~Woman Wan Abe~

Langkah 1
Membeli jam Fossil pink di Nuremberg yg menunjukkan ciri-ciri kewanitaan but still sporty. Jam ini adalah merangkap jam raya tahun 2009 yang akan turut digayakan bersama baju raya yang bersesuaian. Teknologi chronography menggambarkan si pemakai adalah seorang yg bersemangat kental dan lasak di samping mencerminkan identiti sporty-girllish-style. Ehem~ Semestinya pembelian jam ini adalah pelaburan yang berbaloi dan amatlah sesuai untuk digayakan bersama Fossil Bentley nanti (^_^)



Langkah 2
Membeli purse baru berjenama S.Oliver berbelang-belang purple yang panjang serta tebal. Kepanjangan dan ketebalannya menghalang aku daripada menyumbatnya ke poket belakang. Oleh itu, ketika membeli-belah minggu lepas, aku agak kalut ketika hendak membayar barang kerana terpaksa menyelongkar beg galas untuk mencari purse ini. Hal ini disaksikan sendiri oleh Aishah yang turut ketawa melihat gelagatku. Arghhh..susahnya nk jadi wanita. Purse ini dibeli di Coburg Shopping Complex yang terletak kira-kira 22 minit perjalanan turun bukit dari FH Coburg.



Langkah 3
Setelah mengambil iktibar bahawa betapa susahnya menyelongkar purse gedabak ini di dalam beg galas, terdetik pula idea untuk membeli beg sendeng yg sesuai. Memandangkan aku agak rimas kalau beg itu disilang di tengkuk, maka ini lah hasilnya sepanjang pencarian di Amazon.de. Beg Nike ini sesuai untuk dibawa ke kelas pagi dan kelas petang serta boleh juga digayakan bersama jam Fossil. Yang pastinya, beg ini tidak akan disilangkan di tengkuk dan boleh memuatkan purse S.Oliver yang gedabak tadi. Ohh..heaven~




Langkah 4
Mula memakai barangan berjenama ROXY yang selama ini dikaitkan dengan gediks. Design bermotifkan flora dan fauna serta warna-warna pelangi menjadi trademark ROXY. So, mula-mula aku memilih untuk memperagakan sweater kaler baby blue yang turut merangkap sweater dalam flight nanti. Haha :) Tak sabarnya nak balik and habiskan semua paper sem ni. Sweater ni mula-mula berharga 74.95euro. Ingat nak letak dalam wish list la. Tetiba esoknya tengok harga kat Amazon.de dah turun 60% daripada harga asal. Tanpa rasa berdosa kepada negara, terus click and buy. Rakusnya aku bershopping.

Langkah 5 dan seterusnya akan di update lagi pada masa akan datang. Ohh..lupa plak nk crita. Sekarang ni pon aku tengah berjinak-jinak dalam pemakaian selendang. Lilit satu kepala asalkan lawa. Selain menghabiskan duit, mungkin banyak lagi cara untuk menjadi wanita. Hmm...Tak pa. Pelan-pelan kayuh~

10 comments:

Asma Azizan said...

amboi~ bkn main lg hang b'shopping! pengsan kot pn norashikin klu tau. haha

Feezah Hanimoon said...

biaq pn syikin pengsan. terguling2 pon x pa. sapa suh dia kejam kat aku. lol~

Mr. D said...

soping,soping jugak....clas jgn monteng~

Feezah Hanimoon said...

ala..Mr.D jgn la marah.tgh cuba x monteng ni.chayok!!!

Anonymous said...

:)
i dont know wats going on here, but i know 4 sure u'll become more awesome!!
;)

Feezah Hanimoon said...

yeah..i wanna keep dat awesomeness!! haha:)

zartezaty said...

abes aa msia tergezut tgk moon balik dgn stylo!

Feezah Hanimoon said...

haha..aku tgk ang dh kewanitaan.aku pon kewanitaan jgk le~

jera said...

at the rate of awesomeness u r going, i think, by the end of this year u need to move into a bigger house la. ataupon rent 2 blik utk accomod8 brg2an hasil shoppingan hg tu. ;p

Feezah Hanimoon said...

itu la jera..aku rasa aku perlukan store utk ltk segala kotak2 ni.ruang bilik mkin menyempit.haishh..