Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siapa dah kahwin, pastu husband dia selalu outstation? Boleh survive tak? Hmm....macam tak best je. Baik tak yah kahwin lagi. Bila tengok wife yang jaga anak sorang-sorang, macam tak best je. Bukan ke anak tu patut membesar dengan kehadiran ibu dan bapanya?
Zaman sekarang ni takde lagi istilah hanya husband yang pegi mencari rezeki. Married women sekarang ni pon kebanyakkannya bekerja. So kalau pagi kuar sama-sama, then petang balik sama-sama baru la best. Atau pon dua minggu depan baru balik sama-sama.
Melihat situasi ni, aku jadi risau. Awal-awal lagi dah berjauhan macam no point la kahwin. Ok fine. Kahwin tu untuk mengelakkan dosa. Tapi kita kahwin untuk membina keluarga kan? Entah la....bila makin pikir, takde jalan penyelesaian pon. Dah keje macam tu. Ni yang rasa nak keje kat pelantar minyak ni. Biar berbulan-bulan tak balik. Menunggu tu satu penyeksaan.
Hmm...balik lewat, makan malam pon lewat. Nak makan awal, makan sorang la plak. Nak makan sekali, pukul 10 baru nak jamah nasik. Amik masa 4 jam nak cerna, pukul 2 pagi baru boleh tido. Kalau campur masa senam, pukul 3 pagi la baru boleh letak kepala dekat bantal. Haishh....
Rasa tertekan. Takde ke husband and wife yang masih normal dalam dunia ni? Kalau masing-masing sibuk, every month gaji 15k takpe jugak. Setiap 6 bulan amik cuti panjang, shoot pegi bercuti di Europe.
Haishh....ni semua bayangan untuk masa depan. Awal-awal dah aware, so boleh la prepare fizikal dan mental. Oh btw, boleh tak hantaran nanti tak nak letak sirih-sirih tu? Buat penat angkat dulang je. Padahal bukan nya aku akan ratah macam makan KFC pon. Adat yang mana logik je elok diambik. Baik ganti dengan bunga kristal mama buat. Tahan berganda-ganda lama la dari pokok sirih tu.
Hmm....sekarang baru pukul 8.44 malam. Nak kuar makan pkul 9.30 malam. Nak buat cmne...ari Ahad pon kena keje. Company ni memang suka bagi keje overtime. Tapi taknak bayar gaji overtime.
Dulu dah cakap jangan terima offer extra 200 tu. Bukannya company nak bankrupt lagi. Company hanya akan bankrupt bila kena bayar overtime pekerja. Geliga sungguh otak bos. Patutnya wujud persatuan bini-bini dan girlfriend pekerja Tekad. Boleh naik angin sesama. Kita bakor je!
Hishh....tak puas hati kat bos. Cukup tak puas hati. Keje ari Ahad patut bayar double. Public holiday bayar tripple. Tapi company ni kedudukannya takde dalam peta Malaysia. Sebabnya hari biasa keje lebih pon tak nak bayar. Ini kan pulak double dan tripple.
Nak je aku letak tajuk entry ni 'Review Company X''. Tapi kalau orang tak nak apply keje situ lagi, Encik Boyfriend lagi la dikerah ke sana-sini. Dah bagi cadangan, sume ditolak. Ape ntah plan die sebenarnya...hidup dan mati hanya untuk company tu kot. Elok la tu.
Girlfriend yang frust kerana it sucks.
3 comments:
dugaan crik rezeki namanye :)
haishhh.....demi mencari rezeki, mungkin kita kena redha ditindas. Haishh.....nnti dh keje bru aku paham kot.
tahu tak pe...sabor je la =)
Post a Comment