh tu kau tak yakin yang benda tu boleh pakai. Hmm...aku pernah buat solid 2 weeks inner thigh exercises masa kaki aku terseliuh dulu. After 2 weeks, ukur lilit thigh berkurang 5 mm. Kira memang berkesan la kan. Tapi lepas kaki aku elok, aku terus eksaited nak senaman yang keluar peluh mencurah-curah.

Tapi tu la...aku rasa jugak badan aku dan immune treadmill ni. Even berpeluh, aku macam boleh mamai-mamai dan berangan masa kat atas tu. Bila tengok heart beat, memang kalau ikutkan carta untuk fat burn tu, dah terlebih-lebih dah. Aku ingat lepas pegi gym 2 bulan ni, ade la hasil sikit. Orang yang dah lama tak jumpe ade la cakap aku nampak makin slim. Tapi aku tak percaya sebab mesin penimbang aku sama je. Ukur lilit pon sama je. So diorang sebenarnya berilusi. 

Ouh..aku nak share sikit. Korang pelik tak nape orang kurus yang kuat makan tapi maintain kurus je? Ha...kemungkinan ini yang terjadi kepada diorang.



Lemak ni ade dua jenis. Subcutaneous fat adalah lemak yang berlapis-lapis kat bawah kulit tu. Lemak yang ini dengan mudahnya boleh disetelkan dengan diet dan senaman bese-bese. Lagi satu jenis lemak pulak ialah visceral fat. Dalam bahasa kasarnya, ini adalah lemak yang membaluti jantung, buah pinggang, hati, hempedu dan sebagainya. Antara kedua-dua lemak ini, visceral fat adalah lebih bahaya dan hanya boleh dihapuskan melalui high intensity exercises. 

So berkemungkinan, orang yang kuat makan tapi kurus ni sedang mengumpul lemak yang membaluti jantung, buah pinggang, hati dan hempedu ni. Begitu juga orang yang nak kurus hanya berbekalkan strict portion of food intake. Kot mana pon, 3 kali senaman dalam seminggu tu bukan mitos. Kalau korang rasa even tak senam 3 kali seminggu tu pon korang still maintain berat, makanya dalam diam sebenarnya korang tengah kumpul visceral fat. 

Untuk selebihnya, sila lah google ye. Untuk kes aku ni, aku rasa nak kena cut calorie intake. Sebab senam dah ok dah. Hmm...Strict calorie intake ni bukan apply masa nak lose weight je. Tapi it is indeed a whole life routine. Omoooo...begitu besarnya pengorbanan aku. Percaya tak yang satu meal KFC boleh mencecah 1000kcal? Means kalau bagi kes aku, kalau makan KFC, tiada lagi portion untuk makan pada hari itu. Apatah lagi Pizza Hut di mana sepotong pizza mencecah 300kcal. 

And I have to stick with this my whole life. Can you imagine that?? Be grateful people. Korang yang sedia kurus patut bersyukur, seriously.