I just want to get married

Kahwin semasa belajar.....

Dalam banyak website blog yang aku bukak tentang topik ni, banyak yang cakap pasal student tak cukup matang, banyak masalah kewangan, tak dapat fokus dalam pelajaran n so on. Banyak yang cakap daripada pikir nak kahwin, baik pikir nak cepat habis belajar pastu baru kahwin. Tapi aku rasa, semua ni hanya valid untuk budak baru nak up umo 20.

Untuk student tua macam aku, yang mana rata-rata rakan sebaya telah pon berkahwin, aku rasa aku no hal lah nak kahwin. Dengan syarat duit kete ngan yuran berkenaan parents still support. Kalau bab makan minum, boleh bajet la jugak kan. Sebab kalau nak tunggu betul-betul stabil, mau umo 30 pon belum tentu boleh kahwin lagi. Ye tak?

Masalahnya sekarang, aku ni adik beradik tak ramai. Umo antara aku ngan adik-adik pon jarak lama. So memang kitorang sempat disayangi dan ditatang umpama minyak yang penuh lah. Namun tak sangka itu akan menjadi masalah di kemudian hari. Parents aku cakap belajar dulu sampai habis. Tapi aku rasa sebenarnya mereka masih tak sanggup nak lepaskan aku dan masih tak dapat terima hakikat yang aku dah besar. 

Memang aku tengah belajar lagi. Plus aku memang dah sedaya-upaya cepatkan tempoh pengajian aku. Dari 4 tahun jadi 3 tahun, tak ke dah abis express tu? Haishh...Otak aku sekarang ni dah tak boleh nak fokus sangat dah sebab asik pikir ke lain. Calon dah ada. Hampir 6 tahun dah kapel. Kitorang dah sampai tak tau nak buat ape dah kalau kuar. 

Tadi bf mengeluh panjang. Bila tanya banyak kali, baru die nak jawab kenapa. Die cakap sampai bila nak macam ni. Kuar abiskan duit sana-sini. Sekarang ni memang tak hingin dah mengadap debu-debu kota raya. Just wikend nak rileks together kat rumah sambil tengok tv. Aku masak, die buat laundry. Kalau sekarang ni asik kuar je, macam mana nak kumpul duit. Kalau tak kuar, macam mana nak jumpa. Tak logik la kalau tak jumpa, umah dah la sekangkang kera gergasi je. 

Tension. Jadi anak yang disayangi pon kadang-kadang susah. Mak ayah tak nak lepas. Kalau lagi 10 tahun pon tak nak lepas, i die laaaaa... 6 tahun dah hidup berpeleseran di kota muda-mudi. Nak insaf dah. Nak kahwin. Macam mana orang lain senang je dapat kahwin ek? Susah betul aku nak mintak green light ni. Adeh....mama and papa, if u come to this post, don't tell me that u read it. Please continue to love me but can I just get married?? 

I promise to myself that I'm gonna be the most sporting mummy one day. So that my little daughter don't have to ever feel this kind of stress. Anyone, any comment?


7 comments:

adham said...

Pasal masih kahwin masa belajar tu, orang cakap berdasarkan pemerhatian mereka, apa yang berlaku di sekeliling mereka. Doesn't apply to all people. Mungkin semua org disekeliling dia adalah low-grade.

p.s rasa macam nak bakor! je. Selama ni punyalah sivik, tapi bila pikir balik mcm xde hasil je. Kene pijak orang ada le.

Feezah Hanimoon said...

dehe...ape kau mencarut nak bakar org ni? isk isk isk. repot kt guru besar yang teacher dehe emo nak bakar2.

adham said...

Ah tak kire, apa nak jadi jadilah

Abdullah Zaini said...

xde pasal den nk laundry bagai..hehe

Feezah Hanimoon said...

hamboi3x...semalam dh tgk mesin basuh paling canggih bagai...abis mudah dah buat laundry. bukan pe, kalau awak masak, abis tinggal tulang je eden. hahaha.

Aimi said...

We don't always get what we want..and that's life
It's not fair, it's tiring but life must go on..
Luckily, we have Allah..Ask from Him..
InsyaAllah, one day u get the green light..
Words are easy to say, to write..i know..
But we've been through hard time before..be patience my dear sunbae

Feezah Hanimoon said...

arasto....may Allah bless your journey always. be patient and one day, your knight will come. hehe =)