Mengapa cinta berubah??

Tatkala malam menjelma, hilanglah segala mood study aku. Lalu aku pon melayari internet yg sememangnya entertainment paling setia sepanjang hidupku di bumi Germany ini. Secara tak sengaja, aku terdampar la kat satu blog cinta yg memberi idea utk entry baru setelah lama jgk tak update.

Mengapa cinta berubah? Ini lah topik entry tersebut yang membuatkan aku diam dan berfikir sejenak. Di samping persoalan ini, terselit lah beberapa soalan lain yg tetiba menujah-nujah otakku mengharapkan jawapan. Mungkin juga ia menggamit memori masa lampau. Aku sebagai manusia sesungguhnya tak mampu dari bertanya-tanya mengenai peristiwa lalu.

1) Mengapa setelah sekian lama bercinta, pasangan boleh berubah hati dalam tiba-tiba?

Teringat lagu Rafi Ahmad dan Ayushita berjudul Jangan Bilang Tidak. Ada satu part yg sering bermain-main di fikiran setiap kali aku menyanyikan lagu ini. "Banyak yang bercinta, bertahun-tahun putus juga" - Sebaris lirik yg ad kebenarannya dan mengingatkan aku supaya tidak bangga dengan usia percintaan. Berbalik kepada soalan di atas...Mengapa ya, tanpa ribut taufan seseorang berubah hati setelah bertahun-tahun bercinta. Mungkinkah bak kata org, sudah hilang 'sparks' or sudah tidak lagi berbunga? Mungkinkah semakin lama bercinta, semakin kita tidak berusaha untuk melakukan yg terbaik utk pasangan kita? Di awal percintaan, kita berusaha keras utk mengenali pasangan agar kita dpt memahami cara hidup dan mentalitinya. Tapi semakin kita memahaminya, semakin byk pula yg kita menyedari bahawa ada perkara tentangnya yg tidak sehaluan. Mungkin ini lah yg dimaksudkan dgn tiada keserasian setelah lama bersama.

2. Mengapa seorang suami/isteri boleh melupakan cintanya pada isteri/suami, lalu bercinta dengan seorang wanita/lelaki baru?

Masih ingatkah filem Cinta? Kisah Rita Rudaini yg menyedari secara tetiba yg cinta pada suaminya telah hilang setelah lama berkongsi hidup dgn Rashidi Ishak. Masyarakat melabelkan perkara ini sebagai satu kecurangan. Disebabkan ianya sudah ada dalam mentaliti masyarakat, jadi tak gunalah sekiranya saya meng-elaborate-kan lagi hal ini. Namun, saya berminat utk mengulas dari sudut pandangan Rita Rudaini sebagai contoh. Oh ya, saya tidak mahu menyentuh tentang keganasan rumah tangga ok. Setelah akad nikah dilafaz, maka runtuhlah benteng larangan bukan muhrim yg tidak dapat dinafikan lagi dpt mengintimkan perhubungan. Namun, mengapa timbul jugak krisis ini? Sejenak otak ligat memikirkan sekiranya sesuatu yang asalnya insatiable dan irresistable lama-kelamaan menjadi rutin kehidupan maka akhirnya terdetiklah di hati....tiada lagi kemanisan. Lumrah manusia, degil dan double degil! People like something that is forbidden. Apabila tiada lagi perkara yg boleh mendatangkan kemanisan dalam perkahwinan, diri lebih peka kepada dunia luar. Mengikut analisis diri sendiri, setiap org tidak suka berada dalam situasi keterpaksaan seperti terpaksa menyintai seseorang yg sudah tidak dicintai. Ada yg cuba menyintai kembali, tetapi ada juga yg sudah tidak mampu hingga mencari alternativ lain yg selamanya disebut 'curang'.

3. Mengapa wanita/lelaki tidak mahu menerima hakikat yang cinta sudah berubah?


Soalan ini agak tricky kerana mempunyai dua maksud yang amat berbeza. Adakah soalan ini ditujukan kepada wanita/lelaki yg tidak dapat menerima apabila pasangan mereka berubah hati? Atau khas ditujuan kepada wanita/lelaki yg bingung mengapa di dalam hati mereka sudah tidak ada cinta lagi? Semestinya amat mudah utk mencari jawapan bagi intepretasi pertama. Jadi skip terus ke intepretasi kedua. Kita selalu mendengar berita sayu mengenai org hilang pertimbangan apabila cintanya ditolak atau kekasihnya curang. Tapi tidak sebaliknya. Apakah perasaan org yg curang? Mungkin ada yg tak memilih untuk curang. Tapi tak sanggup utk menipu diri sendiri lg. Pada saat kita menyedari hati ini sudah tawar padanya, adakah kita menerima perasaan ini dgn hati yg terbuka? Aku percaya, ramai yg cuba menolak perasaan ini jauh-jauh dan tidak mahu mempercayai perasaan sendiri. Lalu hidup dalam kepura-puraan. Sekilas pendapatku, mungkin kita tak mahu menyakiti org yg masih kita sayangi tapi tidak kita cintai. Mungkin kita rasa, tak patut untuk cinta itu hilang begitu sahaja setelah sekian lama bersama. Kita akan cuba mencari cinta yg hilang itu kembali. Alangkah baiknya kalau ianya kembali. Bila ini terjadi, seharusnya kita memerlukan kembali 'sparks' dalam perhubungan. Namun sudah tentu tiada hasilnya jika kita yg berusaha. Haruskah kita berterus-terang dan minta kerjasamanya? Ahh..apakah pula reaksinya nanti? Sememangnya kita mula menyalahkan hati sendiri kerana menyebabkan penyiksaan sebegini.

4. Mengapakah kita masih menanti, walau jauh di sudut hati kita sedar cintanya sudah tiada?


Sebaik sahaja membaca soalan ini, terus terdetik...rasa sunyi. Sunyi tanpa belaian dan kasih sayang seseorang yg sentiasa di hati, tapi malangnya sudah tiada kita di hatinya. Lebih malang sekiranya berlaku pada cinta pertama. Teringat lagu Utada Hikaru - First Love. Walaupon 95% liriknya tidak ku fahami, tapi aku akui 'you will be always gonna be my love, i remember to love you taught me how....you will always be inside my heart, i hope that i have a place in your heart to...now and forever you are still the one'. Berdasarkan perasaan ini, kita akan terus menanti dan menanti. Tapi yg mana satukah cinta pertama kita. Ada org mungkin 10 kali bercinta. Tapi tak ada satu pon yg boleh dikatakan cinta pertama. Org selalu beranggapan bahawa pertama kali bercinta adalah cinta pertama. Bagiku, kita hanya akan mengetahui bahawa org itu adalah cinta pertama jika....walaupun cinta di hatinya sudah tiada, kita tetap menunggu. Mungkin hingga hujung nyawa. Andai kata selepas itu kita masih ada cinta yang lain, yang sebelumnya itu hanyalah crush sementara. Aku sesungguhnya amat mempercayai bait-bait lagu ini. Mesti ada yg tidak sependapat dgn ku kerana menganggap ia tindakan yg bodoh utk menanti cinta pertama. Tapi itulah cinta...membuat kita buta. Tidak dinafikan, wujud golongan sebegini even org yg dinanti sudah terang lagi bersuluh telah pergi selamanya.

5. Sekiranya cinta berubah kerana kehangatan seks sudah tiada, apakah cinta boleh berjaya hanya kerana ada tarikan seks?

Seks mengintimkan lagi perhubungan. Namun mestilah ada selingan yg dapat menaikkan kehangatan dalam berkasihan. Jika cinta boleh berjaya hanya kerana ada tarikan seks, maka tanpa keraguan lagi yg cinta itu sepatutnya tidak dimulakan kerana segalanya hanyalah berlandaskan physical attractions. Tidak dinafikan pula hubungan tanpa seks amat lah suram dan muram. Aku rasa semua org ada point yg sama untuk soalan ni. Jadi sudah tentu kita mempunyai kesimpulan yg sama...kan??


Sesungguhnya amatlah sukar untuk mempertahankan cinta. Walaupon di awal entry ini aku menegaskan bahawa usia perhubungan bukan lah satu yg boleh dibanggakan sangat, namun aku tetap memandang tinggi setiap pasangan yang mampu bertahan sebegitu lama. Sekiranya kita terdengar pasangan memilih utk berpisah setelah separuh abad bersama, jgn lah kita mempersoalkannya. Kerana ia bukan sesuatu yg mustahil. Tapi respect lah mereka yg mampu bertahan selama 50 tahun, sedangkan ada yang tak mampu bertahan walau seminggu.

Inilah hasil pemikiranku terhadap soalan-soalan yg ditujukan oleh penulis blog yg tidak ku kenali itu. Nak komen kat page blog dia konpem tak muat. Hehe:)








6 comments:

feemitidee said...

No 4. Menanti kerana sayang yang unconditionally mungkin? Or maybe he/she rasa masih ada harapan even yg amat tipis but still worth waiting for? Nevertheless, back to the basics, cikgu I ckp masa kat maktab dulu, jgn lupa doa selalu supaya ditemukan jodoh yang baik! Mari doa sama kawan2!=)

Asma Azizan said...

amiin... ustazah aku dulu pn ckp cmtu gk. doa dari sekarang mudah2an dpt jodoh yg baik, serasi dan beriman.

ok, to the questions
1)because people change. taste berubah, cara fikir pn boleh berubah. begitu juga hati dan perasaan. one can't stop that from happening

2)from a survey that I read: most people who betrayed their partner for another man/woman are just curious if they still have 'value' to the other sex had the relationship had not been there. Some admitted they seek another out of pure lust. Some because the love was no more as it was. Nevertheless majority said they still love their partner and wouldn't want to lose them and hence explaining their not leaving the partner, but choose to betray them instead.

3)fact is, people don't accept changes as easy as they'd want to. especially the unwelcomed ones

4)because people don't like to be alone? If the love just dies and they know it's irreplaceable, I do think people would rather wait for nothing than end up having nothing and no one by ending the relationship.

5) Nope. don't believe cinta boleh berjaya hanya dengan sex. that's lust, not love.

Feezah Hanimoon said...

asma', ang remove comment pa tu?? curious. haha...

kesimpulannya, dalam cinta ni macam2 ada. so jgn terkejut kalau kita dgr situasi berbeza bg setiap pasangan. ada yg bernasib baik tp jgk bernasib malang.

aku pon baca doa tu dlu. tp kan, imam tu baca doa bg lelaki yg mntak isteri ngn anak soleh. part ni aku x amin. huhu..

Asma Azizan said...

lol. typo la mek td

Mr. D said...

semoga berkekalan ke anak cucu...amin

Anonymous said...

this is tetek, and ramas buah dada!