Princess Albertina Pierce

Sekali baca macam Al-Betina plak kan? Saje je wat tajuk kontroversi. Hehe...

Ok, korang dah boleh mengabaikan tajuk ini kerana tak de kaitan pon. Ke korang nak google?? Sila2 =)

Aku sebenarnye nk crite pasal seekor kucing hitam yang gemuk. Dah 3 malam berturut-turut kucing tu menceroboh rumah aku waktu orang tgh tido. Ni mmg dasyat la. Segala selok-belok lubang kat rumah ni die dah tahu. Malam tadi tgh aku sedap tido, aku dengar bunyi benda jatuh n ala2 nak pecah ckt. Bunyi die macam dalam crite hantu kat tv tu. Kan sekarang hantu dalam tv suke pecahkan pinggan mangkuk orang. Aku pon mamai2 tu mengabaikan la bunyi tu.

Sekali ayah aku tetibe jadi pendekar keluar dari bilik sambil bersilat2. Terkejut aku. Terus bangun dan terdengar bunyi kucing miaw miaw. Ayah aku memang dasyat sikit kalo kejar kucing. Kalo die tak masuk umah jiran, memang arwah serta-merta tak sempat mengucap. Ape ntah kucing tu syok sangat nak masuk umah aku ni. Nak kata semua pencinta kucing tak jugak. Kucing tu memang saje cari nahas ni. Sebelum kucing tu lari keluar, die sempat posing depan aku. Aku memang malam kalo tido stand by digital camera kat sebelah. Serious aku tipu! Haha (^^,)\/



Angle baik punya...hitam legam pon boleh jadi macho sebab kucing ni photogenic dan berotot kental.


Sape cakap kucing comel? Kalo dah begini rupenye dah macam kuntilanak in the dark. Seram aku. Semalam crite Beranak Dalam Kubur pon seram.



Eh, nape kete ni ade sini? Aku tak upload pon. Serious aku tipu lagi! Dah la kaler oren. Kalau merah kan hawt!


Pape pon, belum terlambat rasanya untuk aku ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN. Jom lepas ni ramai2 puasa sunat plak. Sesiapa yang dah beraya tu tahniah lah. Aku belum start lagi. Sebab banyak sangat jemputan. Menghadiri jemputan kan wajib tanpa keuzuran. Jadi mak aku pon banyak kali tak jadi nak puasa. Tak pe, raya kan sebulan. Aku memang plan nak start next week pon. Eheh =)

InsyaAllah~

3 comments:

Anonymous said...

AKU cakap kucing comel !
dulu kini dan selamanya.

-pemilik hafiz, mas ayu & hakimi-

Feezah Hanimoon said...

hoi cik anon...

hafiz, mas ayu ngn hakimi tu ja la yang comel. kucing penjahat lain x comel. hahaha..

Anonymous said...

aku harap apiz & mas ayu akan membesar dgn sihat dan berotot kental dan beraksi macho macam kucing hitam ni ha. wahahahha! untung2 boleh buat part time modelling.
:DD