Tips Bereaksi Bila Boyfriend Dah Start Kerja

Malas nk mukadimah pepanjang. Kesimpulannya, ini semua hanyalah berdasarkan pengalaman dan bukan fakta. Lain orang, lain boyfriend, lain la pengalamannya. Haha....Ye la, kalau lain orang sama boyfriend, wa cakap sama lu "Jangan macam-macam derrr."

Okok...tanak mengarut. Sini mari baca ramai-ramai.

1. Terima hakikat
Kawan-kawan, korang kena terima hakikat yang sekarang ni dah tahun dua ribu seblas. Kalau bf korang tak keje lagi or saja cari pasal tanak keje, maka tiadalah ia cukup wang untuk membela shopaholic tegar macam korang. Terima hakikat bahawa sekarang sudah sampai masanya bf terhormat korang tu mencari rezeki di bumi Allah ni.

2. Pandang ke depan
Aku tanak guna dah ayat jangan pandang belakang sebab dah nyampah. Korang haruslah pura-pura menilik masa depan, contohnya 3 tahun lagi korang plan nak kawen, pakai gaun lawa berjurai-jurai. Kalau bf korang tak start keje dari sekarang, kawen pakai baju kelawar la gamaknye. Nak? Ape? Nak??? Ceh, poyo. Sekarang boleh la cakap nak.

3. Kurangkan ber-sms/call
Ingat ni..bf korang bukan keje kat company bapak die. Bapak sedara pon bukan. Jadi kalau sayang kat bf tu, jangan nk 24 jam menyendeng. Die tak balas sms je nak ngamuk. Mana tau tym tu die tengah kecut beku duduk depan big boss. Jangan memain, boss my bf dulu cakap kalau nak terus keje, jangan main sms masa keje. Muktamad. Sape cakap susah nak cari keje? Nak maintain keje yang susah sebenarnya.

4. Jangan expect tepat 5.30 petang bf dah rileks goyang gerudi.
5.30 petang tu selalu letak pen pon belum. Ingat kat opis tu ade loceng skolah ke? Tiap-tiap petang bunyi, pastu semua serbu pintu keluar sampai pintu tu makin haus lelama. Rileks dulu... Proses abis keje and balik rumah ni take time. Nak menghadapi debu-debu KL ni bukan macam main Playdoh. Sabar sikit, dengan izin Allah die akan selamat sampai....

5. Ditegah mengaplikasikan Matematik dalam soal ini
Aku pernah dulu...bf keje jarang-jarang normal working hours. Normally die keje very wierd working hour. Sesuka hati ayah bonda boss die je bile nak panggil. Jangan calculate 8 jam bf korang kat opis ngn kengkawan, so 8 jam jugak kene spend nak gayut/tengok movie/dating ngn korang. Die bukan robot ye. Ke korang tak tau? Atau korang was-was? Ye...aku sure bf korang bukan robot.

6. Bagi die masa berehat
Ini tips menjamin kebahagian dunia percintaan korang. Kalau badan die tak letih, penat, semestinya die boleh layan korang on phone 2 jam lurus! eheh..2 jam straight! Kalau die baru sampai rumah, korang terus mencanak kol, mesti die lemah-gemalai-longlai lalu cakap macam bru amik drugs. Kan dah bengang. Sape suh cari penyakit? Lepas die cukup rehat, die akan bagi signal yang sekarang die dah cargas dan sedang berguling-guling atas bawah atas bawah. Betul...tak tipu.

7. Behave! Jangan bossy n bitchy
Keje ni adalah dunia paling serabut di dunia. Sebabnye, takde orang yang nk release tension dengan menambah keje. Bertambah tension dengan keje ade la. Sebagai gf yang prihatin, kita boleh je serang hendap boss bf kita, pastu sarung dengan guni then belasah sampai pengsan. Ye la, sape suh bagi keje banyak. Tapi kita sememangnya gf yang tak prihatin. Jadi jangan kesah la kalau bf kita nak siapkan keje die dulu sebelum moshi-moru. Jangan nk menambahkan lagi serabut sabut yang sedia ada. Pernah tengok orang makan siku sendiri?

8. Akhirnya die akan jujur juga.
Ok. Last ni. Kalau tak aku tak pakai la perkataan akhirnya tu. Sebabkan sayang, bf korang layan jugak sms, call setiap 5 minit, bawak kete mcm org gile sebab nk cepat sampai rumah. Tapi sebanyak mana pon sayangnya terhadap korang, suatu hari nanti, bila limit dah sampai, die akan jujur dan berkata, "Please sayang, give me a break, this is a bit too much." Jangan sampai die cakap macam ni. Nanti korang akan dpt title gf paling tidak memahami di dunia dan die of course akan cerita kat next gf die. Tamau kan?? Bagus.

Aku malas study Linear. Jadi rasa nak update blog dan terhasil lah entry ini. Memang susah nk melepasi turning point tu. Kat round about pon kene pusing slow-slow. Kalau tak mau terbang kerete Naza aku tu. Tapi lepas berjaya mengharungi round about tu, aku dah boleh pecut seratus doploh sampai seksyen 9. Haha. Just don't be sad.

Always remember that,

"What u feel for me, I am feeling it for u. If u miss me, I am missing u. If u love me, I am loving u"

he said.



I whip my hair up and down

I whip my hair back and forth!
I whip my hair back and forth!
I whip my hair back and forth!
I whip my hair back and forth!
I whip my hair back and forth!
I whip my hair back and forth!
I whip my hair back and forth!
I whip my hair back and forth!

Man...I'm tired of singin'

For millions of seconds I thought this is one of Rihanna's song. Just a few seconds ago, I decided to google it and it came to my surprise that this song Whip My Hair was performed by a 10 years old kid, Willow Smith d/o Will Smith.

Hmm...she is just 10 and even Lady Gaga is inspired by her 'whip my hair back and forth' thing for the Grammy performance.

And after googling some more, Rihanna do have a song called Whipping My Hair! My god, I'm obviously nothing to Hollywood. Yet, they still want me to get confused. Blurghh............



I actually did something on the 14th...Chocolate Chip Muffins!

Sempena 14 Februari ini (tiada kena mengena ngn Valentine's Day), aku yang terlampau malas untuk buat tutorial, tapi terlebih rajin nk buat kek telah membuat Choc Chip Muffins chumyl untuk kengkawan semua. Siap decorate pakai fondant yang warna-warni tau. Sesedap rasa secantik rupa, maka ambik lah sorang satu ye... Jangan berebut kawan-kawan!!!


Dida dan Ainul badan kecik ja. Jadi boleh share. Harap maklum!


Tapi kan korang jauh-jauh semua. Hmm...jadi aku ingat nak pos pkai Fedex. Aku pon beli la kotak cantik khas untuk muffins setelah siap dihias-hias sesuka hatiku.


See!! Aku dah siap tutup kotak ni n selotep kiri kanan atas bawah tau. Semut pon tak boleh bolos masuk dalam ni. Macam nak buat hantaran kawen la plak. HaHa. Gatal!

Tetiba aku baru teringat, mana ada pejabat pos bukak malam-malam cenggini. Hurm...makanya aku terus turun start kereta dan memandu membelah Bangi. Cewah..Bangi je pon. Lalu sampai la di Seksyen 4.

Akhirnya aku pasrah, tak jadi lah pos. Sayang kalo nk buang...Jadi aku hadiahkan kan mamat cun ni. Die pon tersengih-sengih sampai muka berseri-seri bila dapat muffins paling chumyl di dunia ni. Hoyeahhhhhh!!!!!


Kan aku dah kata bukan untuk Valentine!



p.s : dolmun1437



Guitar - Back To December

Dah lama gila lah tak hupdate. Mintak maaf kepada fan-fan Feezah Hanimoon. HeHe. Perasan la kau! Aku sebenarnya busy ngn assignment ngn report. Takpe, aku cover balik ngn bidio ni (bukan libido ye cik Aishah).





p.s : Bunyi ketuk pintu tu ialah housemate ku yang bertukang besi pada bidio lepas. Dia mmg nk enter frame kot mana pon. gagagagaga

p.s.p : Bunyi gendang cina ujung-ujung tu ialah ringtone message masuk npon nokia aku. Malam-malam cenggini mesti la Mr. D yang hantar. Seb baik ujung-ujung dah.

p.s.p.s : Aku selesema tym ni.. Jadi awal-awal tarik sket, tengah-tengah pon harus la tarik lagi. Tak kan nk biar meleleh plak tgh live tu. Jadi, kasihani lah aku T_T

p.s.p.s.p :Seperti biasa, ade pause sket...Dan seperti biasa juga, aku memang sengaja buat. On purpose okey. Biar lah Asmak nak cakap aku noob pon. Redha~!

Tak best sgt kan bidio ni? Jari tak cukup kuat la nk tekan tali. Sori ye kengkawan.




10 things I could think of to say to 10 different people at this moment - tagged by Azra

4 jam aku cuba edit blog ni lagi. Last2 tak puas hati, revert back to the original. That's how I always waste my time. Kalau layan cerita Korea dalam laptop adik aku ni dari tadi, mesti dah sampai episode doblas! Ceh.

10 things I could think of to say to 10 different people at this moment

  1. I hate it when you look at me as if you wanna say, "Hey, I have a secret. But I don't wanna talk with you about it."
  2. Mak cik, esok dah nak raya. Bila baju saya nak siap? Jangan longgar sangat ye. Pesak tu kecik sket.
  3. I think you can buy a Suzuki Swift soon if you change your mind about DSLR. Then you can drive quickly to the operation theater. If you buy DSLR, I'm afraid you might mistake it with your stethoscope.
  4. Would you please give him a high raise? He's been a good and hardworking worker. I know...your money is berkepuk-kepuk one. Can la...
  5. Memang kau tak natural beauty. Contact lense kaler-kaler, fake eyelashes, make-up smokey-smokey, selain kau memang cerah, konpem la kau turn out to be cun. Kalau buang semua tu, mata lebam-lebam, tona kulit tak sekata, tak masuk majalah punyer.
  6. Eh eh!! Nanti bagi la lebih sket. Eden dah pokai ni. Eden memang la nak kurus. Tak makan tak apo. Tapi minyak keto ni ha..
  7. Mu ghoyak gapo? Ambo dok pahe ni. Mu kecek mu dok pndai buat lawok, tapi ambo dok tahe nok gelok kat mu selalu. Mu maintain gitu sudah la...urat perut ambo nok putuih dah ni.
  8. (Kecek omputeh pulak) I think you should have a back up list of best friends. As I can see, your current one hasn't been so much help to you.
  9. Please don't make it difficult for me. You surely don't wanna see me head banging and attacked by epilepsy in the exam hall. You know I've been diagnosed with I-am-always-careless cancer?
  10. Awak sangat comel hari ini. Untuk itu saya bagi 10 extra hugs and 10 extra kisses. Tempoh untuk claim bonus ini adalah sebulan dari sekarang. Term and conditions applied. HeHeHe.

Entry kali ini adalah tag dari kawan comelku yang bernama Azra Atiqka. Ouh, number 11 nak tambah kat sini, "Ang bosan-bosan antq signal kat antenna aku na!"

Masa buat entry ni, seketul-seketul muka muncul dalam kepala aku. Muka Encik Dol asik nk take over, tapi aku sep the last for the best. HaHa. Tak caya cuba buat. Dah muncul muka, pikir nak cakap apa plak.

Sempena Chinese New Year, aku nak buat ucapan raya sket. Wahai best friends ku masa tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik penang, gmi dan seterusnya, aku nak korang cepat kawen dan bagi aku angpowwwwwww!!!!!!!!!!