Ok. Ada dua situasi di sini.
Pertama, pernah tak korang secara tak sengaja ter-discover rahsia orang pastu cuak takut orang tu tahu yang dia dah kantoi? Hari ni aku melaluinya. Tapi aku tak leh la citer rahsia tu. Perasaan time tu gelabah nak mampus sebab secepat mungkin nak cover balik.
Contohnya kau terbaca mesej boyfriend kawan kau yang tersangat menggelikan. Of course la kat henpon kawan kau. Lain plak cerita kalau kau baca kat henpon kau. Haha. Kan smartphone sekarang ni boleh set message tu appear kat lockscreen. Bila kawan kau datang, menggelabah kau nak buat-buat tak nampak, tak baca, tak perasan pon ada mesej masuk. Aha.
Contohnya lagi kau terdengar housemate gaduh ngan boyfriend dalam phone. Bese la gaduh..mesti la ada klimaks. Haha. Pintu besi pon boleh tembus suara kau. Apatah lagi pintu flat pkns. Kebetulan kau otw ke toilet dan lalu depan bilik dia. Haa...otomatik uols...jalan tak bunyi tapak kaki, bukak pintu toilet selowwww je, tutup pon pulas tombol dulu, angkat pelapik toilet pon lemah gemalai, teran pon cover baik punya...cuma 'plop' tu tak leh nak buat apa la.
Kalau tidak......berdesup pegi toilet, jalan bunyi 'dum dam dum dam' pastu tolak pintu toilet sampai terhepas ke dinding, dah tu 'berdebooom' tutup balik ngan harapan tombol tu terpulas sendiri, 'pelepap' bidas pelapik toilet tu ke atas, 'zap' duduk dan 'whoooooshhhh' legaaa...
Btw, aku tak suka duduk tanpa pelapik toilet tu. Sakit bontot woi. Housemate aku sorang tu suka angkat. Yang sorang lagi tak kisah atau memang selalu tak menyempat dah. Haha. Tapi logik jugak kalau ikut saiz bontot. Tujahan terhadap bontot aku lebih dalam, maka sebab itu perlu ada pelapik. Kalau takde pelapik tu aku kena pacak kuda-kuda sket. Pehal plak nak teran ke bawah, tapi nak pacak supaya ke atas. Newton's 3rd Law tak boleh apply dalam toilet.
Ok. Itu baru situasi pertama.
Kedua, kau syak yang kau dah kantoi, tapi orang yang berkenaan buat macam takde pape. Kau pandang dia atas bawah, dia still buat cam bese. Pastu kau tak pandang dah. Takut. Pastu kau akan start hubungkaitkan setiap benda yang dia tanya indirectly dulu. Dalam otak kau "Ohh..patut la. Tolong la dia tak tahu" lols. Konpem dah tau, kau toksah nak psiko diri sendiri.
Yang ni pon aku pernah melaluinya. Dah lamaaa lepas tu baru aku perasan. Deym! Patut la time tu dia tanya. Dulu soklan tu tak pelik. Konfiden je jawab. Rupanya itu soklan perangkap! Cis!! Dia sesaja kot tanya. Kalau dia tahu, takkan dia x confront aku. Mesti dia tak tahu ni.
Eleh. Tadi pon kalau kau tahu rahsia orang, kau tak confront dia kan. Hurm..tukar plak. Harap-harap dia bersangka baik. Apa pandangan dia kat aku pasni? Arghh..gi mampus.
Deym! Deym! Deym!
Bila teringat, rasa nak terjun bangunan. Macam mana boleh cuai?!
Kalau situasi pertama pon kau menggelabah. Situasi kedua ni lagi dahsyat betul tak? At least bagi aku la...aku harap orang tu, kalau betul aku kantoi ngan kau pon, aku harap kau diam sudah. In future, jangan bagi hint apa-apa yang bersangkutan. Sila erase memori kau segera. Benda ni tak penting untuk kau ingat.
Tapi aku still rasa ada possibility kau tak tahu pon. Hahaha. Sebab kau rileks je time tu. Kau actually tak tahu pon kan? Kan? T_T
Deym la. Aku steghesssss!
2 comments:
Saya lah yang tak kisah tu. Yang dum dum dum anak gajah berlari pergi toilet tu. Hewhew.
Gajah pon jalan lagi slow weh. Hahaha.
Post a Comment