Sleep Tight

Rumate ku sedang buat jadual sem 2. Yang lain mungkin dan tido. Aku dari td lepak di ruang tamu. Lepas siapkan kerja, malas plak nak sambung kerja lain. Aku tade mood sebenarnye. Termasuk lah malas dan rasa cukup lah setakat hari ni. Kerja lain bersambung nanti. Sok class Calculus pukul 12 tgh hari. Pastu Programming pukul 2 ptg. Tapi kaki berat nk melangkah. Isnin kena pkai baju formal. Nak pkai baju apa ek esok? Seluar lagi lah. Senang ckt nk melangkah. Pakai formal semata2 nak masuk Admin hantar assignment. Lepas tu cabut.

Kawan-kawan, sok blajar lek lok. Aku? Sok macam tak nak belajar ;)



Kalau aku takda, tak pe kan?



.....................................................................................



Baru pas kol my best friend. Die cakap pergi la class. Lepas tu boleh pergi ke mana aku nk pergi. Elok letak tepon, Ejat msg bapak die suh balik Melaka. Jadi die tade kat UM. Mungkin Allah dah atur cantik2. Maybe ada hikmah di sebalik semua ni kan? I suddenly lost my confidence and it drops down to the bottom of my feet. Ejat, Jera....both of of you have your points there. Everybody doesn't like everybody. Thanks for making me realize how special I am :)

Wakenabeb!

Oh my god....sudah lama aku tak merasakan jantungku mcm nak meletup gini. At least semenjak setahun yang lalu. Memang kalo kantoi tu sangat la dasyat perasaannya. Tapi tak la seteruk dulu. Menggigil-gigil seminggu. Alahai... wakenabeb btul la!

Weekend ku bosan lalu ku pk nak kawin

Hari ni baru dapat tahu ada sorang lagi rakan sekolah nak kahwin. Kalau tak silap, die orang ke-2 akan kahwin dlm kalangan budak2 SBPI Gopeng batch 2003. Haishh...macam best je kahwin ni. Sepatutnya saya dah boleh kahwin 2 tahun lg. Tapi malang menimpa di tengah jalan. Up plak lagi 4 tahun. Nyesalnya dengan keputusan budak2 dulu. Kalo la masa boleh diundur...Mengeluh lagi.

Dah hampir 4 tahun dah kenal. Rasanya boleh kot kahwin lagi 2 tahun. Mengikut plan asal. Haha... Tapi tujuan berkahwin adalah untuk membina keluarga. Kalo dah kahwin tapi mintak elaun bulanan lagi boleh x? Mesti lah proposal rejected! Itu tandanya tak ready lagi la nak kahwin. Adoiyai... Kalo nk kahwin lg 2 tahun, maksudnye masih belajar. Kalo dah kahwin, mesti la nk ada rumah, tv plasma 42inch, peti sejuk 2 pintu dan hias rumah cantik2 kan? Mana nk cekau duit ni?

Kalo lepas grad baru nk kahwin, kene keje setahun dulu untuk kumpul duit. Tapi mesti tak cukup jugak. Maka baik dari awal suh pama sponsor. Maklum la...anak sulung. Haha. Majlis nak grand, duitnya belum ada... Duit bukan segala-galanya... Tipu! Kalo nk pegi KLCC bawak duit 10rgt je tak dapat la der.. Entah sampai entah tidak.

Kesimpulannya, calon dah ada....Tapi harus bersabar ckt untuk menstabilkan diri, which I dunno when :(

Hari ni hari Sabtu... Bosannya duk rumah. Sweetheart, cepat la balik sini....Weekend saya tak ceria tanpa anda :(



A Story Of My New Classmate

There's a boy in my class. He is tall and big. Wait, I'm not going to say that he's handsome. What I'm going to say that he's so damn annoying. Shit! I must behave...Behave!

I'm annoyed by his voice, his laugh, his attitude, his attire and so on. He seems to enjoy wearing low cut jeans or he simply lowers the jeans until everyone can see his underwear/boxer/whatever. If I pull his jeans a little bit, it might just drop down. His attitude is just like a small 9 years old boy. With I see him, I see a retarded boy. His body language and face expressions are bloody irritating. Just now he called me in class just to show his retarded expression which I couldn't bare at all. It was really a disturbance in the middle of the class.

Grow up la boy. Kau tak comel ok.



B Gay

B cakap, "Jangan cakap banyak kali. Nanti jadi doa."

"Abis b nk jadi gay ke? Kalo cakap banyak kali pon, kalo b x nak, tetap x jadi gay."

"Yela, jgn cakap banyak kali. Nanti jadi doa."

"B nk jadi gay ke?"

"B x nak. Tapi jgn cakap banyak kali. Nanti jadi doa."

"Tapi kalo x nak, cakap banyak kali pon b x jadi gay jugak."




[No Subject]

Aku tak tahu mana nak mula...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok. Dalam kehidupan, kita seringkali terpaksa membuat keputusan yang sukar. Selalunya keputusan itu mesti dibuat dalam 2 saat. Tatkala itu semua neuron dalam otak akan bekerja keras untuk menghasilkan output yang terbaik bagi sesuatu masa. Namun, selepas beberapa jam atau beberapa hari, ada yang mula menyesal dengan keputusan tersebut. Lalu muncullah istilah 'terburu-buru membuat keputusan'.

Contohnya....

Katy Perry (bukan nama sebenar) tergesa-gesa untuk membeli tiket komuter dari Serdang ke KL Sentral. Semua sudah maklum yang komuter ni kena tunggu bapak lama. Setengah jam sekali. Kalau dah terlepas depan mata tu, mesti sumpah seranah segala. Maka, si Katy Perry ni pon fikir malas lah nak beratur lagi balik nanti. Dalam masa 5 saat tu, otaknya membuat keputusan untuk membeli tiket 'return' atau pergi balik. Elok tiket dah ada dalam tangan dan wang baki telah dikembalikan, tetiba teringat yang plan sebenarnya tak nak balik hari ni sebab nak pegi lepak kat UM. Esok baru balik. Lantas mulut pun berkata, "Menyesalnya beli tiket return ni!!!!!!"

Contoh lagi....

Jessica Simpson (pon bukan nama sebenar) menduduki ujian Calculus pada Jumaat petang yang redup. Dia menjawab dengan tenang untuk mengelakkan careless. Sampai satu soalan tu, kena lukis graf. Setelah mengira, dia mendapati ada dua kemungkinan bentuk graf. Pababoloid dan cone. Paraboloid adalah seperti mangkuk. Cone plak macam topi hari jadi tu. Kedua-duanya melalui titik origin (0,0,0). 5 minit sebelum pukul 6 petang. Saat-saat genting, dia membuat keputusan untuk melukis graf cone. Tepat jam 6 petang, kertas jawapan dikutip. Setelah sampai di rumah, teringat pulak nak check dalam buku. Jessica Simpson pon membuka nota Calculus lalu berkata, "Cis paraboloid!!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku pernah membuat keputusan yang sukar. Keputusan yang dibuat bakal mencorak masa depan. Aku pernah memiliki sesuatu yang berharga. Tetapi aku terpaksa memilih untuk melepaskannya. Hingga kini aku seringkali mengingatinya. Penyesalan merupakan perkara terakhir yang berbangkit. Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayangi kerana kita bukan di posisi yang sesuai untuk memilikinya. Percayalah...aku sangat sangat sangat menyayanginya.

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Kusebut namamu
disetiap doaku
Bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
Yangku dapat
hanyalah bayangmu

Dari Dapur Hostelku

It was history when finally the real karipaps were produced with my own hand together with my housemates. Served with teh susu panas, ouh....it was a great legend in Uniten in Ramadan afternoon. Dear Aishah, I'm so sorry that you missed the moment meaning ang dah terlepas makan karipap panas sedap weh! But I have something left for you.... A couple of snaps right before they were complete gone, together with the marvelous teh susu yang aku gedik tambah ais, maka jadi la teh ais.







TopikS

Topik 1
Tiga hari berturut-turut aku dengar lagu Bieber repeat banyak kali sebab aku nak hafal. Memang ni pendekatan terbaik. Tapi kalo dengar lecture material ni, 7 hari 7 malam pon belum tentu aku khatam ni. Next week dah start test. Programming plak tu starter. This week punye klas aku ponteng. Dah mandi pon tido balik sebab ngantuk punye pasal.

Topik 2
Hari ni panas je pegi klas, lecture tak datang2. Dah berkulat assignment aku. Semangat pegi klas yg terletak 500m dari ostel, tunggu punye tunggu sebelah telinga die pon tak nampak. Ntah2 dah arwah. Kot ye pon, antr la email dulu. Tak de la aku tercengang cramp lutut kat depan klas. Adoiyai~

Topik 3
Aku nampak lipas kat sebelah lalu menjerit ketakutan. Ni spesis lipas bongkok tu. Die kuar dr bawah katil. Bile aku jerit, die pon lari masuk bawah blik. Tapi masalahnya die kat sebelah aku tadi. Dah nak naik atas tilam dah. Terus aku tarik bettwasche pastu ketuk2 sket. Sembur2 kat tempat die muncul td. Tapi tak de plak. Takpe, aku dh letak pendiding ubat gegat kat sekeliling tilam. Tapi sekarang ni meremang jgk la... Tolong la jangan serang aku.

Topik 4
Ok. Sekian dulu. Idea mengarang aku terbantut dek lipas tadi. Bodoh la lipas ni. Pegi la kat Ecah. Boleh die bantai ngn slipar. Ostel bayar mahal tapi lipas berlambak! Hish....Seyes nk pindah kluar sekarang jgk. Huaaaaaaaaaaaaaaa...................................




BOLOGS

Sempena group aku akan present tajuk 'Bahasa Rojak' untuk subjek Bahasa Melayu Korporat nanti, makanya aku akan praktis bahasa rojak di sini. Is it orait guys??? Tak orait pun aku peduli hape! Haha....

Selama sebulan lebih aku belajau subjek C Programming kat sini, kelas hari Rabu pukul 8-10 pagi, aku telah mengumpulkan 5 bologs yang membuatkan aku hilang konsentrasi sampai ke sudah kelas tu. Cikgu tu sekali tengok fuiyyooo....menyembur2 cakap English. Tak de gagap2 punye lah. Tapi dek kerana telinga lebau aku ni, tertangkap la beberapa ayat yg nak buat aku pecah perut dalam kelas. Buruk punye perangai! Haha... Kalo bab gelakkan cikgu, serah kat kitorang (Aishah dan aku). Ni aku list kan senarai 5 bologs yang aku rasa patut dikongsi bersama.

  1. What you can do and you can don't.
  2. If you have any something.......
  3. If you understand not very........
  4. If there's no question, then we go to chapter new.
  5. They not have change with other values come in.

No 5 ni aku baru dapat pagi tadi. Tapi sampai sekarang masih tak memahami jadah ape yg cikgu ni nak sampaikan. Agak-agak kalo die tahu hasil tangkapan aku masa kelas ialah benda2 ni, konpem aku sudah dihayun keluaw. Takpe, nanti next week aku cube dapatkan bologs2 terbaru yg lagi awesome dan terbaek.

Duhai cikgu ku, halalkan lah makan minum dan ilmu yg aku pelajari. Amin.....