Tiga tips penting untuk menjayakan misi makan angin

Trip itu tak boleh include ramai orang. Dan yang pegi hanyalah mereka yang kenal baik antara satu sama lain. Kalau tak, konpem ada yang awkward bila bersembang. Orang cakap lagi ramai lagi meriah. Tapi kalau terlampau ramai, meriahnya mungkin tidak bersatu padu. Satu kelompok sini, satu kelompok sana.
.
.
.
Kalau buat trip sesama kengkawan, tak boleh ada kapel. Kalau ada, kapel tersebut mesti behave macam kengkawan jugak. Sebabnya, ia mungkin menimbulkan perasaan jeles. Bila jeles, tu yang kuar statement 'macam lah dalam dunia ni korang aje yang bercinta'. Mulut sememangnya selalu tidak boleh di-control. 
.
.
.
Buat plan yang dipersetujui ramai. Isu penting yang hendaklah dibincangkan adalah seperti pengangkutan, tempat, kos keseluruhan dan pembahagian tugas. Pendapat ahli jemaah trip itu mestilah diambil kira untuk mengelakkan ketidakpuasan hati di belakang hari. Berbicang terlebih dahulu adalah sangat digalakkan. 
.
.
.
Selain dari tips di atas, korang boleh lah menggunakan akal fikiran yang logik dan rasional untuk membuat persediaan yang rapi. Semuanya bergantung kepada objektf trip itu. Jika ingin release stress dan happy sepenuhnya, sila lah consider tips ini. Jika objektif korang ingin berkenal-kenalan dengan lebih baik, boleh la include 5 bijik kete. 
.
.
.
Jadi, sebelum follow sesuatu trip, tanya dulu apa yang diri kita nak. Then match kan dengan spesifikasi trip itu. Kalau tak seswai, jangan segan mengatakan TIDAK. Pikir diri sendiri dulu baru pikir orang lain. Jiwa sendiri tenang baru segala benda insyaAllah berjalan lancar.
.
.
.
Renung-renungkan dan selamat beramal ;)



Why I share my love life here

Ok..tadi dh promise nak tido kan? Sebelum tido ingat nak usyar beberapa blog femes tempatan. Sekali ada satu isu hangat kat satu entry tu. Aku tak nak sebut blog siapa sebab chicken ngan follower beliau yang dah berpuloh ribu tu. Entry ini adalah terbalik dari entry beliau. Walaupon aku rasa beliau bercerita dari sudut pandangan blogger femes, follower beliau yang tumpang letak link masa komen tu plak yang menokok-nambah sampai aku panas. HaHa. Ok, let's move on. 


Satu : Takde benda yang kita boleh simpan dalam hati sorang-sorang. 
Believe it or not, tak kisah la cerita tu sedih or happy, kita mesti rasa beban kalau nak simpan sorang-sorang. At least kita akan luahkan dalam diari. Tapi aku dah berhenti menulis diari. Dan aku rasa tak patut cerita face to face ngan orang sekeliling. Jadi kalau aku nak cerita, aku post dalam blog. 

Dua : Apa yang aku cerita tak mengganggu privacy mana-mana pihak.
Baik di pihak aku, pihak Mr. Boyfie atau pihak sekeliling aku. Aku bukan cerita benda dalam kelambu. Saiz kasut pon aku ingat-ingat lupa, ini kan pulak saiz boxer. Plus, aku bukan lah blogger femes seperti beliau. So takde paparazzi nak ambush. Jadi walau aku cerita banyak mana sekali pon, hidup berjalan seperti biasa.

Tiga : Aku tak guna bahasa takde gigi sama sekali.
Aku pon anti dowh benda-benda yang merosakkan gigi ni. Nanti gigi takde nak cakap pon tak betul dah. Lagipon penat je cerita panjang-panjang. In the end orang tak paham. Sebabnye mana boleh orang ade gigi buat-buat takde gigi. Tambah-tambah trang tang tang gigi die besar cam rabbit. 

Empat : Frasa 'macam die sorang je ade balak' sebenarnye lahir daripada perasaan dengki.
Follower beliau bising orang moshi-moshi kat Fesbuk. Aku tau diorang sebenarnye jeles sebab balak diorang tak nak respon bila diorang cuit-cuit. Takdenye diorang nak maki balak diorang sebab say I love you kat wall. Betul tak? Ape nak jeles...dah mereka itu mencapai keseimbangan terma dengan partner masing-masing. Asalkan tak gedik dewa sudah.

Lima : Long story short, nanti orang tak payah tanya macam-macam dah.
Yes, love is between two people. But last time I checked, sharing is caring. Boleh bayang tak kalau korang tetibe mendapat kad jemputan majlis perkahwinan seorang kawan yang ntah bila masanya bercinta? Nanti kat entrance kena buat kaunter pertanyaan. Kat mana  kenal? Bila kapel? Amboi...diam-diam je dah nak kahwin. Aisey...terkena plak lempangan maya. Tak ke susah? Baik buat short stories dan update selalu. Sape tanya nanti, aku bagi link blog je.

Enam : Aku memang tak nak play safe.
Orang cakap, kalau publish banyak sangat pasal love life ni, kalau break up abis la. Nak kene delete balik semua entry. Tapi, walaupon aku bukan penilik masa depan, aku tak nak ada thought pasal break up ni. Dalam erti kata lain, ini adalah first step dalam usaha memanjangkan jodoh. Kalau dari awal dah pikir kot-kot pas 6 bulan break up, memang sah la makbul. Be positive. 

Tujuh : Cinta itu anugerah maka ia boleh dikongsi.
Buat pe nak malu. Again, aku bukan cerita benda lucah. Nanti kot tetibe hilang ingatan, boleh baca balik semua post. 

"Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan "

-Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub-

Kisah yang boleh dikongsi semestinya yang baik-baik belaka dengan harapan selepas orang membacanya dapat terselit sedikit doa. Plus, orang tak suke kalau asik buat ayat sedih dalam blog pasal duka lara sekalian. Tapi ape je yang membuat kita happy kalau tak si dia. 


Jadi kali ni aku memang dah ngantuk tahap gaban. Mata dah bukak separuh je ni. Arghhhh...tido lah. Good night lagi skali. Perlu diingatkan, issue ini subjektif. Lain orang lain pendapatnye. Daaa~


Domo Domo Domo Chua!




Sebab pertama happy, semalam dapat date lagi ngan Mr. Bofriend...Cukup tak sangka bila die akhirnya tak jadi nak ke Kelantan sebab masalah teknikal. Tak kisah la pape pon, janji kita happy :) Maybe pada orang lain, ini adalah perkara biasa. Takpe. Sila tunggu sehingga boyfriend korang sekalian outstation berbulan-bulan dan rasekan!! HaHa.

Sebab kedua happy ialah sekarang aku dah ade wireless mouse. Tak perlu lagi menyerabutkan meja cikadak aku tu. Tempted giler nak beli sampai tak nak tunggu duit Mara. Tapi lelaki macho itu berkeras nak bayar. Fine! Mula-mula nak ambik kaler merah. Tapi die cakap kaler grey lagi stylish. Plus nak match ngan speaker hitam aku ni. 

Ouh! Sebut pasal speaker, tadi kebetulan ade kat kedai. So aku show off la kat die. Die just cakap, "Hodoh. Tak berseni langsung." Amboi cik abang, ini sudah lebih. See you in court!

Tak lupa juga kepada Harman Kardon bilik sebelah. Harganya mencecah RM1000++. Tapi orang sebelah punya yang versi retak berselotep hitam tu quarter price dah la kot. gagagagaga ^..^

Sebab ketiga happy, dapat hadiah besday :) Pilih sendiri kali ni. Tak plan pon sebenarnya. Kebetulan lalu kedai tu tym nak g beli shampoo. Thanks so much to my beloved boyfie that I have another pink fossil watch with swarovski bling bling. Terlebih exaggerate plak. Amoi kedai tu cakap bukan swarovski pon. Tapi tak nak jugak terima hakikat. Power of denial. HaHa.


Sebab pilih Fossil lagi ialah semata-mata kerana kotak yang cantik. Design pon cantik. Kalau tak kerana kotak, konpem aku duk membelek tak sudah-sudah. Tips untuk membeli jam, jangan beli tali leather yang kaler cerah. Kalau tak, pas pakai 2 taun konpem kepam sampai sendiri tengok pon geli. Last-last ganti tali jam ciplak harga RM20. Berbaloi sket kalau kepam.

Dan aku hanya nak belanja die beli seluar tido kotak-kotak kat Giant. Tu pon tak boleh beli sebab bahagian baju-baju kat situ ditutup untuk renovation. Adeh...sungguh umpama langit ngan bumi der. 

Sebab keempat happy, esok malam insyaAllah boleh jumpe die lagi untuk dinner. Harap-harap takde wahyu opis turun menyuruhnya bergegas ke mana-mana. Let him rest please....Tadi dah la drive ke Lanchang semata-mata nak antar barang. So, aku suruh die bangun lewat esok. 

Haiyak! Mata sudah ngantuk woo. Badan dah menggeliat sakan. Esok nak berlingkar lama-lama jugak. Good night peep!


Compilation of short stories

Fasa 1 - dah
Fasa 2 - sedang
Fasa 3 - lambatnya lagi

Manusia tak pernah puas. Selepas melangkah ke satu fasa hidup yang baru, kita akan berasa suka dan gembira. Contohnya, dari single kepada couple. Awal-awal dulu senyum memanjang. Phone tak lepas dari tangan. Nombor kat enset Nokia pon dah lesap tinggal button je. 

Lama-kelamaan, kita mula bosan dengan fasa hidup yang sama. Sila achtung. Kita bukan bosan dengan partner kita, tapi kita rasa dah terlalu lama tiada perubahan dalam hidup. Sampai ke satu tahap, umur dah meningkat macam ni dan sekeliling dah sibuk jemput kenduri kawen, kita pon rasa macam nak jugakkkk!!

Hidup memang perlu perancangan. Tapi banyak benda yang kita tak tahu lingkungan tarikh sebenarnya. Kita rasa macam nak plan untuk 10 tahun akan datang tapi tetibe rasa banyak sangat ketidakpastian. Dalam erti kata lain (untuk situasi aku) lepas kawen baru boleh start plan kencang untuk kerjaya. Cumanya kawen pon tak tau bila. Soon kot. HeHe.

Isi penting karangan pendek ini, tak sabar nak kawen. Bukan sebab gatal. Tapi sebab aku pasti perkahwinan itu adalah lebih baik. 

_________________________________________________________________________________

Hari ini muhasabah diri. Masa awal-awal couple, rasa macam spend banyak sangat masa dengan dunia baru sampai terabaikan kawan-kawan. Sekarang atas kejakunan aku dalam bercinta, aku dah lost contact dengan kawan-kawan lama. Maybe ada yang merajuk sebab sekarang aku cuba contact, takde reply. 

Bila observe orang lain buat perkara yang sama kat kawan-kawan diorang, aku secara sukarelanya berasa terasa. Aku rasa tak patut buat macam tu. Sampai tak bertegur sapa bila jumpa. Aku terkenang diri aku dulu. Selain melepak-lepak ngan rumate dalam bilik sama ada bersembang-sembang kosong atau sambil melahap nasik bungkus abang lauk kat GMI, selain dari aktiviti ini, bila weekend je aku ghaib. 

Sebut je nasik bungkus terus aku lapar. Teringat lauk kepala sotong goreng tepung kedai tu.

Isi penting kali ini ialah hargai kawan-kawan korang. Setelah ke sana-sini aku pergi, friends kat Facebook hanyalah 167 orang. Itu pon ada yang aku tak kenal sangat. 

_________________________________________________________________________________

Masalah whitehead dan jerawat susah mati. Aku beralih kepada petua tradisional iaitu menggunakan minyak zaitun. Aku telah berpusu-pusu di Giant Bangi untuk membeli Extra Virgin Olive Oil cap Cesar 250ml berharga RM9.00.. Ini je yang paling murah. Ade olive hitam and hijau. Tapi orang cakap khasiat sama je.

Olive oil tidak busuk seperti minyak goreng ayam kat dapur tu. Bila sapu di muka, ia tidak lah meleleh sampai ke dagu. Bila pakai langsung tak rimas. Ada banyak resepi nak pakai olive oil ni. Tapi aku slumber tuang direct atas tapak tangan dan sapu kat muka. Jangan la tuang banyak-banyak. Lebih kurang 1 sudu teh je pon. 

Resepi untuk jerawat degil plak meh sini aku nak kasi. Aku google tadi.

1 sudu olive oil + 3 sudu garam

Sapu kat jerawat tu then biarkan kejap. Aku tak pernah buat tapi aku rasa texture nye akan jadi macam Skinfood Black Sugar Mask. Tapi kaler putih. Ulang setiap hari, maybe berkesan untuk kulit korang.

Setakat ni hari ke 3 aku apply petua ni, alhamdulillah menunjukkan kesan positif. Ade orang yang tak pakai product lain langsung. Tapi aku still apply ngn Dermalogica Set yang hampir 2 bulan aku pakai.

_________________________________________________________________________________

Tahun 2011 dah nak habis. Tapi aku still tak berjaya mencapai resolution untuk pemberhentian rokok encik boyfriend. Orang semua nak dia sihat. Dia je berdolak-dalih lagi :'(

Dulu pernah nak beli ubat berhenti merokok kat farmasi. Tapi makcik farmasi tu cakap kalau kita belikan tapi orang tu tak nak berhenti, tak guna jugak. Sebab even makan ubat nikotin tu pon, nafsu kena tahan. 

Tapi makcik, kalau tunggu orangnya beli sendiri, zirafah dah tumbuh belalai pon die tak beli-beli lagi. Susah betul nak hilangkan ketagihan ni. 

Isi penting seperti yang dijangka, sila berhenti merokok encik boyfriend.

_________________________________________________________________________________

Aku nak tukar misi hidup. Aku tidak mahu jadi terkenal. Tapi aku nak jadi orang kaya. HaHaHa. Dunia Malaysiawood penuh dengan kontroversi. Dunia Hollywood plak seimbang antara kontroversi dan kekayaan. Aku tak nak kontroversi. Biarlah aku pergi jejakkan kaki kat mana-mana pon, takde orang kenal aku. Untuk jejakkan kaki di mana-mana itu of course perlukan $$$$$$.

Bila ada duit banyak, orang sekeliling takkan banyak tanya. HoHoHoHo ^_^

Isi penting di sini, jangan show off melampau-lampau. Low profile itu bagus,. Diam-diam ubi berisi itu yang penting.

_________________________________________________________________________________

Dah abis dah. Terima kasih kerana sudi membaca ;)



Sila layan sampai muntah




Jangan risau. Lepas kita beramai-ramai muntah, lagu ini akan di-dispose dari blog ini.

Ceria bersama Cool Blog

Kisahnya...sebaik saje aku tiba di gerbang College of Engineering di Uniten ni setelah sebulan berguling-guling di rumah, aku nampak booth jual air sedap kaler pink. Wahaha...tiap-tiap sem ade je Uniten ni wat surprise kat student. 

Cumanya, booth tu dulu adalah rumah sampah. Maybe tak digunakan sangat. Jadi cool blog pon nak jugak menyempit kat situ. Plus die tau budak-budak swasta ni tengah hari makan nasik, petang berak keluar duit. Huh!

Dah la kaler pink!! Sangat la buat aku tempted nak usyar. Jadi lepas abis kelas pukul 6, aku pon terus benti depan die, bagi signal kiri dan tanpa cover jakun terus order cendol satu. Sedap woo....tapi hari-hari minum boleh la stakat nak kudung kaki. 

Semalam aku dah beli. Makanya hari ni tak leh la beli dah. Tapi esok boleh kot. HaHaHa. Sampai la aku abis jakun dengan booth pink tepi jalan tu. Boleh try banyak perisa. Belanja besday boy/girl sangat mudah sekarang. Stop aje kat situ. Ala..RM3.40 je pon. Ade orang nk blanje aku tak?  @_@

Ni aku sajikan gambar yang di-snap-curi oleh Photographer Aishah Haron. 


*sedang usyar bro tu buat air cendol aku yang kini hanya tinggal kenangan*


Nak tengok menu sebelum g beli pon boleh. Sampai kedai boleh berlagak macam pro. Terus order macam korang beli teh tarik kat kedai. HaHa. 


Layari website Cool Blog untuk usyar menu. Ini bukan advertorial. Ini adalah komen pelanggan yang berpuas hati ;)




Good friend

After 274 entries since 2008, I still find out that this blog doesn't fit its purpose. Maybe that is the reason for my nonproductive year of 2011. As you can see, 60 entries including this one are hardly an achievement. 

There are so many things stuck in my amygdala lymbic system that I want to spell them out. Though the number of my loyal readers can already be counted by right hand alone, it doesn't provide a platform to be all out. 

Some may suggest to write a private diary. I have one. But I quit after a while. The diary is all for myself to read, which hasn't make me a better person. I jot down everything,  anger, hopes, sorrow and happiness, just to realize that they are all unfinished business. 

Different people might find it the other way round. Second year in campus and I caught a whole mess of unpleasant emotions. You know, there are conversations that you can't have them with your other half. Or he might not understand you well and you need a third opinion. And you really want to talk about it casually. 

I used to spend time on phone with my girlfriend back in Germany. I can talk almost about everything for hours. As far as I know, she never gets tired of my unresolved conflicts and craps. But they say long distance relationship hardly works. HaHaHa. Thanks to me that Ananda Krishnan is now a billionaire.  

I'm hoping to find someone as good and warm as her, but right now next to me I only have my teddy bears. But they don't talk. Though people come to me along with their issues and hope for some advice, I still feel awkward to open up with them. Such understanding is hard to build over a short period of time. 

Fortunately, she is coming back soon. Beware beautiful creature, I am going to haunt you again. HaHa. I do try making a lot of friends, but non of them have the ability to cope with my cerebral cortex like you do. Haishh...I am unfortunate to admit that you're just one in a million ;)


This is the creature that I'm talking about. Jengket-jengket still sipi-sipi ja sampai.

As for boyfriend, you still have a very big portion of my heart. Please don't get jealous over girls talk okey? 


Jika aku hilang ingatan, sila tunjukkan certificate

Aku selalu tertanya-tanya....Orang yang hilang ingatan ni apa yang dia rasa, dia memang tak boleh ingat apa-apa kah? Ok..it might involve certain degree of amnesia. Pastu bila orang cakap dia hilang ingatan, adakah dia terima seadanya? Then bila orang introduce family and friends, adakah dia percaya bulat-bulat? Hmm...Maybe perasaannya sama seolah-olah kita bangun pagi di katil hospital, pastu tengok keliling semuanya strangers yang kita tak pernah jumpa. Maybe macam tu kot. 

Kalau tengok drama, orang-orang sekeliling pesakit hilang ingatan ni cenderung untuk cipta memori baru, which is very unfair to certain people. Contohnya family tak suka seorang mamat ni. So diorang akan cerita yang mamat tu jahat and so on. Padahal mamat tu boyfriend cinta nak mati punya sama dia. Adeh...

Hmm...kalau lah kita boleh memilih ingatan mana yang nak kekal, and yang mana nak lupa. Tapi bila pikir-pikir balik, tak banyak benda pon yang kita sanggup lupa. Or even kita tak sanggup nak lupakan apa-apa langsung. 

Kita selalu rasa hidup ni banyak benda yang tak lengkap. Banyak pengalaman pahit. Tapi kita tak sanggup nak lupakan semua tu. Sebab itu bukan cara untuk teruskan hidup. Benda dah jadi memang tak boleh diubah. Kita just boleh move on and adapt dengan semua situasi tu. We need mistakes so that we could learn, right?

Kalau aku terhentak kepala di kaki lima dan hilang ingatan, then tetiba Mr. D cakap 

"Hai..saya boyfriend awak. Dah nak 5 tahun kita kapel." 

Aku harap lepas tengok atas bawah atas bawah sepuloh kali, aku akan percaya. Please la percaya. Tak kesah la nak kena develop balik sayang tu kot mana skali pon. Sebab sekarang ni tak bleh bayang hidup tanpa dia. HaHa. Jiwang. Tapi betul la kan..dalam drama pon merana abis-abisan lah orang yang dilupakan tu. Tamau. Tamau. 

Namun, kemungkinan untuk tragedi ini terjadi kepada kita adalah bukan sifar. Jadi sebagai persediaan, aku ingin menghadiahkan Anugerah Boyfriend Terbaik kepada Mr. D supaya tak ada sesiapa pon boleh kelentong aku nanti. Terimalah...jeng..jeng..jeng..


Not to forget for all my best friends...here is my gratitude ;) Cantik tak? Suke?? 





Kisah Dongeng

Rasa macam dah lama meninggalkan blog ini tanpa update. Sebabnya sekarang tengah cuti. So tak banyak kisah pon yang jadi. Hmm...jadi ape plak aku nak merepek kali ni?

Ok lah. Disebabkan aku mood puasa ganti + puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini, aku nak diskas pasal isu rapat-rapat ade niat. Isu ini bukan lucah ye kengkawan. Sila putihkan kembali otak itu. Disebabkan aku tengah berpuasa, jadi terhindarlah segala kancah itu daripada ku. HaHaHa.

Back to the topic. Ade pelbagai cara untuk satu percintaan itu bermula. Ehem...Betulkan tempat duduk. Jangan duduk senget-senget. Pastikan bila korang kentut, arah angin tepat 90 darjah ke dalam tilam. 

Salah satu cara percintaan bermula adalah dengan rapat-rapatkan diri dengan orang yang rapat dengan makhluk yang korang nak usyar. Tujuannya of course adalah untuk menggali segala maklumat secara easy, express and solid. 

Kalau nak tanya kat makhluk tu sendiri, seploh tahun pon tak berjawab. Plus nak eksyen kekunon well prepared lah. Besday mesti kene tau der. Fail la kalau itu pon fail. HaHa. 

Perkara penting yang mesti ditanya:

Makhluk itu dah berpunya ke belum?
Die ade suke sesaper ke?

Kalau jawab takde, berjela-jela plak soklan budak ni nanti.
Kalau jawab ade, silap-silap kene buat buku biografi.



Serba-salah.

Hidup mesti diteruskan! Atas dasar kesian, layan je laaaaa....

Selepas korang dah dapat info trafik seperti yang dikehendaki, korang pon menyepi tanpa memberi salam terakhir. Giler kentang ayat. Nak dramatis lagi? Korang pon kemudian BLAH tanpa Short Message Service lagi. 

Sebenarnya, aku TIDAK SETUJU dengan kaedah menjawab peperiksaan ini atas beberapa alasan munasabah:
Korang sepatutnya berkawan dengan ikhlas. Istilah friends with benefits tidak boleh diaplikasi dalam hal ini. Pada aku istilah tu sendiri bukan bermaksud mengambil kesempatan kat orang. Dah la amik kesempatan, tak ucap terima kasih plak tu. Sila lah ucap, "Terima kasih la...Susah-susah je bagi aku guling-gulingkan kau."
Even kalau tak dapat dielakkan yang korang memang nak mengambil kesempatan, korang tak sepatutnya show off sangat. Kamon la....orang-orang itu tidak bodoh untuk merasa cool dengan situasi itu. Contohnya, korang bias dalam segala hal. AFUNDI MAKHLUK ITU. Padahal tak dapat lagi der.. Dah dapat lain citer la.
Ceh! Cakap tadi beberapa alasan. Ade dua ketul je ni. Ok la daripada takde kan. The point is, don't try this at home. Tak suka arr..Menci tau! Kan lebih baik kalau dielakkan membina hubungan kasih sayang atas penderitaan orang lain. Walaupon takde la menderita sangat dalam kes ni, cuma hati terluka jiwa meronta saja. Teringat plak lagu Billy Zulkarnain. 


Jadi kengkawan sekalian, zaman sekarang manusia sungguh kreatif. Maka ciptalah permulaan percintaan yang lebih baik dan dramatis. Berpura-pura salah nombor telefon adalah lebih baik dan lebih macho. HuHuHu. 


Yeah!! Hidup Mr. D :)