[No Subject]

Aku tak tahu mana nak mula...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok. Dalam kehidupan, kita seringkali terpaksa membuat keputusan yang sukar. Selalunya keputusan itu mesti dibuat dalam 2 saat. Tatkala itu semua neuron dalam otak akan bekerja keras untuk menghasilkan output yang terbaik bagi sesuatu masa. Namun, selepas beberapa jam atau beberapa hari, ada yang mula menyesal dengan keputusan tersebut. Lalu muncullah istilah 'terburu-buru membuat keputusan'.

Contohnya....

Katy Perry (bukan nama sebenar) tergesa-gesa untuk membeli tiket komuter dari Serdang ke KL Sentral. Semua sudah maklum yang komuter ni kena tunggu bapak lama. Setengah jam sekali. Kalau dah terlepas depan mata tu, mesti sumpah seranah segala. Maka, si Katy Perry ni pon fikir malas lah nak beratur lagi balik nanti. Dalam masa 5 saat tu, otaknya membuat keputusan untuk membeli tiket 'return' atau pergi balik. Elok tiket dah ada dalam tangan dan wang baki telah dikembalikan, tetiba teringat yang plan sebenarnya tak nak balik hari ni sebab nak pegi lepak kat UM. Esok baru balik. Lantas mulut pun berkata, "Menyesalnya beli tiket return ni!!!!!!"

Contoh lagi....

Jessica Simpson (pon bukan nama sebenar) menduduki ujian Calculus pada Jumaat petang yang redup. Dia menjawab dengan tenang untuk mengelakkan careless. Sampai satu soalan tu, kena lukis graf. Setelah mengira, dia mendapati ada dua kemungkinan bentuk graf. Pababoloid dan cone. Paraboloid adalah seperti mangkuk. Cone plak macam topi hari jadi tu. Kedua-duanya melalui titik origin (0,0,0). 5 minit sebelum pukul 6 petang. Saat-saat genting, dia membuat keputusan untuk melukis graf cone. Tepat jam 6 petang, kertas jawapan dikutip. Setelah sampai di rumah, teringat pulak nak check dalam buku. Jessica Simpson pon membuka nota Calculus lalu berkata, "Cis paraboloid!!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku pernah membuat keputusan yang sukar. Keputusan yang dibuat bakal mencorak masa depan. Aku pernah memiliki sesuatu yang berharga. Tetapi aku terpaksa memilih untuk melepaskannya. Hingga kini aku seringkali mengingatinya. Penyesalan merupakan perkara terakhir yang berbangkit. Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayangi kerana kita bukan di posisi yang sesuai untuk memilikinya. Percayalah...aku sangat sangat sangat menyayanginya.

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Kusebut namamu
disetiap doaku
Bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
Yangku dapat
hanyalah bayangmu

3 comments:

feemitidee said...

ahaa! x perasan aku ang melampiaskan kemarahan pasal calculus kt sini. aku baru je update, pastu baca yang punya trus tergelak. dua2 pun hangin ngn calculus. haish haish ! :))

feemitidee said...

*yang ang

Feezah Hanimoon said...

aku tertipu!! bajet hot sebab dah ada 2 komen. skali dua orang dalam satu badan rupanya..haha =)