Weight Loss Plateau

Assalamualaikum wbt

Ade tak sesiapa di luar sana yang sedang berdiet macam aku? Sebab aku nak cerita pasal ketensionan aku pasal satu perkara yang omputeh panggil weight loss plateau. Dalam bahasa kasarnya, tiga patah perkataan ini membawa maksud yang berat. Meh sini aku nak cerita amenda yang berat sangat tu.

Kalau korang start diet kan, plus korang exercise sama ada jogging dalam bilik or atas treadmill kat gym, it doesn't matter which, korang konpem akan turun berat tu secara banyaknyaaaa....bila timbang pon senyum-senyum sampai telinga. Aku pon tok sah citer la kan betapa bahagianya hidup bila baju suar longgar bagai. 

Tapi setelah aku hilang almost 14kg kan, with the same portion of nasik yang aku makan, and same exercise, berat aku dah tak turun-turun and maintain je. Tension aku. Teramat la tension. Even aku dah subscribe gym pon still macam tu jugak. Rutin aku kat gym 30 minutes on treadmill, 20 minutes on cross trainer. Atau pon 20 minutes cross trainer, 20 minutes cycling, 10 minutes treadmill. Kot mana pon memang 50 minutes je. Sebab 10 minutes tu untuk aku rest in between, beli Gatorade yang berharga RM3.00 kat situ and telan. 

Dan situasi ini lah yang dinamakan weight loss plateau di mana badan dah immune dengan segala jenis rutin. Muscle sume dah paham yang aku buat cenggini cenggitu, so die relaks la...means that your body is fully prepared of whatever coming from your routine. 

Masa aku kat gym tu memang berpeluh sakan la..kalau pakai baju light colour tu boleh jadi colourless. Portion nasik yang aku makan pon antara 1/4 ke 1/3 je. So sape-sape boleh suggest tak menatang apa lagi yang boleh aku buat untuk hilangkan lagi 6 kg ni. Serious tension. Tapi ini adalah waktu-waktu mencabar dalam kitaran hidup manusia yang berdiet. Aku tengok ade member yang bukan main sakan promote Herbalife masa dia hilang first 10 kg, pastu tetibe senyap je takde dah kuar iklan pasal Herbalife. Wujud jugak kan Herbalife plateau?

Sekarang ni nak toning pun mencabar. Especially inner thigh and abs. Toning ni selalunya kau buat takkan berpeluh sangat. Tapi rasa la muscle tu sedang bekerja keras. Tapi jugak, bila kau tak berpeluh tu kau tak yakin yang benda tu boleh pakai. Hmm...aku pernah buat solid 2 weeks inner thigh exercises masa kaki aku terseliuh dulu. After 2 weeks, ukur lilit thigh berkurang 5 mm. Kira memang berkesan la kan. Tapi lepas kaki aku elok, aku terus eksaited nak senaman yang keluar peluh mencurah-curah.

Tapi tu la...aku rasa jugak badan aku dan immune treadmill ni. Even berpeluh, aku macam boleh mamai-mamai dan berangan masa kat atas tu. Bila tengok heart beat, memang kalau ikutkan carta untuk fat burn tu, dah terlebih-lebih dah. Aku ingat lepas pegi gym 2 bulan ni, ade la hasil sikit. Orang yang dah lama tak jumpe ade la cakap aku nampak makin slim. Tapi aku tak percaya sebab mesin penimbang aku sama je. Ukur lilit pon sama je. So diorang sebenarnya berilusi. 

Ouh..aku nak share sikit. Korang pelik tak nape orang kurus yang kuat makan tapi maintain kurus je? Ha...kemungkinan ini yang terjadi kepada diorang.



Lemak ni ade dua jenis. Subcutaneous fat adalah lemak yang berlapis-lapis kat bawah kulit tu. Lemak yang ini dengan mudahnya boleh disetelkan dengan diet dan senaman bese-bese. Lagi satu jenis lemak pulak ialah visceral fat. Dalam bahasa kasarnya, ini adalah lemak yang membaluti jantung, buah pinggang, hati, hempedu dan sebagainya. Antara kedua-dua lemak ini, visceral fat adalah lebih bahaya dan hanya boleh dihapuskan melalui high intensity exercises. 

So berkemungkinan, orang yang kuat makan tapi kurus ni sedang mengumpul lemak yang membaluti jantung, buah pinggang, hati dan hempedu ni. Begitu juga orang yang nak kurus hanya berbekalkan strict portion of food intake. Kot mana pon, 3 kali senaman dalam seminggu tu bukan mitos. Kalau korang rasa even tak senam 3 kali seminggu tu pon korang still maintain berat, makanya dalam diam sebenarnya korang tengah kumpul visceral fat. 

Untuk selebihnya, sila lah google ye. Untuk kes aku ni, aku rasa nak kena cut calorie intake. Sebab senam dah ok dah. Hmm...Strict calorie intake ni bukan apply masa nak lose weight je. Tapi it is indeed a whole life routine. Omoooo...begitu besarnya pengorbanan aku. Percaya tak yang satu meal KFC boleh mencecah 1000kcal? Means kalau bagi kes aku, kalau makan KFC, tiada lagi portion untuk makan pada hari itu. Apatah lagi Pizza Hut di mana sepotong pizza mencecah 300kcal. 

And I have to stick with this my whole life. Can you imagine that?? Be grateful people. Korang yang sedia kurus patut bersyukur, seriously.



3 comments:

Anonymous said...

selamat berusaha untuk kurus...

wakgelas said...

bestnyer kalo kurus kann.. HHHEee

Feezah Hanimoon said...

ohohoho...kalau kurus mmg trus pegi audition model ni. haha.