Elok je aku nak karang blog, tetiba Buletin Utama tunjuk video kes buli. Daripada nak karang entry yang berguna untuk nusa dan bangsa, terus jadi entry tak bawak pekdah. Geram aku dengan remaja yang tak berperikemanusiaan ni, sepak orang macam kena rasuk jin, dah berani jerut orang, sekali orang jerut dengan tali gantung baru tau tinggi rendah.
Aku tengah menaip ni TV3 cerita plak pasal kes dera sampai patah 13 tulang. Oh my God...apa dah jadi dengan akal manusia sekarang. Seriously, rasa baru ritu dengar kes bunuh anak sendiri then tanam dalam rumah, Cerdik tak bertempat. Padan muka kalau kena gantung.
Adakah semua ini terjadi sebab tekanan hidup? Budak tak habis besar lagi dah start buli orang, ini mungkin berpunca dari rumah. Agaknya mak ayah asik bercakar hari-hari, sampai anak-anak dah serap semua tenaga negatif and channel plak kat luar rumah. Ke mana tumpahnya perangai gangster ayah kalau tak ke anak kan.
Mak ayah plak tertekan sebab kos hidup yang tinggi. Kuasa membeli makin lama makin kurang. Aku pon rasa tak terkejar dengan kenaikan harga barang sekarang. Dulu duit belanja sekolah singget je. Sekarang ni harga kopok lekor pon singget. Tak beli air tercekik plak.
Situasi ni sedikit sebanyak membuatkan aku berfikir. Fikir macam-macam sampai rasa takut nak ada anak sebab risau tak mampu nak bagi semua yang dia perlu, apatah lagi apa yang dia nak. Anak tak keluar lagi, tapi duit dah kena keluar untuk macam-macam. I know, rezeki tuhan aturkan. Entah kenapa still tak yakin dengan diri sendiri. Dengan keadaan oil and gas industry yang masih tak stabil, rasa macam cepat la naik harga minyak. I don't mind bayar lebih beberapa puluh sen seliter, so long as I can eat good food, pay the bills and loans, etc.
Hari ni terbaca kat Facebook yang mak kandung budak kena dera tu actually give up anak tu sebagai syarat untuk cerai. Banyak yang judge mak tu pentingkan diri sendiri je. Tapi actually kita tak tau apa dia lalui. We're not in her shoes. We may try to imagine things but we cannot exactly feel it.
Bila pikir balik pasal kes buli tadi, terbayang plak dulu aku selalu belasah adik bawah aku. Menyesal tak sudah kalau ingat. Pastu keluar plak sorang lagi adik, amik kau. Aku jerit sikit, dia datang dengan batang penyapu ko tau! Dah la pintu bilik kunci rosak, sengsara aku tahan belakang pintu. Nak kata gurau memang tak la. Kalau aku menyerah je time tu, dah sah-sah tulang belakang aku yang bengkok.
Tetiba plak ada berita pasal lelaki bakar diri dalam ketapi kat Jepun. Apa dah jadi dengan orang sekarang niiii...what da fcuk are they thinking?!
Eh, minyak naik lagi ke malam ni?? Yeay!!!
Jangan marah aku....huhuhu.
2 comments:
Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.
Nasib baik sehari je tgk berita. Kalau tgk hari2 mahu tiap2 hati ada entry ni.huhuhu
zaman sekarang ni cukup la sekali seminggu tengok berita...hindarkan aura negatif supaya kurang emo. muahahaha.
Post a Comment