Aku selalu tertanya-tanya....Orang yang hilang ingatan ni apa yang dia rasa, dia memang tak boleh ingat apa-apa kah? Ok..it might involve certain degree of amnesia. Pastu bila orang cakap dia hilang ingatan, adakah dia terima seadanya? Then bila orang introduce family and friends, adakah dia percaya bulat-bulat? Hmm...Maybe perasaannya sama seolah-olah kita bangun pagi di katil hospital, pastu tengok keliling semuanya strangers yang kita tak pernah jumpa. Maybe macam tu kot.
Kalau tengok drama, orang-orang sekeliling pesakit hilang ingatan ni cenderung untuk cipta memori baru, which is very unfair to certain people. Contohnya family tak suka seorang mamat ni. So diorang akan cerita yang mamat tu jahat and so on. Padahal mamat tu boyfriend cinta nak mati punya sama dia. Adeh...
Hmm...kalau lah kita boleh memilih ingatan mana yang nak kekal, and yang mana nak lupa. Tapi bila pikir-pikir balik, tak banyak benda pon yang kita sanggup lupa. Or even kita tak sanggup nak lupakan apa-apa langsung.
Kita selalu rasa hidup ni banyak benda yang tak lengkap. Banyak pengalaman pahit. Tapi kita tak sanggup nak lupakan semua tu. Sebab itu bukan cara untuk teruskan hidup. Benda dah jadi memang tak boleh diubah. Kita just boleh move on and adapt dengan semua situasi tu. We need mistakes so that we could learn, right?
Kalau aku terhentak kepala di kaki lima dan hilang ingatan, then tetiba Mr. D cakap
"Hai..saya boyfriend awak. Dah nak 5 tahun kita kapel."
Aku harap lepas tengok atas bawah atas bawah sepuloh kali, aku akan percaya. Please la percaya. Tak kesah la nak kena develop balik sayang tu kot mana skali pon. Sebab sekarang ni tak bleh bayang hidup tanpa dia. HaHa. Jiwang. Tapi betul la kan..dalam drama pon merana abis-abisan lah orang yang dilupakan tu. Tamau. Tamau.
Namun, kemungkinan untuk tragedi ini terjadi kepada kita adalah bukan sifar. Jadi sebagai persediaan, aku ingin menghadiahkan Anugerah Boyfriend Terbaik kepada Mr. D supaya tak ada sesiapa pon boleh kelentong aku nanti. Terimalah...jeng..jeng..jeng..
Not to forget for all my best friends...here is my gratitude ;) Cantik tak? Suke??
4 comments:
Mekasih..
Papepun,kena blajar hidup tanpa den jugak..den mati nanti senang..baru la tenang..
Mne awak tau awak mati dulu? Baiklah. Mulai saat ini saya akan menjadi seorang yang lebih independent.
hai..sebut pasal hilang ingatan hati ni tersentuh kerana saya sedang mengalaminya, bukan saya yg hilang ingatan tapi tunang saya. kami bercinta pun da lama,7thn..n bercadang akan berkahwin pada bln 10 ini. tp sapa saya utk menolak takdir. kami hanya mampu merancang.Allah yg menentukan.:((
ouh..tak dapat nk bayangkan situasi tu kalau betul2 terjadi kat diri sendiri. harap2 your fiancee akan cepat sembuh. best wishes for you...
Post a Comment