Biar mimpi sampai ke bintang

Sedar tak sedar dah hampir 6 tahun aku kenal ngan encik Bee. Banyak ombak duri yang ditempuhi bersama. Chewaaaahhh...Jiwang siot kau Moon. Muntah hijau kang orang baca. Sudah ler tu...kau memang tak biase ngan jiwang-jiwang ni. Dengan jin wang biase la. Isk Isk Isk.

Actually selama ni aku tertanya-tanya bila la aku boleh settle down ngn encik Bee. Rasa macam dah lama sangat kenal. Tadi aku blog walking, end up kat satu blog ni, tengok countdown kapel dah nak dekat 9 tahun dah...Gilo lah. Countdown kahwen baru setahun lebih. So dalam hati aku rasa macam it's okay tunggu sikit lagi. That girl tunggu lamaaaaaa kot before sampai jodoh.

Laptop aku dah bertukar-tukar, dah format reformat bagai, abis folder kahwen aku hilang. Nak kena start research from scratch. Tiap-tiap kali google, mesti idea bertukar-tukar sebab ramai orang dah buat and so on kan. Aku pon dah bercelaru konsep ape nak pakai. It's okay...lambat lagi. Nak grad lagi setahun dua bulan kot, keje setahun....so aku ada dua tahun lagi nak planning. 

Plus, aku bertekad setahun pertama keje tu nak all out. Priority memang harta benda...Baru tadi papa cakap jangan jadi orang tamak. Kisahnya sebab aku ngadu dah tak leh buat loan kete tanpa muka untuk fresh graduate. Sebabnya kete merah aku sekarang ni papa letak nama aku siap-siap. Papa cakap nak buat ape loan tu, kete dah ade. Kalau nak, maksudnye tamak lah. Amik kau! Tamak yang diberikan kepada ku?? Oh noooo =( 

Dan aku terus balas, kot la nak beli kete besau! Ces....Takpe la...aku tamak kot lain la plak. Hahahaha...Aku ni memang bersekutu dengan jin wang nampaknya. Encik Bee pon cakap kalau die nak hantar gi off shore pon pegi ler....Masyuk kot! Katanya laaa. Maka jin wang pon dah ade ramai sekutu. HaHa...takpe. Memang aku tak sabar nak mengumpul harta pon. Dah stabil, baru la boleh dengan jantannya aku cakap kat Pak Talib pasal nak menikah! HaHa. 

Dream wedding memang meletup-letup. Mau meletup bank negara kalau keje nya hanya nak merealisasikan impian aku tu. Kisahnya semua nak yang hebat-hebat lah. Sape tak nak kan? Yang menghalang impian tercapai adalah jin wang yang tugasnya hanya menyeru kau berbelanja tapi tidak menyimpan. Macam biasa laaa...#typical me.

Mama pon kalau ikutkan sekarang dah ber-dreaming nak buat kenduri. Pegi kenduri anak cik Fauziah, iaitu mak si Amirul, iaitu laki si Irine, yang berjiran selang sebuah rumah ngan aku selama lebih 11 tahun, eksaited tangkap gambar pelamin plak. Bila tanya pasal pengantin, mama cakap entah la...bila pengantin sampai...mama sakit perut. Terus cabut masuk rumah menuju bilik kecik paling hujung. Hadoi -_-

So...kisahnya, sabar lah korang pembaca terhormat menunggu wedding of the century yang bakal berlansung dengan izin Allah dalam masa 2 tahun lagi. HeHe. Cuma sekarang aku setiap kali berdoa, panjangkanlah umur, panjangkanlah jodoh, permudahkanlah urusan untuk mengakhiri hubungan ini dengan pernikahan. Aminnnnnnn.....


Okay..itu saja mimpi-mimpi aku kali ni. Gud nite everybody. Gud nite Honeybee. 


Selamat berpuasa dan bangun sahur jap lagi...Omaigod, jam baru 2.30 pagi tapi aku dah lapar. Tido Moon. 




Celoteh budak nak kurus lagi

Sape yang follow blog aku ni tahu kan dulu aku ni montel-montel sket. Sekarang pon still bukan berada di tahap selesa la. Even dah banyak dengar yang cukup-cukup la aku kuruskan badan sebab dah ok and so on...tapi still aku tak puas. Memang aku target before masuk industri ni aku nak sehabis boleh slim kan badan and get that hot figure. Aku tak target pon nak slim sangat. Aku just target nak bikini figure je. Boleh? Haha.

Dulu masa tong dram, memang selalu down. Orang selalu underestimate. Aku dah cerita dah kat entry dulu-dulu pasal setiap kali sukan tahunan je cikgu-cikgu mesti suh aku lontar peluru or lempar cakera. Padahal aku tak gifted pon dalam benda-benda gitu. Aku lari beriya dalam saringan 100m, tapi still takde orang percaya kebolehan aku. Fine. Aku pon malas nak panjang cerita. Nak tahu lebih, sila la godek balik entry aku dulu-dulu tu.

Now bila dah kecik sket, baru aku rasa macam dihargai. Haha. Dulu kalau join game pape, mesti aku ni kalau tak jadi keeper, mesti duk dekat-dekat ngan keeper. Aku tak kesah jadi keeper. Tapi aku kesah pandangan sekeliling yang anggap gemuk je jadi keeper. Sekarang ni baru aku ade peluang untuk beraksi lebih sket. Kalau masa saringan tu aku memang last sampai tak pe la jugak nak singkirkan aku bulat-bulat kan. 

Selalu orang cakap jangan pedulikan pandangan orang. Tapi dalam kes ni, memang kena pedulikan sangat-sangat ape perspektif diorang terhadap orang berbadan montel. Sebab your confidence level boleh drop to zero kalau orang pandang negatif kat kita. Untuk orang yang tak pernah gemuk, memang diorang tak tahu perasaannya. Simply said, memang aku berdendam kesumat lah dengan sesaper yang ejek-ejek aku dulu. Tapi ini aku jadikan dendam ni satu perkara yang positif untuk drive aku ke arah target yang dicapai. 

Bulan Ramadhan pon dah dekat. Aku pernah terbaca kat fesbuk pasal jangan niat nak puasa sebab nak kurus. Sebab itu boleh membawa kepada syirik. Niat puasa kerana Allah. Kurus itu adalah bonus sampingan. Akhir kata, semoga kita sama-sama bertemu dengan Ramadhan lagi =)



Relationship things

Ehem...seminggu dah tak update. Tak leh jadi ni -_-

Ok lah. Hari ni aku nak cerita tentang ape yang aku belajar dalam dunia kapel-kapel ni. Tak semua perkara buruk kalau sentuh bab kapel. 


1. Aku akhirnya redha dengan ungkapan 'Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.'

Dulu aku bajet boleh la plan nak buat itu ini tu berbulan-bulan sebelumnya. Tapi bila lagi tinggi expectations, lagi dasyat frust menonggeng jadinya. First skali sebab Mr. D pon selalu outstation. Second, even aku ni selalunya membuntang je kat rumah, tapi ade jugak halangan dari pihak aku. Contohnya masa anniversary ke 4 dulu, aku dah plan gempak punya, sekali ditakdirkan aku buat surgery. Jalan pon macam nenek kebayan, nak gempak apenye lepas tu. So sekarang ni even nak beli tiket wayang online pon aku tunggu last minute. Tunggu sampai Mr. D abis keje, then baru beli tiket untuk midnight. Kalau tak, buatnye die tetibe outstation, tak ke aku nak kene sewa boyfriend orang. Haha. 

2. Kalau Mr. D ade hal tak boleh nak mesej, kol or kuar wikend, aku dah boleh lantakkan je. 

Haha. Bukan dah tak sayang. Tapi aku dah profesional sket. At times, ade jugak aku rasa macam tak boleh mesej, jawab kol or pegi dating. Mula-mula memang la naik angin kan kalau tak dilayan. Tapi lama-lama tu aku sedar yang aku pon ade masa-masanye pack dengan komitmen lain. So benda wajib sekarang just gayut kejap sebelum tido. Sebelum Mr. D tido la..aku ni burung antu. Actually, kitorang just nak bagi room for each other supaya cinta ni tak jadi benda yang membebankan. Dulu kalau Mr. D tak angkat kol or tak balas mesej, cepat je aku naik angin. Bile die kol, amik kesempatan lepaskan angin-angin tu. Tapi sekarang kan dah matured. Rasa bersyukur bila die kol balik tak kisah la berjam-jam lepas tu pon sebab instead of marah, aku jadi risau. So bila dengar suara tu aku jadi lega...it's okay kalau die tak perasan mesej sebab tengah siapkan report or driving. 

3. Celebrate something kat kedai biasa-biasa pon aku dah tak kisah.

Sebab aku rasa kat kedai biasa-biasa ni aku boleh buat suka hati. Let say aku yang berbakat dalam seni masakan ni nak show off kat Mr. D yang aku ni lepas la nak jadi bini, so aku just slumber bawak bekas tupperware ngan pinggan makan 2 ringgit tu ke kedai. Order air je. Pelayan tu nampak bekal aku dah tak tanya dah nak makan ape. Bila die antar air, siap usyar-usyar plak ape aku masak. Kalau aku masak lauk je, baru la aku order nasik putih ngan air. Kalau kat restoran mahal, mana dapat der. Silap-silap kene baling ngan senduk. Seriously, lagi sweet kalau kita sebagai orang pompuan ni hidangkan benda yang dimasak oleh tangan sendiri, provided kau ade la skill sket. Kalau tak, hmm...order je la lauk skali kat kedai tu. Hehe.

4. Aku dah selesa bergaul dengan lelaki. 

I mean, bergaul secara baik untuk menambah kenalan. Bukannya bergaul secara terlebih menggeletis dengan kaum Adam itu. Ok fine. Aku admit, aku dah ade Mr. D memang tak bernafsu la nak menggeletis dengan orang lain. Selalu yang sedang dalam pencarian tu la yang melayan lebih sket kot. Yeke? Memandai je aku. Tapi boleh jadi jugak...sebab ape, diorang mesti tak nak jatuhkan saham cakap kasar-kasar kau-aku-kau-aku kan? Tak kisah lah. Yang pastinya aku dah boleh gelakkan kaw-kaw kat budak umah Mr. D yang tengah kena bahan tu. Plus, diorang pon ada masanya berani bahan aku. Ces kudis! Takpe, aku anggap je la sedang dalam proses memantapkan soft skills. 

5. Bila Mr. D cakap nak berehat, aku paham dan tak push. Understanding la. 

Aku paham sangat. Sebab aku pon pernah part time keje customer service. Dulu bukan main memaksa lagi aku ni. Nak ajak pegi sana-sini, buat itu ini, gayut sejam lebih. Tapi masa keje tu, pukul 10 je aku nak tido. Memang pas dinner aku tak nak pegi memana. Mr. D pon ape lagi. Pulangkan paku buah keras la.. Tapi die cakap kat mulut je la..takde la ajak aku pegi sana-sini plak. Sebabnya Mr. D ni selagi kudrat die ade, cakap la nak buat ape pon mesti die support. Kalau die cakap letih tu memang letih benau la. Memang la frust sket, tapi esok kan masih ada. Esok-esok je la kan...



Since semua ni mengambil masa yang lama, no wonders la ramai yang kapel-break-kapel-break. Diorang asik ulang kesalahan yang sama sebab tak sempat nak belajar dari previous relationships. So lepas tu break lagi. The cycle goes on macam tu lah. Aku nak bagi pendapat pon, diorang mesti tak boleh terima. Sebabnya diorang still tak nampak ape aku nampak. Macam aku la still tak nampak sangat ape mama cakap pasal tanggungjawab lepas nikah nanti. Sekarang memang la ingat nak setel terus aje.

Cumanya diorang boleh la recycle idea-idea yang sweet dengan setiap partner baru diorang. Hadiah besday pon tak yah susah-susah pikir sesuatu yang unik. Kalau aku, after a while ni, kalau dapat kasih sayang pon dah puas. HaHa. Memang itu je yang diperlukan dan diharapkan supaya takkan pudar sampai bila-bila. 

Oh btw, tadi aku tengok video ucapan Watie Elite ngn husband die. Aku terganggu sket bila husband die wish cinta diorang kekal sampai kelahiran kedua. Banyak kali plak tu mentioned. Kelahiran kedua? Bukan dalam ajaran Islam rasanya. Ke die nak maksudkan kebangkitan dari kubur sebenarnye?  Adoiyai...padayappa betul.

Birthday 07.07.2012

Another 23 minutes and I'm no longer a birthday girl =(

Hi guys...ari ni nk update macam-macam. Tapi ikut la tahap kerajinan nanti ye. Kot separuh jalan tu berhalang-halangan tak dapek la nak story the morry. Haha. Gila broken English kau Moon!

Ok. Hari ni 07.07.2012 adalah hari lahir gue yang ke 20-an. Tahun ni macam-macam plak buat time beday. Mentang-mentang la remaja lagi kan. Haha. So before the clock strikes at 12, my best friend said that she already book a manicure+pedicure appointment at Alamanda. Walaubagaimanapon, disebabkan kereta bergerak macam kura-kura di jalanan, kitorang just sempat buat manicure. Jadi la kan? Dua-dua muka first timer...jakun bila amoi Vietnam tu zap-zap je kuku aku. Lols. So sebab tak bawak official photographer, jadi kitorang snap gambar mne yg sempat je. Macam selama ni ade je kan photographer tu? Bajet retis!



Ni la tempat kitorang buat manicure tu. Ala..saper yang selalu lepak Alamanda konpem cam la kedai ni.


Ini lah cik kak kita yang tak lama lagi nak naik pelamin tu =) All the best to you dear...Hari ni sesi merisik berjalan lancar nampaknya. Hehe.


Ni ha cik tuan tanah yang eksaited bangat masa amik gambar. Si amoi Vietnam yang entertain aku ni lagi la...eksaited sampai mata pon tarak. HaHa.


Ni dah abis buat suruh amoi tu snap kan gambar kitorang. Suruh die blah dari kaunter sebab kitorang nak jugak shoot kat situ. Tak suke kaki besar. Kalau dah besar tu, snap dari angle mana pon besar jugakkkk. Demmit!



Then esoknya which is petang tadi, sesi celebrate dengan Mr. D kat Bagan Lalang (again). Tak kisah la...janji tempat tu best sebab tak sesak ngan orang. Plus kitorang bukan plan nak berendam pon. Just nak amik fresh air dan layan angin laut je. Memang aku yang beberapa hari ni tak cukup tido sangat la mengambil kesempatan untuk membuta di tepi pantai tadi. 

Projek Butterfly aku akhirnya sempat siap seperti yang dirancangkan. Aku takde mende nak bagi kat Mr. D pon...celebration ni untuk kitorang beday boy and beday gurl. Berjodoh kan? Hehe. So aku kasi sneak peak je la projek Butterfly aku. Lelebih hanya untuk dia..Hey..untuk dia..Hey!


Gigih aku tiru Google Image. HaHa. 


Cover page =) 


Custom made casing. Semua buat sendiri hokay...that's why tak tido malam. Untuk dia..Hey..Untuk dia..Hey!


Btw ni la ghoper bilik aku lepas siap segala..memang aku biar je gini. Nanti bila kemas, sekali jalan setel.



Then a few pics at Bagan Lalang. Takde la a few sangat. Aku kan cam-whore. Encik Bf plak suke jadi photographer. Memang la berjodoh. Muahaha ^_^


Serius tak terpikir gaya lain selain buat 'Piece'. In fact, banyak lagi gambar aku buat piece ni. Adeh...


Suke gambar ni. Snap tetibe je bf aku. Seb baik tak kembang hidung time ni. Haha.


I like ziss oso but so much! Macam model. Muahaha...Biar la aku nak perasan sket -_-


Ni 'piece' lagi. Kesahnyer never ending lah pose ni. Pegi memana mesti ada. Sigh..Kreatip sket Moon!


Encik bf saye yang hanya lah stranger pada 6 tahun lepas. 6 tahun kemudian die lah pengarang jantung hati dan limpa =)


Bf memang ada bakat seni lukis. Aku pon konpius ape die nak buat sebenarnya.


Unta ke siput? Owh...siput kot. HaHa.


Bf...BMI awak dah membimbangkan ni. Hehe...


Aku pon ape tak kurangnyerrr...Lols! Nak kurus lagi...before bulan doblas kena cecah 50kg jugak. MESTI before my bff big day =)


Balik umah penat geil. Angkat barang naik ke tingkat 5 memang mencabar kalau tak redha. Tapi kadang-kadang tu tak penat langsung. Perasaan die macam dah sampai atas tu kalau kena naik 5 tingkat lagi pon tade hal. Haha. Tapi tadi balik ade surprise lagi...

jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boya betina pink penghalau lipas! Macam mana aku tau ni betina? Kalau jantan dah kaler ijau dah die. Siap ade baju belang. Ni pembunuh lipas bersiri yang kasi. Tapi kalau lipas still datang, aku angkut boya ni sekali pi ketuk bilik hang noh...


Ha...tu je lah update aku stakat ni. Kesimpulannya aku happy =)