Bila tak sekufu

Masalah akan timbul bila tak sekufu. 

Bukan nak cakap impossible, tapi kena panjang akal nak bagi possible. Contoh paling senang ialah makan. Tau la kan, anak orang kaya makan macam mana. Berbeza dengan kita-kita yang asal biasa-biasa je ni. Benda ni aku sendiri dah kaji. Sorang ni dulu bila kapel dengan yang biasa tak berapa nak biasa, makan pon restoran la jugak. Tapi nak kata pegi warung memang tak arr.

Sekarang dah break up, life goes on dan dia pon moved on, kapel plak dengan yang terlebih dari biasa. Secara automatiknya paling picisan pon restoran mahal. Sepinggan lauk cecah puluhan ringgit, no hal! Warung biasa memang tak jejak la. Pasar malam pon hanya pegi yang 'selesa'. Bila nak lepak, bukan di mapley dah ye kengkawan. Tapi di Old Town, PappaRich dan paling cikai pon di McDonalds.

Last time masa lepak ngan Ejad kat Alamanda, sambil-sambil belek barang Body Shop, sempat la jugak sembang bab ni. Ejad cakap susah kalau tak sekufu, yang biasa-biasa ni kena high maintenance and of course perlu banyak investment. Tapi memang ada yang sanggup habiskan duit bulanan untuk ke situ je. Makan tempat mahal, shopping branded stuffs and so on. Terpulang la kan dah kau rasa masih mampu nak berlagak kaya. 

Tapi jangan plak kau berkeluh-kesah kat rumah kalau boyfriend or girlfriend asik nak makan mewah. Bila dah tak mampu, berterus-terang je la. Pastu kalau pasal nak downgrade tempat makan pon dah gaduh besar, sebelum dia say goodbye, baik kau yang blah dulu. Serious. Bukannya kita nak nak makan kat tempat jijik kan? Kalau kau ajak gi makan dalam parit kot la tak leh terima. Tolong la cerdik sket, kalau simple thing camni pon dia tak leh tolerate or terlalu bongkak untuk terima kau seadanya, masa depan kau takkan cerah. 

Or kau suruh je dia belanja. Tapi, dia tak larat plak nak belanja hari-hari kan? Situasinya selalu macam ni, boyfriend kau ada bajet 30 hengget untuk lunch. So dia pon ajak la pegi makan kat Kenny Rogers. Tapi dia tak tau yang kau ada serdak-serdak je dalam purse. Pastu jadi gaduh besar. Boyfriend kau cakap kau memanjang takde duit. Padahal semalam dah mencekik Manhattan Fish Market tu pe jadah? Sori, bagi aku boyfriend kau ni memang gila dan takde rasional akal. 

Melainkan kau memang berlagak kaya kaw-kaw depan dia. Tapi sebenarnya kau pokai macam aku. Haha. Dalam relationship ni kena honest. Sebab duit ni makin belanja, makin habis. Awal bulan scholar masuk, orang bagi duit makan kau sebulan. Tapi sebab boyfriend kau yang high maintenance tu, belanja sehari seratus, lepas lima hari kau dah collapse, mental breakdown, pinjam kawan, pinjam along. Haishh..kawan plak tak nak bagi pinjam, busuk hati. Bila dah bagi pinjam, kau gi makan KFC. 

Effect tak sekufu ni bahaya. Mula-mula kena kat diri sendiri je. Lama-lama merebak kat family plak. Aku pernah dengar cerita pasal somebody yang aku tak kenal pon, tapi join je la gosip kan..This girl, bila kapel ngan anak orang kaya, dia dah malas nak balik kampung. Dia jadi rimas sebab umah kecik la kot, then takde internet, some more apetah lagi. Parents dia sendiri cerita kat sedara-mara. Boleh bayang tak betapa kecewanya orang tua dia. Hari tu dia lepas kahwin, dua hari lepas kenduri terus tak sabar nak keluar umah. Tinggal la mak ayah ngan adik-beradik lain nak kemas umah yang bersepah tu. So mak sedara ahli mesyuarat tingkap sekalian ni buat la teori yang mungkin laki dia yang dah panas punggong nak cabut cepat. Memang tak nampak harapan la diorang nak balik beraya pasni. 

Aku ingat benda ni jadi dalam drama tv je. Tak sangka plak jenis anak derhaka camni memang ada. Aku curious bila sebenar-benarnya turning point budak ni. Bila dia start compare family dia ngan laki dia. Bila dia start tak boleh terima family dia seadanya. Bila dia rasa tak suka and rimas dengan family dia. Berapa lama dah dia sabar duk ngan family dia sampai dia tak sabar-sabar nak blah lepas kawen tu. Kesimpulannya kes ni, bahaya woo. Cukup bahaya.

Sebab tu, yang terbaik adalah pasangan yang sekufu.

Walaubagaimanapon, tak pernah lagi orang cipta alat penyukat untuk tentukan kadar kesekufuan antara dua manusia ni. Sebab tu, yang terbaik juga adalah pasangan yang bertoleransi. Kurang sikit or lebih sikit tu patut tak menjadi masalah. Dan yang paling penting, jangan lukakan hati mak ayah.

Anak pompuan, walaupon kena lebihkan family suami, jangan tinggalkan mak ayah macam tu je. Hari ni kalau pun betul setan ape ntah rasuk kau sampai tak suka kat mak ayah sendiri, besok bila diorang takde, aku gerenti, kau nangis jugak.



No comments: