Zumba!

Sejak dua hari berjinak dengan zumba..aha..jangan main-main, baru dua hari ni..hehe. Walaupon baru gigih berzumba, tapi sebenarnya seluar zumba telah ku kenali sejak berkurun lamanya. Sebab seluar dia cantik! Dan membuat lenggok si pemakai jadi seksi! Contoh zumba pants ni macam kat bawah ni.




Ada jugak yang bercorak macam askar tu. So yang seksinya, bila kau bergelek zumba tu, tali tu akan terpelanting sana-sini. Haa...itu la masanya kau boleh libas orang sebelah tu. Walaupon seluar ni besar, tapi situasi akan balance kalau kau pakai baju...ehem...kecik sket. Yang fit melekap setepek kat badan tu. Ala-ala kat bawah ni.


Kalau kau nak pakai sport bra saja pon no hal. Tapi pastikan kau bersenam dalam bilik sorang-sorang lah supaya rahsia perut menggelebeh hanya kau sorang je yang tahu. Muahaha. Serius aku ngidam zumba pants ni. Masa kat gym dulu aku usyar je orang pakai. Setakat ni harga online dalam seratus lebih kot. Aku tak tau la nak cari mana supaya dapat beli murah sket. Harus la aku nak murah sokmo. Aha.

Eeeiii...geramnya aku tengok tali-tali dia. Ada jugak aku jait tali kasut murahan kat seluar track aku nanti ni!

LoLs.

Zumba ni kalau ikut pahaman aku macam menari latin. Aku memang suka menari. So aku enjoy la buat benda ni. Dua hari ni aku follow youtube video Persian Zumba. Dah download kat ipad siap-siap supaya tak la tersekat-sekat nak buffer memandangkan tenet umah ni hanya 1 Mbps. Duration 50 minutes. Hari pertama berjaya follow sampai 30 minutes. Hari kedua challenge diri sendiri untuk pecah rekod. Hasilnya lebih la satu lagu, total 34 minutes. Pastu tak sempat warming down aku dah cari air. Memang hardcore la zumba ni. Tu belum kau tension asal pinggang and punggung kau keras. Rasa macam pokok balak bergelek plak. Zzzz.

Neway, aku harap one fine day bertemu jodoh lah aku ngan seluar ni. #wishlist

Korang kalau ada masa, walaupon rasa macam takde tenaga, try la zumba. Hari ni satu lagu, esok tambah lagi. Aku rasa elok gak gelek sakan ni, boleh kuatkan bahagian pelvis. Lagi pon, buat dalam bilik je..bukan pegi bergelek untuk tontonan umum kan. 

Fighting!


10 comments:

Shaela said...

sy ada jual seluar zumba bawah rm100. klu nk boleh call atau whatsapp saya 017-2836923. tq

Anonymous said...

Masih jual ke?

Anonymous said...

Masih jual ke?

gee maihani said...

Masih jual lg x?

gee maihani said...

Masih jual lg x?

gee maihani said...

Masih jual lg x?

Unknown said...

Masih jual lg tak????

Unknown said...

Masih jual lg tak????

Unknown said...

Utk lelaki ada x...

Unknown said...

Utk lelaki ada x...