Ibu ketam mengajar anaknya jalan



Untuk pengetahuan korang, ini adalah satu print atas beg plastik. Aku beli baju 10 ringgit je kat Uptown Reko. Material plastik tu memang fail lah kan...tapi aku berkenan sangat lah dengan print ni. Dah la sweet, kaler pink plak tu. Sampai aku simpan la benda ni dalam fail kotak plastik keras tu. Mungkin sampai masa boleh gula bagi kat orang plak. hehehe. Nak bagi pon bukan sebarangan orang la..ye tak?

Sekeping bag plastik ni jugak mengingatkan aku yang barang murah tak semestinya takde kualiti. Tapi kalau barang mahal tu, mostly memang baik la kan. Aku rasa konsep memilih barang ni senang je. Pilih kualiti yang sepadan dengan penggunaan kita. Kalau kita beli periuk belanga cap buaya tapi setahun sekali pon susah nak pakai, baik tak payah. Contoh lagi, kalau nak beli laptop. Kalau setakat nak pakai tengok movie or buat report, buat pe sampai nak beli Intel i7. Kalau kita ni pengguna cikai-cikai je, takde maknanya kita nak beli barang mahal sebab nak cari yang berkualiti tinggi. Aku rasa mostly sebab nak menunjuk. 

Ok fine la kalau ade orang cakap, memang die sengaja beli kamera yang mahal tu sebab die tak reti tangkap gambar cantik. Bila pakai DSLR tangkap gambar, walaupon tangan ketar, konpem cantik. Namun adalah sangat banyak cantik engkau la kalau sesajer beli benda-benda mahal untuk reason yang tak kukuh macam tu. Photo editor berlambak. Cuma enkau je malas nak cari. Butech.

Nak invest untuk benda mahal ni mesti ada passion. Kalau tak, ke ceruk stor la benda tu duduk. Kalau la pokok lalang kat laman rumah tu berbungakan duit singget, dalam rumah pon aku tanam. Kita ni mostly golongan sederhana. Tak de la kaya mana pon. Membeli lah dengan sederhana juga mengikut keperluan. Cari barang berkualiti yang padan dengan kegunaan kita. Kalau tak reti masak, apa guna nak beli stove yang berkilat-kilat tu? Water boiler  pon dah cukup la habuan engkau nak kembangkan maggi. 

Untuk pengetahuan korang jugak, aku ni cakap memang pandai. Ye, di sini lah tajuk entry ini memainkan peranannya. Akulah ibu ketam yang dimaksudkan. Sebenarnya aku pon selalu terperangkap dalam jerat display dalam cermin kat kedai. Baju kalau beli nak Hatta Dolmat aje. Kalau orang jemput pegi kenduri pon, belum tentu dapat pegi. Inikan pulak nak pakai. Tapi tiap-tiap tahun tak boleh tak beli plak tu. Wadehek kau Moon.

Aigooo...tahun ni tak pikir raya pon lagi. Tapi kain baju raya dah berlambak. Terima kasih kepada adik aku yang borong banyak kain sari kat India untuk aku. Kaler gold? What do you mean by gold? Golden gold? Adik aku tak rasa kain tu cantik pon. Tapi sebab kawan-kawan die cakap cantik, jadi die nak kasi kat aku. LoL Adik. Cepat terpengaruh betul. 

Mama cakap tema raya tahun ni merah. Tak pernah-pernah kitorang ade tema.  Die tengok aku pakai merah hari tu cantik letewwww. haha. LoLs...dah lari tajuk. Ok, kesimpulannya nak shopping boleh. Tapi beli yang kita nak pakai ye. Adios.




5 comments:

adham said...

Mun ads DSLR yg mun tak pakai ke? Bak sini!

Feezah Hanimoon said...

Dehe...aku punya kamera digital 10mp je. Kalau kau ade DSLR leh la tukar ngn aku. Haha

adham said...

Aku kamera biasa pun takde.

Abdullah Zaini said...

that's the problem these day:
every monkey with an SLR camera thinks he's a photographer

Feezah Hanimoon said...

dah paham dah...rasanya pernah nampak kat fb. hehe.