Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry ini ditujukan khas kepada sesiapa yang mengenali aku dan family. Aku dengar cerita dari mama yang ada antara rakan Facebook atau blog ini telah (mungkin) terhebohkan relationship aku dengan Encik Abdullah Zaini kepada family or kenalan mereka. Dan tidak semena-mena, ada antara yang mendengar cerita itu telah bertanya kepada papa secara terang-terangan.
Di sini aku nak tegaskan, parents aku bukan open-minded dan urban macam parents di bandar-bandar besar yang siap jemput lagi boyfriend anak diorang bermalam di rumah. Mungkin korang boleh klasifikasikan parents aku sebagai sedikit konservatif.
Untuk pengetahuan, cukup lah parents aku sekadar tahu yang aku ni in a relationship dan mereka merestui dalam diam. Tambahan, aku memang masih belajar dan dijangka graduate pada hujung 2013. Walaupon kengkawan sebaya kebanyakannya dah memasuki alam rumahtangga, tapi aku yang berstatus student memang tak appropiate lagi nak menikah. Gila bak hang! Duit pon cukup-cukup untuk nafsu makan sendiri.
Jadi, aku berharap tidak ada lagi yang tertanya-tanya bila Pak Talib nak buat kenduri, plus tak ada lagi yang curious sangat nak tahu lalu pegi confront papa depan-depan. Aku pon tak pernah cerita pasal kehidupan korang pada parents aku. Walaupon aku tahu lepas ni still ada yang sibuk jugak nak tanya, aku harap cerita-cerita pelik tak timbul di telinga parents aku.
Sebabnya parents aku memang clueless pasal Facebook dan seumpanya. So bila orang tanya, "Bila lagi nak buat kenduri? Hanim tulis gitu-gini dah dalam Facebook."
So mama cakap papa speechless sebab die tak tahu yang aku just letak 'in a relationship with Abdullah Zaini' je pon. Mesti die ingat aku hamburkan macam-macam dalam Facebook tu yang boleh mengaibkan nama parents aku.
So please guys and girls..kawan sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kalau korang nak kahwin, sila kan. Aku doakan kebahagian korang dunia dan akhirat. Tapi jangan lah cuba-cuba menggoncang perasaan dan emosi parents aku. Sebab aku tak nak parents aku sedih sebab aku, tapi aku tak tahu pon aku dah buat diorang sedih.
Mama cakap, "Banyak pahala kalau kita menggembirakan hati mak ayah kita. Jadi belajar la dulu sampai lulus." Dalam kamus mama, lulus tu maksudnya cemerlang.
Aku bukan suruh korang cover aku buat jahat pon. Aku just mintak jangan la sebarkan apa-apa yang sensitif pada pandangan parents aku. Setakat ni, cukup la parents aku tahu kewujudan Encik Abdullah Zaini dalam hidup aku.
Mama cakap die tahu yang Encik Abdullah ni baik. Tapi sabar je sampai habis belajar, baru move on to next stage. Papa pon tak kisah aku pilih siapa. Tapi parents aku dulu dah frust sebab balik tangan kosong. Jadi buat masa ni, apa yang diorang harapkan hanyalah segulung ijazah di samping aku menjaga diri sebelum tiba masanya nanti.
Tamat belajar nanti, insyaAllah.....aku akan follow korang. Amin....
5 comments:
Jalan penyelesaian terbaik, xyh la letak in relationship bagai..x mendatangkan faedah yg menguntungkan pun..elakkan perkara yg boleh mendatangkan fitnah..itu yg sebaiknya..(^_^)
tak sangka benda kecik tu pon orang boleh bawak mulut. apa ntah yang hebar sgt pasal kisah kita smpai nak cerita abis kat orang di luar laman sosial ni. rasanya takde plak saya friend dgn member2 papa or mama dalam fesbuk ni. anak2 diorang ade la. isk isk. gerun dengan laman sosial.
Isk isk sabaq ya mun
tengs dehe....teringat kau punya xperia arkkkk...asik nak ter-type samsung je. haha.
Lol sempat pulak teringat arkk aku
Post a Comment