BOLOGS

Sempena group aku akan present tajuk 'Bahasa Rojak' untuk subjek Bahasa Melayu Korporat nanti, makanya aku akan praktis bahasa rojak di sini. Is it orait guys??? Tak orait pun aku peduli hape! Haha....

Selama sebulan lebih aku belajau subjek C Programming kat sini, kelas hari Rabu pukul 8-10 pagi, aku telah mengumpulkan 5 bologs yang membuatkan aku hilang konsentrasi sampai ke sudah kelas tu. Cikgu tu sekali tengok fuiyyooo....menyembur2 cakap English. Tak de gagap2 punye lah. Tapi dek kerana telinga lebau aku ni, tertangkap la beberapa ayat yg nak buat aku pecah perut dalam kelas. Buruk punye perangai! Haha... Kalo bab gelakkan cikgu, serah kat kitorang (Aishah dan aku). Ni aku list kan senarai 5 bologs yang aku rasa patut dikongsi bersama.

  1. What you can do and you can don't.
  2. If you have any something.......
  3. If you understand not very........
  4. If there's no question, then we go to chapter new.
  5. They not have change with other values come in.

No 5 ni aku baru dapat pagi tadi. Tapi sampai sekarang masih tak memahami jadah ape yg cikgu ni nak sampaikan. Agak-agak kalo die tahu hasil tangkapan aku masa kelas ialah benda2 ni, konpem aku sudah dihayun keluaw. Takpe, nanti next week aku cube dapatkan bologs2 terbaru yg lagi awesome dan terbaek.

Duhai cikgu ku, halalkan lah makan minum dan ilmu yg aku pelajari. Amin.....

4 comments:

Abdullah Zaini said...

seronok utk mengaibkan org...tp jgn marah kalau org mengaibkan kita...

Feezah Hanimoon said...

bile plak mengaibkan org? x de pon letak nama cikgu tu. org pon x kenal cikgu tu sape. pg buat blog sendiri lah. bikin panas je. benda entertainment saje2 je. bukan nk pg gelakkan cikgu tu depan2. apehal plak timbul kes aib2 ni? macam diri sendiri x pernah kutuk blakang2 je. tolong la jgn buat ayat pelik2 kat sini.

Anonymous said...

kat mesia ke kat jerman amek kelas nih?? skang kat jerman ke dh blk mesia??

Feezah Hanimoon said...

sebelum tu....Mr/Miss Anonymous ni boleh perkenalkan diri?