Jangan jeles dengan laptop pink aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Untuk pengetahuan semua, aku baru saja melabuhkan punggung di karpet merah yang dah tak best dalam bilik aku ni. Sebab apa tak best?? Tak lain tak bukan mesti la sebab karpet ni tak gebu. Huh. Kulit di bahagian punggung dah la paling sensitif. Abis berparut kalau tercucuk. 

Back to the point yang aku pon sipi-sipi lagi nak lupa. Aku sebenarnya nak cakap pasal GPS. Rasa best plak ada GPS. Walaupon balik tadi dia bawak aku masuk dalam taman perumahan orang, tapi aku tetap setia follow makcik tu cakap apa. Walaupon ada la beberapa saat aku meragui otak GPS ni. Sampai terpikir, "Betul ke aku tekan Bangi tadi?" 

Hmm...daripada beli hard disk yang setakat ni aku tak pakai sangat, baik aku beli GPS. Namun, bajet mama bagi untuk hard disk telah dilaburkan dalam pembelian laptop baru. Makanya tak boleh la aku nak memiliki sebuah GPS sekarang. Yang ada hanyalah GPS pinjaman daripada Encik Dol. Dan itu pon adalah pinjaman daripada Bapak Bos Tekad Communication. 

Nak jugak satu. Brape ntah harga GPS Garmin paling cikai??

Ok lah. Nak update pasal laptop baru plak. Hehe...Show off sket. 



So ni lah LENOVO Z470 14" yang aku baru je amik last Tuesday kat Time Square. Asalnya tak plan pon nak beli secepat ini. Kebetulan plak adik ajak tengok movie kat Mid Valley weekend lepas. Then time tu kebetulan juga ada IT Fair. 

Kebetulannya juga malam sebelum tu start survey laptop. Sempat survey sebijik ni je, pastu dah tak bleh bukak mata. So kebetulan lagi, booth LENOVO ini trang tang tang nampak kat entrance masuk IT Fair tu.

Memang jodoh aku lah ngan laptop ni. HaHa. Encik Dol tunggu 5 tahun pon tak sampai-sampai lagi jodohnya. 

Nak dijadikan cerita, laptop kaler biru je yang tinggal. Well, dia ada tiga kaler. Hot blue, hot pink and smoky black. Jadi customer yang nak selain kaler biru boleh book. Aku yang takde cash ni terus tak pikir panjang. Book pon letak deposit 50 ringget je. Boleh sangattttt...HaHa.



Spec dia dah upgrade dari yang dulu. Maybe sebab customer feedbacks. So pendek citer untuk price RM 2299, laptop ni ada

Intel Core I5 2nd generation (2.5GHz)
HD 500G
RAM 8G
Windows 7 Home Premium
Webcam 2Mp
Graphic Nvidia GeForce GT520M 1G

Plus beberapa lagi specialties dia yang aku rasa cool. Mungkin korang rasa tak pon....Lantak la.

Jadi, dengan ini aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada laptop lama. Kau sudah berjasa banyak kepadaku. Meneman di kala susah dan senang. Maafkan aku kerana sudah tidak berharap padamu. Mungkin aku akan hantar juga kau ke HP Centre. Boleh la kalau papa nak guna taip-taip surat esok kan. 

Ha...dah update juga satu entry akhirnya. Bila duit MARA nak masuk ni. Encik Dol dah tegur muka banyak bijik-bijik. Ces! Tunggu la aku gi wat facial nanti. Mana nak cekau lima rat ni. 

I hate whiteheads >..<




4 comments:

Abdullah Zaini said...

tegur je..x suh buat facial pun rasanya..nanti2 ilang la sendiri tu..tp tu la..duit sendiri..nk beli tayar kete kebal buat perhiasan gantung kt rumah pun xde org nk mrh kot..(^_^)

Feezah Hanimoon said...

tegur sampai 2 kali plak tu. tp bagus jugak awak tegur. bersemangat sket nk kumpul duit buat facial. hahaha.

kat rumah dah ade tayar kete kebal. skrg nak beli meriam kete kebal plak nak letak depan rumah. senang nak tembak orang jahat.

adham said...

Dengki! Nak laptop baru gak! Set penjagaan muka tu effective tak mun? He hr

Feezah Hanimoon said...

kalau dengki, beli la baru jugak. yang lama cepat2 rosakkan. haha.

set dermalogica tu ok je kot. tp still la...mencegah lagi baik dari merawat. haha.