Jangan mainkan perasaan orang

Kalau lah blogspot ni ada function untuk block certain people yang tak dikehendaki datang ke sini...kan best. Ini tak, kalau nk buat private, kne invite satu-satu. Mati la nak invite the whole world except for one...or two. Bila forensik diagnoize, budak ni cramp jari rupenyer... Sia-sia je belah dari atas sampai bawah.

Rasa macam dah ada everything needed to live happily and peacefully, tapi rasa macam everything yang aku ada ni membuatkan nafas aku sesak. Bila la aku nak habis belajar dan keje ni. Tak sabar rasanya nak be free. 

_______________________________________________________________________

Tujuan aku sambung tulis entry kat bawah ni adalah sebab aku tak puas hati entry aku sebelum ni pendek yang amat. Untuk pengetahuan, aku tak percaya dengan wordless Wednesday yang letak seketul gambar yang kononnya membawa pengertian satu karangan 500 patah perkataan. Sebenarnya aku semalam time tengah karang tu tetiba mata mengantuk sangat. Jadi aku terus letak tajuk paling simple dalam dunia lepas tu publish. Sekarang dah nyesal. Plus aku tak delete entry-entry aku. Jadi apa aku buat, ni la..sambung membebel kat bawah.

Dalam dunia ni ada macam-macam gaya nak merapatkan sesebuah hubungan. Contohnya tengok cerita hantu kat laptop bersama. Nanti boleh share selimut dan bantal bersama. Bila  terkejut, picit tangan masing-masing. Tapi ni dalam konteks best friends lah. Laki bini pon boleh. Tapi laki bini buat per tengok cerita hantu. Ye tak? hahaha.

Okey. Aku mungkin la kurang pengalaman dalam try and error case ni. Tapi aku tak paham kenapa laki or pompuan sekarang suka try and error sebelum declare officially in a relationship. Certain orang cakap dah tak nak pisang berbuah dua kali. Dulu kapel cinta habis-habisan, berjanji sehidup-semati, tapi break jugak at last sebab tak understand each other. So this time nak go slow dulu. 

Fine. Aku paham. Tapi kenapa nak try and error dengan banyak orang serentak? Kalau dah tak berkenan, still nak bagi harapan. Kenapa mulut habis manis bila bercakap, tapi sebenarnya anggap dia kawan biasa saja. Ramai yang berbelanja besar sebab kononnya nak impress pompuan ni. Pompuan ni pon macam layan je. Lepas bagi bunga 99 kuntum, belanja makan tempat mahal, tunggu punya tunggu, seminggu kemudian habuk pon tarak. Yang lelaki tu pon satu, free je dipermainkan dan diperbodohkan. Kalau pompuan tu nak kat kau, tak payah tunjuk harta pon dia datang la.

Lama-lama aku plak yang musykil. Pompuan tu nak go slow sebab dulu hati terluka bagai atau dia risau kalau dengan ni tak jadi, dah takde back up plan dah. Yela..kalau declare, maknanya lelaki tu dan mark pompuan tu dia punya la. So saper pon serba-salah la nak kacau kan. Kalau break, dah kena cari mangsa baru nak try and error. Kalau dia tak declare, banyak lagi la potential boyfriend yang dia ada. 

Aku cakap-cakap ni, ada tak antara korang macam ni? Sedar-sedar la weh...Kalau asik nak ragu-ragu, bila masa korang boleh bagi full commitment untuk bercinta. Kalau tak dapat bagi commitment, jangan harap la nak kekal lama. Bila aku cakap kat orang, aku dulu Mr. D senang je mintak kapel. Takde pikir-pikir sebab time tu, konpem-konpem la dah suka kan. Pastu ada orang tak setuju. Bagi diorang, tak boleh main hentam setuju je. Kena cari chemistry dulu.

Ni aku nak cakap. Mana kau nak cari chemistry physic bio tu kalau tak boleh bagi commitment?? Cuba cakap balik kat aku. Abis dengan hasil teori darwin kau tu, apa je kau achieve sekarang? Kapel-break-kapel-break. Break sebab apa? Ada orang ketiga. Ni la akibatnya memanjang nak keep the choices open. 

Pastu yang tak leh blah tu, esok bising plak mamat-mamat yang nak usyar korang tu remove  dari fesbuk friend list la...ape la...dah kecik-besar-kecik-besar hati mamat-mamat tu korang buat, bila diorang nak move on, korang naik hangin plak. Nasib baik remove fesbuk je, kalau kena simbah asid baru padan muka. Muka tuhan bagi lawa-lawa tu bukan untuk mainkan perasaan orang. 

Lepas tu saper yang susah? Yang kecewa tu sah-sah la kecewa. Habis yang mendengar ni, tension tak tau nak buat apa. Haishhh....

Nota kaki:
Mr. D akan berlepas ke Kota Kinabalu esok. Lepas tu ke Miri dan akhir sekali ke Kuching. Dari Kuching balik ke KL. Yang tak sedapnya, sejak dia hantar aku balik tadi aku dah start rindu sama dia. 10 hari je pon. 

Awak suke pegi outstaton lama-lama tinggal saya sorang-sorang kat sini =(
Bukan suke, tapi dah keje kan. Nanti saya balik la....Tamau sedih-sedih k.
Tapi saya memang degil. Nak sedih jugak T_T




Restoran Satey Urat Keting yang cekik darah!

Haish....mood geram yang amat. Semalam aku ngan housemate pegi lepak dinner kat Urat Keting. Kitorang amik port kat opposite side sebab situ nampak bercahaya sket. Cadangnya nak makan satey. Tak sedap pon satey die. Kuah cair. Kalau celup satey tu, tak melekat pon bila angkat nak masuk mulut. Tak paham aku kenapa femes. Aku pegi pon sebab dah kat area sini, situ je aku tau ade satey. Plus aku tetiba nak makan sup daging asli. Jadi kitorang gerak situ je la. 

Pukul 9 sampai. Pkul 12 baru nak bayar. Padahal hari-hari dah bersembang kat rumah. Macam la seploh tahun tak jumpa. Masa nak bayar tu aku sebut la ape yang aku makan. Yang aku naik hangin tu, milo ais die yang standard kedai melayu buat tu cas sampai RM3.50! Gila lah. Cekik darah betul! Member aku plak makan nasi goreng kampung, satey lima cucuk, teh tarik ngan sirap limau, punya pulun makcik tu tekan kalkulator, total die cas RM17.00! Wadahek?? Kot ye pon kitorang lepak lama, bukan minum air kosong je makcik oiiii. Dah la muka makcik tu kerek syial. Nyampah aku nengok.

Agak-agak la nak kaut untung pon. Kau bukannya franchise besar pon. Baik aku makan kat JM Bariani. Puas hati la dengan price sebegitu. Mamak buat milo ais kaw pon RM2.50 je segelas. Time tu tercengang sampai tak terpikir apa patut buat. Bayar dan blahh je. Otw balik baru nyesal tak mintak resit. Boleh lapor kat pengguna. Biar padan muka!!!

Aku balik cerita kat parents pon berbakul-bakul lagi restoran tu kena maki. Sesiapa yang baca ni pon boleh la maki bersama. Customer yang tolong majukan bisnes diorang. Bila dah maju, diorang cekik-cekik customer plak. Bodoh. Kedai bukan ada air cond pon. Aku lepak luar tu asap treller bawak getah pon masuk. 

Ouh...lupa nak cerita satu benda lagi. Aku nampak masa brader tu letak pinggan kotor kat dalam besen, die kutip balik satey yang orang tak habis makan tu, pastu hantar kat tempat bakar satey. Pengotor. Kalau die nak makan sendiri tak pe la jgk kot die rasa orang tu membazir tak habis makan. Ni diorang tengok-tengok kiri-kanan takut orang nampak. Padahal aku dah nampak. Pastu die slumber serve balik kat orang. Aku pon tak tau lah nak describe lagi betapa negative nya review aku untuk kedai ni. Jangan pegi la wei. 

I ada cadar baru you ols

Hari ni hoyeah hoyeah sebab beli bed sheet baru u'ols. Beli kat Jusco Cheras Selatan. So lepas gigih pusing keliling sebab nak tarik tegang-tegang, aku nampaknya sangat puas hati  kerana in the end hasilnya sungguh la cantik! Biasa la....aku memang ada bakat seni. Tengok bawah ni, cantik tak? Cantik kan? Ala...jangan la puji lebih-lebih. Malu la ai ^..^




Aku target nak beli kaler merah. Tapi in the end dapat plak campur-campur cenggini. Takpe. Aku memang puas hati. Tapi dulu masa kecik-kecik, suka sangat beli cadar gambar kartun. Sekarang cadar-cadar aku semua dah bagi kat orang. Yang lembu adik aku bawak ke India. Yang anak ayam aku bagi kat abang Dol. Memandangkan dulu aku bagi bear itik kat dia, so matching la dengan cadar dia. HaHa. 

Aku rasa kaedah pemilihan cadar ni dah mencerminkan kematangan aku. Sebab dulu mesti mata ni asik nampak yang kanak-kanak je. Sekarang dah berfikir macam orang dewasa sket. HaHa. So sekarang aku asik amik munge-munge je. Hihihi. Kekunon nak jadi matang dan ayu la. Haktuih.

So korang, ade lagi tak yang beli cadar kartun-kartun ni? Haha...Takpe, kawaii jugak =)

Btw, ni ha sebenarnya gambar tilam aku yang dah diganti cadar. Yang tadi tu gambar display kat plastik die je. KahKahKah. Aku nak upah Azra jait sarung bantal lagi satu, sarung bantal panjang dan sarung comforter. Nanti aku cari kain tau. Hehe.



Still cantik kan?

Ibu ketam mengajar anaknya jalan



Untuk pengetahuan korang, ini adalah satu print atas beg plastik. Aku beli baju 10 ringgit je kat Uptown Reko. Material plastik tu memang fail lah kan...tapi aku berkenan sangat lah dengan print ni. Dah la sweet, kaler pink plak tu. Sampai aku simpan la benda ni dalam fail kotak plastik keras tu. Mungkin sampai masa boleh gula bagi kat orang plak. hehehe. Nak bagi pon bukan sebarangan orang la..ye tak?

Sekeping bag plastik ni jugak mengingatkan aku yang barang murah tak semestinya takde kualiti. Tapi kalau barang mahal tu, mostly memang baik la kan. Aku rasa konsep memilih barang ni senang je. Pilih kualiti yang sepadan dengan penggunaan kita. Kalau kita beli periuk belanga cap buaya tapi setahun sekali pon susah nak pakai, baik tak payah. Contoh lagi, kalau nak beli laptop. Kalau setakat nak pakai tengok movie or buat report, buat pe sampai nak beli Intel i7. Kalau kita ni pengguna cikai-cikai je, takde maknanya kita nak beli barang mahal sebab nak cari yang berkualiti tinggi. Aku rasa mostly sebab nak menunjuk. 

Ok fine la kalau ade orang cakap, memang die sengaja beli kamera yang mahal tu sebab die tak reti tangkap gambar cantik. Bila pakai DSLR tangkap gambar, walaupon tangan ketar, konpem cantik. Namun adalah sangat banyak cantik engkau la kalau sesajer beli benda-benda mahal untuk reason yang tak kukuh macam tu. Photo editor berlambak. Cuma enkau je malas nak cari. Butech.

Nak invest untuk benda mahal ni mesti ada passion. Kalau tak, ke ceruk stor la benda tu duduk. Kalau la pokok lalang kat laman rumah tu berbungakan duit singget, dalam rumah pon aku tanam. Kita ni mostly golongan sederhana. Tak de la kaya mana pon. Membeli lah dengan sederhana juga mengikut keperluan. Cari barang berkualiti yang padan dengan kegunaan kita. Kalau tak reti masak, apa guna nak beli stove yang berkilat-kilat tu? Water boiler  pon dah cukup la habuan engkau nak kembangkan maggi. 

Untuk pengetahuan korang jugak, aku ni cakap memang pandai. Ye, di sini lah tajuk entry ini memainkan peranannya. Akulah ibu ketam yang dimaksudkan. Sebenarnya aku pon selalu terperangkap dalam jerat display dalam cermin kat kedai. Baju kalau beli nak Hatta Dolmat aje. Kalau orang jemput pegi kenduri pon, belum tentu dapat pegi. Inikan pulak nak pakai. Tapi tiap-tiap tahun tak boleh tak beli plak tu. Wadehek kau Moon.

Aigooo...tahun ni tak pikir raya pon lagi. Tapi kain baju raya dah berlambak. Terima kasih kepada adik aku yang borong banyak kain sari kat India untuk aku. Kaler gold? What do you mean by gold? Golden gold? Adik aku tak rasa kain tu cantik pon. Tapi sebab kawan-kawan die cakap cantik, jadi die nak kasi kat aku. LoL Adik. Cepat terpengaruh betul. 

Mama cakap tema raya tahun ni merah. Tak pernah-pernah kitorang ade tema.  Die tengok aku pakai merah hari tu cantik letewwww. haha. LoLs...dah lari tajuk. Ok, kesimpulannya nak shopping boleh. Tapi beli yang kita nak pakai ye. Adios.




Saja menyungut

Lately ni aku rasa tension dengan hidup sendiri yang jarang sangat berkisar tentang hal-hal selain cinta. Nak spend time dengan family, jauh la pulak. Ye, aku seorang gadis comel dari negeri paling comel di Malaysia dan kini merantau seorang diri ke kota raya. Tanpa dia, aku memang sumpah lonely abis la. Semua yang rapat, semua dah pegi jauh. Paling sedihnya, dah la jauh. Masing-masing tukar Celcom plak tu. Demiu!

Kat sini, saat ini, tak rasa best macam dulu. Makan sorang-sorang, tengok movie sorang-sorang, nyanyi sorang-sorang. Dulu kalau sorang start Mariah Carey, akan datang la versi Whitney Houston dan Britney Spears. Sekarang ni nak nyanyi kena tutup pintu dulu. Pastu bukak lagu dan menyanyi lah kau bertemankan cicak di siling. 

Nak spend time dengan bf pon, dia bukan selalu ada. Nak makan sekali, bak kata dia, kitorang bukan duk umah sebelah-sebelah. Sorang lapar, nak tunggu sorang lagi datang, perut dah kenyang makan angin baru sampai. Pastu lepas makan, dah mati kutu tak tau nak buat aktiviti apa yang tak membazir macam syaitan sangat. (Gila pelik statement ni. Apa jenis membazir yang tak menyerupai syaitan sangat??)

Bak kata Najwa Latif dalam lagu terbarunya, KOSONG...KOSONG...owh ohhh...

Memang resolusi aku tahun ni nak jadi lebih independent. Tapi aku takut kalau aku dah terlebih independent sangat, aku akan rasa orang lain clingy. Kepala masing-masing tak sama kot. Sekarang macam susah nak jumpa geng yang masuk air sekali. Cakap nak kena bertapis-tapis. Nak bahasakan diri 'aku' pon susah. Aku rasa lagi akrab kalau kita selesa nak bercakap antara satu sama lain. Arghhhhhh!! 

Pendek kata, tak sabar nak abis belajar. Nak jumpa orang baru yang mungkin lagi menarik. Buat pengganti geng masuk air yang telah hilang. Jeles dengan bf sendiri, sebab walaupon tension bekerja, bila balik rumah, banyak muka-muka ceria yang menunggu untuk lepak makan bersama. Walaupon aku selalu sibuk menyelitkan diri, memang sifat semulajadi agaknya, walaupun umur tak sama, tapi mempunyai takat ting tong yang serupa. 

Bertuahnya awak Encik BF. Sekarang saya paham kenapa awak sayang nak tinggalkan opis itu. Awak dah jumpa geng masuk air awak buat pengganti geng sap kok dalam hutan getah yang lama. 

Hidup ni memang tak boleh sendiri. Sabarlah hati....dua tahun sahaja lagi. 



Balak saya yang tough

Semalam pegi tengok movie Hunger Games kat Mines. Sekali lalu sebelah mesin timbang berat yang ade ukur tinggi skali tu. Mr. D memang excited kalau nak main menatang tu. HaHa. Dah la tak buang selipar. Masuk duit 20sen. Naik atas tu goyang-goyang ape yang patut. Then ade resit kuar. Jeng jeng jeng......


Dulu main benda tu rasanya cukup 170cm. Ni asal makin kemetot plak? Mr. D...nampaknya rokok telah membuatkan awak makin tak cukup zat dan memendek. Sila berhenti segera. 

Terus lepas tu singgah farmasi beli Niquitin sekotak. Mahal jgk la menantang tu. Stok empat hari dah 60 hengget. Patut la perokok rela tegar merokok je. Syarikat Niquitin tu pon macam tak ikhlas je membantu. Pape pon, Mr. D cakap nak abiskan stok rokok dulu then try makan Niquitin tu. We'll see.....

Chayok Chayok budak montel! Hehe =)



I just want to get married

Kahwin semasa belajar.....

Dalam banyak website blog yang aku bukak tentang topik ni, banyak yang cakap pasal student tak cukup matang, banyak masalah kewangan, tak dapat fokus dalam pelajaran n so on. Banyak yang cakap daripada pikir nak kahwin, baik pikir nak cepat habis belajar pastu baru kahwin. Tapi aku rasa, semua ni hanya valid untuk budak baru nak up umo 20.

Untuk student tua macam aku, yang mana rata-rata rakan sebaya telah pon berkahwin, aku rasa aku no hal lah nak kahwin. Dengan syarat duit kete ngan yuran berkenaan parents still support. Kalau bab makan minum, boleh bajet la jugak kan. Sebab kalau nak tunggu betul-betul stabil, mau umo 30 pon belum tentu boleh kahwin lagi. Ye tak?

Masalahnya sekarang, aku ni adik beradik tak ramai. Umo antara aku ngan adik-adik pon jarak lama. So memang kitorang sempat disayangi dan ditatang umpama minyak yang penuh lah. Namun tak sangka itu akan menjadi masalah di kemudian hari. Parents aku cakap belajar dulu sampai habis. Tapi aku rasa sebenarnya mereka masih tak sanggup nak lepaskan aku dan masih tak dapat terima hakikat yang aku dah besar. 

Memang aku tengah belajar lagi. Plus aku memang dah sedaya-upaya cepatkan tempoh pengajian aku. Dari 4 tahun jadi 3 tahun, tak ke dah abis express tu? Haishh...Otak aku sekarang ni dah tak boleh nak fokus sangat dah sebab asik pikir ke lain. Calon dah ada. Hampir 6 tahun dah kapel. Kitorang dah sampai tak tau nak buat ape dah kalau kuar. 

Tadi bf mengeluh panjang. Bila tanya banyak kali, baru die nak jawab kenapa. Die cakap sampai bila nak macam ni. Kuar abiskan duit sana-sini. Sekarang ni memang tak hingin dah mengadap debu-debu kota raya. Just wikend nak rileks together kat rumah sambil tengok tv. Aku masak, die buat laundry. Kalau sekarang ni asik kuar je, macam mana nak kumpul duit. Kalau tak kuar, macam mana nak jumpa. Tak logik la kalau tak jumpa, umah dah la sekangkang kera gergasi je. 

Tension. Jadi anak yang disayangi pon kadang-kadang susah. Mak ayah tak nak lepas. Kalau lagi 10 tahun pon tak nak lepas, i die laaaaa... 6 tahun dah hidup berpeleseran di kota muda-mudi. Nak insaf dah. Nak kahwin. Macam mana orang lain senang je dapat kahwin ek? Susah betul aku nak mintak green light ni. Adeh....mama and papa, if u come to this post, don't tell me that u read it. Please continue to love me but can I just get married?? 

I promise to myself that I'm gonna be the most sporting mummy one day. So that my little daughter don't have to ever feel this kind of stress. Anyone, any comment?


Salam dari Tanah Tinggi Cameron














  


























 









Muka ceria bangat kan? Mesti la...happy dapat jalan-jalan ke Cameron walaupon jalan dari Tapah tu amat la dasyat. Aku tak makan strawberry sangat pon. Tapi ada menyimpan cita-cita nak petik fresh dari Ladang. Setengah kilo doploh hingget bak hang! Mahai woo...memang kitorang pilih-pilih la nak petik tu. Tak cantik je reject. Tapi best! Seb baik tak ramai. So takde la gondol je ladang tu. Sebab hajat tercapai, berbaloi la naik atas tu. 

Tak payah cakap banyak kot kan? Gambar pon tak susun. Main hupload je. Banyak gambar cantik. Tapi hupload sket sudah. Sket pon ade la 45 keping ni. HaHa. Ada sesiapa jeles tak? Ada kan? HeHeHe. Pegi balik hari je. Gerak dari Bangi kul 7 pagi. Gerak turun dari sana kul 7 malam. 12 jam yang tidak disia-siakan. Ok. Untuk beberapa hari ni kene rajin makan sayur. Sebab ape? 8 peket sayur seploh hingget. Seronok =)