Saja menyungut

Lately ni aku rasa tension dengan hidup sendiri yang jarang sangat berkisar tentang hal-hal selain cinta. Nak spend time dengan family, jauh la pulak. Ye, aku seorang gadis comel dari negeri paling comel di Malaysia dan kini merantau seorang diri ke kota raya. Tanpa dia, aku memang sumpah lonely abis la. Semua yang rapat, semua dah pegi jauh. Paling sedihnya, dah la jauh. Masing-masing tukar Celcom plak tu. Demiu!

Kat sini, saat ini, tak rasa best macam dulu. Makan sorang-sorang, tengok movie sorang-sorang, nyanyi sorang-sorang. Dulu kalau sorang start Mariah Carey, akan datang la versi Whitney Houston dan Britney Spears. Sekarang ni nak nyanyi kena tutup pintu dulu. Pastu bukak lagu dan menyanyi lah kau bertemankan cicak di siling. 

Nak spend time dengan bf pon, dia bukan selalu ada. Nak makan sekali, bak kata dia, kitorang bukan duk umah sebelah-sebelah. Sorang lapar, nak tunggu sorang lagi datang, perut dah kenyang makan angin baru sampai. Pastu lepas makan, dah mati kutu tak tau nak buat aktiviti apa yang tak membazir macam syaitan sangat. (Gila pelik statement ni. Apa jenis membazir yang tak menyerupai syaitan sangat??)

Bak kata Najwa Latif dalam lagu terbarunya, KOSONG...KOSONG...owh ohhh...

Memang resolusi aku tahun ni nak jadi lebih independent. Tapi aku takut kalau aku dah terlebih independent sangat, aku akan rasa orang lain clingy. Kepala masing-masing tak sama kot. Sekarang macam susah nak jumpa geng yang masuk air sekali. Cakap nak kena bertapis-tapis. Nak bahasakan diri 'aku' pon susah. Aku rasa lagi akrab kalau kita selesa nak bercakap antara satu sama lain. Arghhhhhh!! 

Pendek kata, tak sabar nak abis belajar. Nak jumpa orang baru yang mungkin lagi menarik. Buat pengganti geng masuk air yang telah hilang. Jeles dengan bf sendiri, sebab walaupon tension bekerja, bila balik rumah, banyak muka-muka ceria yang menunggu untuk lepak makan bersama. Walaupon aku selalu sibuk menyelitkan diri, memang sifat semulajadi agaknya, walaupun umur tak sama, tapi mempunyai takat ting tong yang serupa. 

Bertuahnya awak Encik BF. Sekarang saya paham kenapa awak sayang nak tinggalkan opis itu. Awak dah jumpa geng masuk air awak buat pengganti geng sap kok dalam hutan getah yang lama. 

Hidup ni memang tak boleh sendiri. Sabarlah hati....dua tahun sahaja lagi. 



6 comments:

Anonymous said...

huhuhu. aku pun tak berapa geng masuk air. tapi lelaki standard la ade geng...

Feezah Hanimoon said...

tu la pasal...laki kalau bab geng ni memang akrab tu lain macam sket.

adham said...

Lonely2 la plak. Jom2 kita pegi makan satay pastu, pergi ke arked game, pastu tgok wayang. Jom2

Feezah Hanimoon said...

ah kau dehe..x habis2 satay. makan la satay ikan dulu. nnti balik sini konpem duit berkepuk. bleh la open table. hehehe.

adham said...

Ha ha xde la berkepuk sangat

Feezah Hanimoon said...

^_^