Sempena 14 Februari ini (tiada kena mengena ngn Valentine's Day), aku yang terlampau malas untuk buat tutorial, tapi terlebih rajin nk buat kek telah membuat Choc Chip Muffins chumyl untuk kengkawan semua. Siap decorate pakai fondant yang warna-warni tau. Sesedap rasa secantik rupa, maka ambik lah sorang satu ye... Jangan berebut kawan-kawan!!!
Dida dan Ainul badan kecik ja. Jadi boleh share. Harap maklum!
Tapi kan korang jauh-jauh semua. Hmm...jadi aku ingat nak pos pkai Fedex. Aku pon beli la kotak cantik khas untuk muffins setelah siap dihias-hias sesuka hatiku.
See!! Aku dah siap tutup kotak ni n selotep kiri kanan atas bawah tau. Semut pon tak boleh bolos masuk dalam ni. Macam nak buat hantaran kawen la plak. HaHa. Gatal!
Tetiba aku baru teringat, mana ada pejabat pos bukak malam-malam cenggini. Hurm...makanya aku terus turun start kereta dan memandu membelah Bangi. Cewah..Bangi je pon. Lalu sampai la di Seksyen 4.
Akhirnya aku pasrah, tak jadi lah pos. Sayang kalo nk buang...Jadi aku hadiahkan kan mamat cun ni. Die pon tersengih-sengih sampai muka berseri-seri bila dapat muffins paling chumyl di dunia ni. Hoyeahhhhhh!!!!!
Kan aku dah kata bukan untuk Valentine!
p.s : dolmun1437
3 comments:
senyum sampai telinga cik abang soghang ni. :)
prasan tak tetiba dual tone? cik abang ni dah telan 2 bijik tym tu, mesti la senyum sebesar2 nya. haha
tqvm..(^^,)
Post a Comment