Baby come back to me!!!!

Aku sungguh noob!! Jam menunjukkan pukul 6.27 pagi waktu tempatan. Dari jauh aku stare laptopku yg sedang terbaring lesu di atas penjemuran. Segala benda telah ku setting cantik2 dan aku menghalakan kipas direct ke laptopku. 2 jam sebelum ini, 3/4 botol air telah tertumpah ke atas laptopku. Dengan yakinnya aku meletakkan botol berisi air itu di atas katil. Konon2 nya nk taip sebaris ayat la dlu. Namun, malangnya nasib atas dasar aku yg noob dan yakin boleh, aku rasa laptopku sedang tenat.

Aku pon teringat la Tahir yg memang mempunyai laptop spare. Terus aku msg tp x berharap pon dia balas segera. Tengok2 dia pon x bleh tido. Aku trus menapak ke biliknya melalui jalan belakang utk meminjam laptop tersebut, yg kini aku gunakan untuk merekodkan kejadian tragis ini.

Setelah balik ke bilik sendiri bersama laptop Acer bersaiz 14 inch (kot), aku pon google la kalo laptop terkena air, apakah langkah2 bijak untuk menyelamatkan keadaan. Setelah beberapa blog dibuka, semuanya bg warning pada step pertama>>>>>>>Jangan sama skali cuba meng-switch on laptop anda kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Kemungkinan short circuits yg lebih parah akan berlaku dan lebih banyak peralatan elektronik akan hancus. Sekiranya motherboard (jadah apa ni) yg rosak, anda boleh la expect kos pembaikpulih yg nala punya tinggi.

Kini aku 95% yakin yg laptopku ini telah arwah. Sebab selama 2 jam sebelum ni, ad la kot 20 kali aku try nk switch on. Haishhh....itu la, nak pkai benda canggih. Tapi noob tahap gaban. Ada jgk blog yg warning jgn guna hair drier or kipas untuk pengeringan yg lebih cepat. Setelah dua jam, aku rasa dh terlambat pon kalo aku nk ikut ckp dia.

Wahai laptopku, walaupon kau bising mcm enjin mesin rumput dan panas mcm kuali atas dapur, tolong lah kembali ke alam nyata. Aku sanggup buat apa saja, dgn syarat kos x melebihi rm1999. Kalau x, baik aku beli baru. Beli yg x berbunyi mcm mesin rumput dan sentiasa kewl. Arghhhhhh....aku noob lg. Tapi kali ni, paling teruk!

ps: Signature x da sbb Html code dlm memori (mungkin) arwah laptopku. Haishhh... Please come back to me~

Boyfriend most wanted!!!

Tatkala pagi2 rembang ni, aku tetibe dapat idea nk update blog. Bru je aku lepas menulis sedikit catatan dlm buku 1000 kisses tu. Terasa plak nk menulis pendapat yg mungkin kontroversi kali ni. Hahaha *gelak evil*. This time around, I wanna be the other me.

Pada pendapat aku, ciri-ciri boyfriend yg baik dan awesome adalah seperti berikut:

1. Caring, lovely dan sentiasa mengambil berat hal kte. Kalau sehari x contact mesti rasa risau, x sedap hati dan rindu macam 10 tahun x jumpa. Even sekeping sms pon dah memadai. Tapi kalau banyak keping lg la bagus. Up ckt kol terus. Cuba korang try x contact boyfriend2 tersayang tu, ada x diorang at least msg2 ke? Hubungan jarak jauh pon x de masalah, kalau betul2 sayang. Sayang tu bukan bermaksud bila kte ade depan mata je.

2. Jangan nk keluar ngn perempuan lain tanpa urusan rasmi. Tambah2 lagi berdua-duaan. Banyak cantik muke, kte kat cni igt die sorg je. Bleh plak die berfoya-foya. Kalau nk mntk tolong pon, x perlu la nk melencong tgk movie sme2 ke. Dah abis keje bleh la masing2 buat hal sendiri. Nak bertempek skali buat pe plak kan? Patutnya die x happy kalo keluar ngn pompuan lain. Kalo bleh smpai pegi shopping mall tgk midnight skali tu pehal plak.

3. Dah ade girlfriend patutnye bg full commitment. Two halves make a whole. Our partner is our best friend. Or at least kalau nk ad best friend lain pon, make sure it's the same gender. Susah la kalo boyfriend kte ade sorg lg perempuan yg berdiri di blakangnye. Kalo stakat berdiri jauh2 x pe jgk. Ni nk menyendeng sme byk ngn kte...mne boleh cmni. Lain plak jadinye nnti. Aku dh la anti org ketiga. Prejudis yg tidak berkesudahan.

4. Boyfriend2 sekalian, jangan la korang fikir nak ade spare perempuan untuk buat bini ngn perempuan untuk melempias nafsu serakah tu. Korang sedap2 rosakkan anak dara org, tp demand nk yg fresh buat bini. Abis x pikir ke bakal bini anda tu nk jugak merasa anak teruna. Banyak ensem muke korang nk berfoya sana-sini, perangai macam setan pastu depan girlfriend cover2. Muke kerang busuk korang tu org cam la wei.

5. Selalu kte dgr, perempuan jadi pisau cukur. Zaman sekarang ni lelaki pon dh pandai cukur2 perempuan ni. Duit yg ade x pernah ckup. X de balls ke?? Kalo mmg x de duit smpai nk makan pon x lepas, boleh la dimaafkan. Patut pon kte membantu dlm situasi begini. Tapi kalau diorang abis duit berjoli x hengat dunia, pastu x de duit dan meminta2 merayu2 kat girlfriend ckp x cukup makan la ape la...meh cni aku bg mkn penumbuk. Ukur baju kat badan sendiri la. Jangan nk berlagak jadi anak org kaya.

6. Jangan cakap belit2 mcm org x de pendirian. Grow up la boys! Mean every single word you say. Jangan hari ni ckp nk sayang selama-lamanya. Esok lusa dah tukar angin. Angin mmg la bertukar2 arah. Yang boyfriend2 tersayang ni nk pegi ikut angin tu, goyang ke nmpak perempuan lg cantik bang? Perempuan untuk ditempatkan di sisi, jadi penyokong dan bergerak seiring. Bukan di kaki untuk dipijak2 smpai lunyai. Bila bosan campak tepi. Sok tetibe rindu, kutip balik. Bullshit lah!

7. Seharusnya dalam hubungan, kedua2 pihak ade peluang untuk meluahkan ketidakpuasan hati masing2. Baru la kte makin memahami dan boleh selesaikan masalah segera. X payah nak makan2 dalam ni. Boyfriend2 jgn la panas baran x tentu pasal. Terima ape yg girlfriend nk cakap n sedar la kesalahan tu. Jangan la ego nak mampus. Berubah lah kalo perlu. Bukannye kte mintak diorang panjat gunung ke ape. Boyfriend ego dan keras kepala + Girlfriend sedia dipijak2 dan diguna2 = Ouh..wat a sweet lovely couple~

8. Boyfriend2 yg dihormati, kalau korang sweet, understanding and tolerate, alangkah bahagianya dunia percintaan ini. Make something sweet for your girlfriends on your anniversary or birthday. Just a small cake will do. Cake besar2 nnti x abis plak. Haha... Banyak la cara2 nk jadi sweet ni. Cuma willing to be or not je. Sweet ckt pon jadi la. Women do like suprisesssss~

9. Tidak berbahasa kesat dgn girlfriend. Not even once okay. "Bodoh" pon dah cukup nk melukakan hati seorang perempuan. Dah luka igt boleh letak ubak kuning gitu je ke? Perkataan2 lain tu x yh nk elaborate lg la kot. Kalau sayang msti x sanggup nak maki hamun. Bila x sayang tu, berguni2 la hamunannye tu. Tu pon sesetengah girlfriend menerima dengan hati yg terbukanya. Mmg bodoh la kalau cmtu kot.

10. Protective. Kalau ade org kutuk2 kte, die la first kat barisan pertahanan. Kalau tumpang gelak skali tu keji gler. X patut diorang tertawa berdekah2 kalau girlfriend kne bahan kaw2. Be a gentleman k. Respect women that respect you. Protect women who protect you from the back.

11. Boyfriend yg baik mesti tidak pernah berkira ngn girlfriend. Give and take. Sharing is caring. Kalau niat nk belanja tiket Sunway tu, jgn la esok lusa tuntut balik. Lebih2 lg kalau boyfriend yg materialistik, girlfriend nk kikis 5 ringgit harta pon berkira. Ad jugak girlfriend yg ske memberi tp x ske menerima. Sedap la kalau kapel ngn boyfriend2 mcm ni. Agaknya kalau bulu pon org beli sehelai seringgit, boyfriend je la ade bulu lebat. Haha..Perumpamaan ntah papa.

12. Ikhlas menyayangi kte bukan kerana kehendak orang lain. Kalau terpaksa menyayangi tu, hmm...cakap je la awal2. Tapi x semua org boleh terima hakikat menyintai dan memiliki tu kadang2 x boleh seiring bersama. Boyfriend2 sekalian hendaklah menyintai girlfriend2 mereka dgn seikhlas hati tanpa ada niat disebaliknya. Look at the inner beauty. Kalau semata kecantikan luaran, mmg x kekal panjang la. Sebab sekejap je boleh jumpe gadis2 yg lebih cantik dan hot. Tambah2 boyfriend yg sedia maklum naughty, jgn harap la diorang nk berubah. Selagi diorg x bertaubat nasuha, selagi tu la janji tetap dimungkiri. In your dream la nk diorang setia pada yg satu. Logik kan??

Dah smpai penutup pon, ckup la kot 12 ni. X terbuat nnti dek boyfriend2 kesayangan kte ni. . Entry ini ditulis dr sudut pandangan aku sebagai seorang girlfriend. The same things applied for the girlfriends. Woohooooooooooo~


Yang mencipta kontroversi lagi,

1,2,3,4,5.....*Counting days*

Tonight I can't keep my head from imagining my future with my beloved fiancee, Mr.D <(^_^)> Org lain dah bertunang, aku pon nk jgk. LOL! Hahahaha... Ok, back to the story. I've just finished calculating my brand new belanjawan. Hmm...Not so impressive like I was hoping before. But nevermind, still save some pennys along with my vibrant shopping though. Mr.D also told me about his master plan for 5 years onwards. I think that I better do something too. Jeng jeng jeng~

1st mission - accomplished!
To have our own car und zwar a Proton Waja (my fiancee's dream car at the moment), so that we can go anywhere at anytime through the rain. Seeing him driving 'professionally' turns me on a lil bit. Hohoho :p Dream comes true...How schweeeettttt~

2nd mission - on the wayyyyy
To save money and buy our own paradise. Guess what?? I just browsed some websites looking for a nice house. OMG..rumah cantik2 plak tu. Price range is between 200k to 300k , location Bangi or Nilai. Maybe 4 years from now we'll be having one. Hehe :) But 4 years can change many things. Don't be suprised if harga rumah teres pon sejuta. Haishh... Nak beli skrg, belum cukup uwangnya lagi dong.. We'll work out for it k bby. Gambate!!!! Ouh, I know... Stay away from shopping zone. Ouch!

3rd mission - sooner or later ;)
To be Mr. and Mrs. D and have awesome kids. Lol! Limited to 4 only k bby. This one I don't have to explain la kot. Otherwise it will be dozens++ pages of happily ever after love story. Haha.. But, I think I have my long posponed mission to be done first. I need to contact Marie from France or Slim in his World and let them take out pieces of me :p Aite??

ps : This is a public diary. You can call me gediks which is "Like I care..." Coz I don't mind if you envy me. HAHAHA!! *gelak evil*.



Yang tengah berangan sakan,

Pabila Dia menegurku....

Hari ini 1st paper iaitu Konstruktion / Maschinenelemente 2.. Guess wat?? Konpem la I screwed up. Haishhh... Ini semua salah diri sendiri.

*Study last minute
*Ponteng klas sb bosan dan hardly dpt info
*Kurang beribadat dan lalai
*Asik menambah dosa yg sedia menggunung
*Derhaka pada ibu bapa
*X sedar diri...shopping x hengat!

Hish...banyaknya perkara negatif.

Org ckp, "Study lepak-lepak, result biar gempak."

Meh cni aku nk ckp plak, "Pala hotak result nk gempak kalo asik lepak! Buntut la sapa tipu aku dgn cogan kata ni bertahun-tahun lamanya. Cis!"

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Kalo la nk compare dgn kenegatifan hidup aku ni, aku rasa jadi pengemis pon x layak. Andai kata Allah bayar cash kat aku, sekarang jgk aku tersungkur tertonggeng terkangkang tergolek dan akhirnya tergilis dek tren. Nauzubillahi min zalik...

Tapi sesungguhnya mengapa aku begitu keras hati untuk berubah? Ya Allah, andainya waktu boleh diputar aku rela Engkau biarkan aku terperangkap di ruang masa dahulu. Noor Hafizah Hanim yg sentiasa menggembirakan hati mama dan papa. Salah diri sendiri juga~

Mungkin niat dh berubah. Bukan belajar utk mencapai redha-Nya. Tapi utk bermegah-megah dan kemewahan. Patut la susah ja jalannya. Padan muka aku!

Untuk next paper. 16hb ni... Aku akan berusaha!!! Walau pon usaha tu sekecil bakteria amoeba.

Allahumma nawwir qulubana bi nuril hidayatika, kama nawartal ardho bi nurish shamsika abadan abada bi rohmatika, ya arhamar rohimin....






May Allah bless me

Melayu bogel lagi????

X dak idea nk update..Sekian, terima kasih <(^_^)>
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

K..dah malas nak titik-titik.



I know I'm hot

Kontroversi..Nasib baik aku ad TK.

Bru kejap tadi aku terbaca kisah Rita Rudaini dgn Aidil Zafuan kawen di Siam. Ramai yg ckp diorg ni membelakangi keluarga dan tak pikir dalam2. Memang la tak dapat restu keluarga 100%. Tapi tak perlu kot org nk pertikaikan kenapa diorg mengambil keputusan begitu. Konpem la si Aidil ni dah slow talk ngn family dia. Lagi pon, boleh teka la family dia x bg. Rita kan tua 12 taun kalo tak silap dari si Aidil ni. Tapi Rita muka remaja dan sekali imbas tak da la nampak tua. Ok, back to the story. Aku pulak terasa ngn org2 yg prejudis hal ni. Aku neutral ja. Kecuali kalo kawen isteri kedua. Kes-kes org ketiga ni mmg aku tak bleh terima.

Mmg la boleh ja berusaha keras dapatkan restu family. Tapi brapa lama? Nk tunggu setahun pon dah berkapal-kapal dosa. Hukum berkahwin adalah wajib apabila didapati kedua-dua lelaki dan perempuan itu mampu dan cukup syarat serta dikhuatiri (mungkin kerana intimnya perhubungan,contohnya) terjerumus ke lembah maksiat jika tidak disatukan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Memang la ad statement, kalo bab nk kawin ni baru nk merujuk hal agama. Tapi itu la sepatutnya pon. Macam poligami la. Aku tak da la nk ckp kena sokong kawen Siam ni. Kalo boleh kawen kat rumah buat kenduri segala bagai, lg bagus la. Aku pernah baca pasangan bersekedudukan sebab mak tak bagi kawen. Sedikit sebanyak, dosa tu ad jugak kat org yg menghalangkan perkahwinan hingga mendorong zina. Mak dia pon, bagi ja la kawen. Kalo tak bahagia, bubar la. At least, tidak haram membubar perkahwinan.

Agaknya zaman sekarang org pentingkan muka. Malu anak kawen dgn janda yg lebih tua. Aku pon tak tau hal dalaman diorg. Terasa seperti diri sendiri dikutuk. Tapi aku tak kawen Siam OK. At least for now kot. Restu family mmg la berharga. Tp ada tahapnya diri sendiri nk berkorban. Jasa mak ayah tetap tak lupa. Cuma mentaliti masyarakat susah nk ubah. Lain la Rita tu buruk benar perangai mcm si Julie tu.

Selalu aku karang entry secara general. Kali senang kot kalo bg contoh skali.

ps: Jangan la ada org saman aku pasal entry ni. Berlambak lg blogger yg tak da insuran. Aku ada TK.






I know I'm hot

**23 years old**

Dedicated to my sweetheart....

July 04, 2009




I'm so sorry that I can't be there with you. But I'm glad to be the first person wishing you Happy Birthday. May Allah bless you with a good long life and bright future. I'm here hoping that we will meet again end of this month. I miss you sOoOoOoOo much.

This is an old video. But I know it doesn't matter as long as you know that I will love you till my last breath. And I never doubt that I have your love even after that.

**HAPPY BIRTHDAY SWEETHEART**




~La Dolce Moon~

Bila renung masa depan, waa.....lambatnya masa berlalu.

Tapi bila kenang masa lalu, ehh......cepatnya masa berlalu.

Maka, teori Moon 2009 menjelaskan bahawa hal ini disebabkan oleh halaju pergerakan jarum saat yg berubah-ubah tanpa kita sedari. Adakalanya jarum saat memecut dengan lajunya mencecah 90 saat dalam tempoh seminit. Kadangkala pula ia bermalas-malasan dan hanya mempunyai kelajuan 30 saat dalam seminit. Seminit mempunyai 60 saat. Maka jarum saat yang malas ini memerlukan 2 minit untuk melengkapkan 60 saat tersebut.



MOON, 1 Julai 2009