Mata yang melihat..

Hari ini tiba2 aku terfikir.. Mengapakah lelaki memandang wanita berdasarkan rupa paras semata? Mengapakah wanita yang tidak cantik dicela dan diejek tanpa belas? Apakah tidak sempurna wanita itu hanya kerna rupa parasnya? Duhai lelaki.. seindah hiasan adalah wanita solehah. Petikan dari Imam Nawawi :

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Mengapakah wanita yang cantik paras rupa namun tanpa agama diagung-agungkan? Mengapa wanita solehah yang sentiasa menjaga auratnya tidak dipandang mulia? Siapakah yang mula menanam pemikiran ini di setiap anak muda? Andainya ia tidak dapat diubah sekali pun, muliakanlah wanita yang baik. Walaupun ia tidak secantik pandangan mata. Sesungguhnya aku sendiri begitu terasa dengan fenomena dunia ini.



2 comments:

jera said...

terpulang kpd jenis lelaki yg menilai tu. the way he judges a woman will tell a lot about the person the guy truly is.

apa yg hg ckp tu sgt betol. tp that's the sad fact of the world we live in today.

Feezah Hanimoon said...

yerp...n membuatkan org yg lemah mcm aku berubah mengikut perspektif dunia.haha :)