Bertahanlah wahai graduan

Harga minyak mentah dunia turun. Semua orang yeayyy! Nak drive pegi gateaway on ajerr. Nak upgrade kereta 2000cc pon no hal. Pendek kata, bab menghabiskan minyak ni tak pikir dua kali dah, kecuali orang yang keje dalam company oil and gas, terutama sekali lowest rank iaitu graduates.

Aku adalah salah seorang yang risau dengan trend pembatalan dan penangguhan projek-projek besar oleh para operator. Takde project, maka takde revenue. Maka takde duit untuk hire orang baru dan takde duit extra untuk bayar gaji pekerja yang duduk saja. So saat kritikal ni, sebaik-baiknya korang kena ada charge code project. Kalau tak, bila-bila masa saja boleh kena tiaw.

Aku risau sebab graduate engineer memang senang-lenang kena tiaw. Ape je kau boleh offer kat company? Apa justification supaya kau stay situ? Pengalaman memang takde, knowledge lepas final memang kau lupa. Satu je plus point kau ialah gaji rendah. Tapi, jangan berharap sangat lah yang ni. Bagi aku la, graduates ni kena tunjuk potential, kena extra rajin, rajin dan rajin lagi. Memang selalu keje kau leceh, tedious, time consuming, data entry, nampak macam tak berkembang.

Tapi kalau itulah benda yang company require dari kau, buat je. Tak yah banyak soal. Diorang hire graduates memang untuk tujuan tu pon. Mana ada company yang awal-awal lagi dah bagi pegang gas turbine generator. Kalau kau expect masuk as graduate tapi job scope macam senior, kau gila?

Setahun lebih aku keje, dapat merasa style tiga lead engineer, Aku masuk keje, alhamdulillah lead engineer time tu sangat motivating and encouraging. Cara dia nak aku bergaul dengan team ialah mesti pegi bersemuka untuk dapatkan setiap info. Graduate baru masuk memang bodoh tak tau pape. Bila lead bagi task, aku tak paham pon kenapa dia nak info tu. Yang aku tahu ialah jawapan macam mana yang dia nak. Yes or no. Kalau ada explaination, aku suruh engineer tu tulis sendiri. Kalau aku yang tulis, cerita Sin Chan jadinya. Bagi aku cara ni memang sangat berkesan untuk kau kenal team kau. Kau boleh mark sape yang cooperative, sape yang sudi layan soalan bodoh kau dan sape yang lastttttt sekali baru pegi kat dia. Ada weh! Aku kalau gather info, sanggup lalu-lalang tepi dia tapi tak singgah tanya dulu. Akhir sekali bila yang lain dah setel, dah takde choice, baru aku keringkan hati approach dia. Lama-lama kau akan tahu, bukan kau sorang je rasa macam tu. So perasaan kau tu normal. Actually, kau tak boleh bagi orang rasa susah nak approach kau. Kau mesti cool je bila orang sergah kau time busy. Sebabnya kau kena ingat, takde orang saja-saja datang nak busybody. 

Lead aku time tu asik ulang je cakap pasal kepentingan pegi menayang muka dan beramah mesra dengan colleague. Bila kau berjaya setelkan keje dengan baik, soon people will notice you. Ni memang perangsang bagi aku. Bila aku tanya pendapat dia, static dengan rotating, mana lagi okay, dia tak reti nak bagi jawapan. Sebabnya dia end up knowing all. Harus la dah dia lead kan. Kalau macam aku yang jadi lead, memang platform tu jadi dalam laut, bukan atas laut. Apa yang aku nak cakap ialah graduates tak boleh malas. Do whatever it takes to contribute, gain knowledge, make yourself useful, deliver quality result. People will notice and think highly of you. 

Bila dalam situasi kritikal macam sekarang, your experience still can't match those seniors. Tapi bila orang nampak potential dari cara kau keje, orang akan support and protect kau. Aku lately ni risau sangat apa la nasib aku. Macam tunggu masa je nak kena tiaw. Tapi hari ni aku decide untuk benti pikir pasal tu. Rezeki tuhan bagi dengan syarat ada usaha. Apa yang aku boleh buat ialah fokus and deliver quality result. Dalam masa yang sama, kena develop secara ekspress. Jangan mengomel, As long as kau ada keje, appreciate. Be grateful.

Untuk graduates macam aku, itu je yang mampu dibuat untuk protect diri sendiri. Selagi mana tak overload, everything is fine for me. Semoga krisis ni berakhir dengan baik. Amin.



1 comment:

Anonymous said...

buat rilek je, satu hari ni bila kite dah pandai. kite boleh tiaw org lain pulak.

huahua.