Buli di Buletin Utama TV3

Elok je aku nak karang blog, tetiba Buletin Utama tunjuk video kes buli. Daripada nak karang entry yang berguna untuk nusa dan bangsa, terus jadi entry tak bawak pekdah. Geram aku dengan remaja yang tak berperikemanusiaan ni, sepak orang macam kena rasuk jin, dah berani jerut orang, sekali orang jerut dengan tali gantung baru tau tinggi rendah. 

Aku tengah menaip ni TV3 cerita plak pasal kes dera sampai patah 13 tulang. Oh my God...apa dah jadi dengan akal manusia sekarang. Seriously, rasa baru ritu dengar kes bunuh anak sendiri then tanam dalam rumah, Cerdik tak bertempat. Padan muka kalau kena gantung.

Adakah semua ini terjadi sebab tekanan hidup? Budak tak habis besar lagi dah start buli orang, ini mungkin berpunca dari rumah. Agaknya mak ayah asik bercakar hari-hari, sampai anak-anak dah serap semua tenaga negatif and channel plak kat luar rumah. Ke mana tumpahnya perangai gangster ayah kalau tak ke anak kan. 

Mak ayah plak tertekan sebab kos hidup yang tinggi. Kuasa membeli makin lama makin kurang. Aku pon rasa tak terkejar dengan kenaikan harga barang sekarang. Dulu duit belanja sekolah singget je. Sekarang ni harga kopok lekor pon singget. Tak beli air tercekik plak. 

Situasi ni sedikit sebanyak membuatkan aku berfikir. Fikir macam-macam sampai rasa takut nak ada anak sebab risau tak mampu nak bagi semua yang dia perlu, apatah lagi apa yang dia nak. Anak tak keluar lagi, tapi duit dah kena keluar untuk macam-macam. I know, rezeki tuhan aturkan. Entah kenapa still tak yakin dengan diri sendiri. Dengan keadaan oil and gas industry yang masih tak stabil, rasa macam cepat la naik harga minyak. I don't mind bayar lebih beberapa puluh sen seliter, so long as I can eat good food, pay the bills and loans, etc. 

Hari ni terbaca kat Facebook yang mak kandung budak kena dera tu actually give up anak tu sebagai syarat untuk cerai. Banyak yang judge mak tu pentingkan diri sendiri je. Tapi actually kita tak tau apa dia lalui. We're not in her shoes. We may try to imagine things but we cannot exactly feel it. 

Bila pikir balik pasal kes buli tadi, terbayang plak dulu aku selalu belasah adik bawah aku. Menyesal tak sudah kalau ingat. Pastu keluar plak sorang lagi adik, amik kau. Aku jerit sikit, dia datang dengan batang penyapu ko tau! Dah la pintu bilik kunci rosak, sengsara aku tahan belakang pintu. Nak kata gurau memang tak la. Kalau aku menyerah je time tu, dah sah-sah tulang belakang aku yang bengkok.

Tetiba plak ada berita pasal lelaki bakar diri dalam ketapi kat Jepun. Apa dah jadi dengan orang sekarang niiii...what da fcuk are they thinking?!

Eh, minyak naik lagi ke malam ni?? Yeay!!! 

Jangan marah aku....huhuhu.



Berdua ke Perth - Part 3

Berdua ke Perth - Part 2

Pernah tak dengar orang cakap, kalau beli kasut baru, sebelum pakai kena gigit dulu depan kasut. Kalau tak nanti kasut tu gigit kaki kita. Walaupon mengarut, tapi ini lah yang terjadi pada my husband. Dia bawak kasut hantaran, tak gigit dulu, separuh jalan dah melecet. Nasib baik dah expert Woolworths kat mana. Korang before pakai kasut baru, gigit je muncung dia sesaja.


Alang-alang tu, tapau sesiap roti, nutella dengan air sedap yang murah. Serious sedap diminum time panas camni. Tambah-tambah hari ni kitorang dah langkah panjang sket. Mengikut jadual, hari ini ialah hari melawat kangaroo dan koala! Aku memang chicken okay bab pegang binatang ni. Aku tabahkan aje la sebab dah sampai kan. So tempat yang dituju tidak lain dan tidak bukan ialah Caversham Wildlife Park yang terletak di Whiteman Park.

Tanya guard ketapi tiket mana yang jimat untuk return trip. Kena ramah sikit okay. Naik ketapi, turun ketapi, naik bas tu tanya dulu driver, betul ke idak bas ni lalu tempat kangaroo. Bas yang kitorang naik first salah rupanya, turun balik, Bas sebenar ada kat belakang je. Pastu tengok keliling harap ada locals  yang bagi eye contact. Mintak tolong diorang alert bila dah sampai. Sebab dalam tu kau dah tak sempat dah nak tengok signboard ke ape. Pakai baju matching tau supaya diorang boleh agak kau tengah honeymoon. Hehe.


Dah sampai dah. Panas bak hang! Rasa macam duk gurun. Banyak pokok tapi rasa kering kontang. Dari main entrance ni nak jalan ke  tempat kangaroo tu dalam 1km lebih. Better tunggu shuttle je. Nangis weh nak jalan. Dari tempat turun bas nak ke welcome tu pon dah meleleh.


Nak order shuttle, cakap kat mesin tu. Ex-squeeze me...we need a shuttle here. Sekali dia reply, wokeh. sat naaa...20 minit


Ada binatang lain jugak sebenarnya. Tapi kitorang tengok gitu-gitu je la. Bila nampak tempak kangaroo, dah eksaited. Tak lama lagi den nak pogang kangarooooooo.


Sebelum masuk sila baca cara-cara berhadapan dengan kangaroo. Be nice to them kalau tak nak dia datang melompat-lompat kejar kau. 


Penat je aku nebes. Diorang pon tahu cuaca panas ni takde tenaga nak terkinja sangat. Cari port teduh, lepak sepanjang hari,


Aku tanya husband, bulu dia macam bulu kucing tak. Nak pegang sendiri memang tak la. Terbalik tong dedak tu nanti. Husband cakap tak...bulu dia kasar walaupon nampak fluffy.


Ini kena paksa eksyen je sebab nak tangkap gambar. Kemain jauh lagi aku duduk. Tangan dah standby untuk semua kebarangkalian.


Dah dapat gambar sebijik, nah amiklah korang. Makan sendiri ye. Jangan malas mencari rezeki.


Aku dah pilih sesiap nak eksyen bagi makan kat kangaroo remaja. Kalau bapak kangaroo camni, tak aku kejar dia, dia yang kejar aku. Rakus betul. Tak beri laluan kat anak-anak yang masih kemetot.


Ni mak kangaroo. Dalam poket dia ada baby. Memandangkan diorang dah warning awal-awal supaya jangan sentuh baby dalam poket, maka kitorang mengambil langkah berjaga-jaga iaitu jangan dekat langsung.


Besar jugak kandang kangaroo ni. Lebih setengah jam ada kot merayau-rayau dalam ni je. Maklum la agak jakun. Nasib baik kangaroo ni tak jakun jugak tengok kitorang. Macam dah ada mutual understanding gitu. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku tak kejar kau, kau jangan kejar aku. Haha.


Kalau tak silap, ada mention jangan sentuh kangaroo yang di sebalik pagar kayu ni. Mungkin kat dalam tu territory khas. Ntah la..aku tak banyak soal pon kalau orang dah cakap jangan.


Muka dah berlengas. Asik posing bergambar, depan tu disuruh mind your head. Nasib baik cepat perasan. Tinggi tak tinggi mana la, tapi boleh terjadi hidung sangkut situ.


Ini kangaroo pemalas. Sebab pemalas la gue berani dekat. Hahaha.


Ini tak tau nak cakap ape. Syahid dibuai mimpi sudeyh. Port baik plak tu bawah pokok. Dari zohor sampai ke asar dia bantai tido agaknya. Dah habis jalan-jalan kat kandang kangaroo ni, aku masih tak tau sekasar mana bulu dia. Boleh tak? Haha.


To be continued...



Kenapa dia makan banyak pon body maintain?

Aku memang fully utilize Google untuk tanya benda-benda yang aku tak puas hati. 

Kenapa belly fat susah nak hilang? 
Kenapa badan naik kejap je kalau tak senam?
Kenapa ada orang makan banyak tapi badan tak naik?

Kenapa oh kenapa...sigh.

So hasil yang aku google ialah secara amnya, ada tiga jenis bentuk badan manusia. Nak tentukan kita dapat mana satu, itu ikut genetik yang kita tak boleh ubah. Yang kita leh buat ialah belajar terima hakikat and live with your bodies. 

It is either you're an Ectomorph, the classic hard gainer, a Mesomorph, the body builder, or an Endomorph, which is the fat guy. 


Credit to source
Ciri-ciri Ectomorph:
  • Frame badan kecik
  • Flat chest, no boobs
  • Small shoulders
  • Kurus, nampak tinggi
  • Lean muscle mass
  • Berat payah naik, lemak or muscle maintain
  • Metabolic rate tinggi
Ciri-ciri Mesomorph:
  • Athletic
  • Well defined muscles, pendek kata sado lah
  • Nampak tegap, gagah perkasa
  • Senang bina otot
  • Senang jugak bina lemak, compared to Ectomorph
Ciri-ciri Endomorph:
  • Badan bulat, tekstur lembik
  • Senang bina otot, senang-lenang bina lemak
  • Selalunya nampak pendek
  • Badan lebar, fizikal bulat
  • Muscles not well defined
  • Lemak memang degil dan bebal
  • Senang naik badan
  • Metabolism lembap

Aku baca explaination tu sekali lalu, tak payah pikir empat hari dah tahu body type yang mana. 

Badan bulat dan lembik - betul, perut boleh buat emoticon.
Senang bina otot - tak perasan plak.
Senang-lenang bina lemak - ohoiiii...ni macam buku bertemu ruas, bagai aur dengan tebing, air dicincang takkan putus!
Nampak pendek - tak pernah lagi orang cakap aku pendek.
Badan lebar dan bulat - betul kedua-duanya.
Muscle not well defined - betul jugak, kecuali betis aku yang macam ahli maraton gara-gara stepper dulu.
Lemak degil dan bebal - ini tepat sekali, rasa kalau buat tummy tuck baru setel.
Senang naik badan - tak payah citer panjang.
Metabolism lembap - ini pon buat sakit hati je.

Pendek kata, orang Endomorph ni low carbohydrate tolerance. So, diet Atkins tu memang gu sangat-sangat laa. Kalau Ectomorph, lebih makan carb, cepat-cepat dia bakar. Yang kita ni, ada je extra carb, memang nahas. Even makan tak sebanyak orang lain pon, kalau tak aktif, nangis la kau kat tepi bila berat naik. Jeles kan dengan orang yang boleh menikmati buffet mahal sesuka hati.

Dulu ada orang post kat Facebook pasal dilema orang kurus. Salah satunya susah nak cari baju.

Reaksi aku? Huh! Tak payah nak dilema sangat laaaa...



Cubaan pertama buat dorayaki

Aku memang suka tengok gambar makanan. Bila bukak resepi, terus semangat nak buat. Tapi aku memang dilahirkan takde bakat memasak. Cubaan kali pertama selalunya disasters. Dulu aku buat karipap, kau tengok apa jadi.


Ini karipap paus namanya. Kalau nak tengok lagi banyak first try aku yang fail, boleh la klik label Kitchen. Aku pernah jahanamkan deep fryer orang sebab nak goreng kentang. Kisahnya tak pernah guna dan tak reti guna. Yakin je sampai terbakar la aku keje kan. Itu epic fail.

Tapi aku tetap tak insaf. Kali ni ada hati nak buat dorayaki. Resepi kacang giler. Tutup mata pon boleh buat. Tengok bahan semua ada, kuali capati pon aku ada. Permulaan macam okay je kan.


Kau tengok. Lebih kurang sama je dengan gambar bawah ni kan. So aku excited dah la nak show off kat husband aku. Aku suruh dia jadi photographer. Confident tahap dewa kali ni mesti jadi. Minum petang kali ni konpem special.



Aku maintain api slow je. Kalau tak nanti hangit. Tapi tak tahu mana silapnya, bila aku terbalikkan dorayaki ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

macam-macam tone ada! Cilakak betul!!
 

Gaya dah ada. Husband aku bantai gelak time tu jugak. Kemain susah tak nak bagi gambar goyang. Tahun 2009 dulu karipap aku jadi paus, sekarang 2015 dorayaki aku yang pertama dalam dunia ada banyak tone. Pastu paksa photographer tangkap gambar dari angle yang paling cantik. Tugas berat katanya. Deym.


Tapi kalau dah memang champion bab makan, hangit sebelah apa ada hal. Sapu nutella mahal, terus ngap masuk mulut. Makan semua cepat-cepat sebab tak sanggup nak tengok dah. Betul la orang cakap, tak hensem takpe, tapi rupa tu biar sedap mata memandang.



Berdua ke Perth - Part 2


Lepas recover dari kepenatan and gather balik tenaga zahir batin, esoknya kitorang keluar tengok dunia yang di sebelah lain plak. So destinasi pertama ialah King's Park and Botanical Garden, walaupon aku tak interested sangat pon bab botanical whatever tu, tapi kalau pegi Perth, mesti jejak kaki sini.

Apartment kitorang tu location dia memang just nice. Keluar pintu depan tu, belok kiri untuk ke Perth CBD, belok kanan jalan naik bukit 'sikit' dah boleh sampai Kings Park. Betapa dekatnya park ni sampai kitorang pegi dua kali. Cumanya takde la masuk ikut main entrance, so signboard tu tak jumpa la awal-awal. Who cares. Park bukan ada pagar pon, maka belasah je la kan. 


Nampak tak bentuk muka bumi yang agak mendaki sikit. Sikit jer...don't worry, tak kurus punya.


Gigih husband aku mendaki. Nak tak nak kena tekan jugak. Pelancong bajet memang kena paksa pakai kaki ye.


Minah ni memang pantang kalau jumpak map. Sebab tu entitled untuk jadi Map Girl.


Finally habis mendaki yeay! So kalau korang tengok, apartment kitorang memang nunnnn di hujung sana. Tapi even tercungap pon, udara kat sini boleh sedut sedalam-dalamnya. So, sampai atas kejap je dah steady balik.


Jejak je kat rumput tu harus la welfie dulu. Syarat kitorang welfie ialah biar aku yang pegang kamera. Sebabnya kalau tangan dia, tak muka dia, muka aku yang sekerat.


Kalau tangan aku, gambar konpem just nice. Hahaha. Portion space kiri kanan sama, objek cantik kat center, maka gambar we ols pon kerlass gittew.


Pokok-pokok sini mostly ada signboard kecik camni. Aku perasan diorang letak nama orang yang tanam pokok ni berpuluh tahun dulu. Menjadi plak tu pokok diorang. Jakun aku tau. Sebabnya kat Melaysia tak jumpa. Muahahaha.


Pokok atas ni tinggi gila. Aku kelihatan kerdil bila gigih nak fit kan the whole pokok dalam gambar, Tapi aku rasa pokok ni senget la. 


Orang laki kalau jumpa meriam, memang gini gaya dia. Bajet macam retis berlakon Edge of Tomorrow la sangat kan.


Kalau pompuan plak, gini gayanya. Meriam hanya tempat melepaskan kepenatan sambil pejam mata.


Pokok-pokok besar berderet ni semua ada orang yang tanam. Lols. Harus la ada orang yang tanam. Takkan sebab mutasi rumput plak kan. Maksud aku ialah semua pokok ni ada signboard nama tokoh-tokoh Perth. Cuma aku tak kuasa nak ambik tahu la sape. Hahahaha,


Husband aku jumpa pokok, terus berangan aktor bollywood.


Kau tengok kemain feeling lagi mamat ni. Khia hua hei bhaiyya??


Ini namanya posing nikmat bersandar di dinding. Takde motip. Takde maksud tersurat dan tersirat. Hanya nak menghabiskan masa semata,


Dari King's Park ni korang boleh layan view Swan River yang cantik. Sebab taman ni atas bukit kan. So berbaloi la penat lelah kau memanjat.



Cantik okay view belakang tu. Aku tak maksudkan lalang tu la tapi. Kitorang pegi tu memang suhu just nice between summer to autumn.


Bila sebut park, aku dulu konpem bayang macam Taman Tasik Permaisuri or Tasik Cempaka kat Bangi. Haha. Gila tak bernafsu nak pegi kan. Tapi bila sampai sana, omaigod...kejap-kejap nak guling. Seyes! Rumput situ macam karpet. Orang pijak-pijak pon still terjaga. Rumput mahal kot. 


Suka gambar yang ditangkap dari bawah ni. Terpancar cahaya keimanan gittew.


Sakitnya tuh di sini di hujung sikuku...sakitnya tuh di sini terpotong sikuku...sob sob....


Orang sana kuat bersukan petang-petang. Diorang yang atas ni macam sedang bersukan dalam group. Comel je jogging dalam barisan macam itik pulang petang. Haha.


Seriously, park ni ada je tempat menarik untuk posing. Feeling maze runner pon boleh. Memang seswai sangat untuk aku yang kaki posing.


Isteri mithali volunteer galas beg plak. Biasa la tourist, segala mak nenek nak kena bawak sentiasa. Merenung ke arah Swan River, mesti sampai sana! Tak kira nak jugak!!


Jujurnya, aku tengok-tengok gittew je. Iols memang bukan rajin nak membaca tulisan kecik-kecik tu.


Ini tempat memorial untuk orang-orang yang terkorban masa world war. Untuk penjelasan lanjut, sila baca engravement di bawah.


Diorang memang menghargai para pejuang yang terkorban. Respect babe!



Dah kepenatan baru jumpa main entrance dia. Memang dasar masuk ikut bontot betul kitorang. Lantak lah. Asalkan sampai.


Rumput yang sangat terjaga, aku assume ni rumput mahal la kan. Sebab tu kat Malaysia takde sebab sini perut rakyat diutamakan. Nak datang lagi memang tak tahu bila, maka dengan itu mari kita melaram guling-guling sepuas hati yeay!


Tak senonoh betul husband ai. Maka harus retake ye.


Taraaaaaaa....muka happy gila kan? Alhamdulillah....moga berkekalan. Amin.