Fasa 1 - dah
Fasa 2 - sedang
Fasa 3 - lambatnya lagi
Manusia tak pernah puas. Selepas melangkah ke satu fasa hidup yang baru, kita akan berasa suka dan gembira. Contohnya, dari single kepada couple. Awal-awal dulu senyum memanjang. Phone tak lepas dari tangan. Nombor kat enset Nokia pon dah lesap tinggal button je.
Lama-kelamaan, kita mula bosan dengan fasa hidup yang sama. Sila achtung. Kita bukan bosan dengan partner kita, tapi kita rasa dah terlalu lama tiada perubahan dalam hidup. Sampai ke satu tahap, umur dah meningkat macam ni dan sekeliling dah sibuk jemput kenduri kawen, kita pon rasa macam nak jugakkkk!!
Hidup memang perlu perancangan. Tapi banyak benda yang kita tak tahu lingkungan tarikh sebenarnya. Kita rasa macam nak plan untuk 10 tahun akan datang tapi tetibe rasa banyak sangat ketidakpastian. Dalam erti kata lain (untuk situasi aku) lepas kawen baru boleh start plan kencang untuk kerjaya. Cumanya kawen pon tak tau bila. Soon kot. HeHe.
Isi penting karangan pendek ini, tak sabar nak kawen. Bukan sebab gatal. Tapi sebab aku pasti perkahwinan itu adalah lebih baik.
_________________________________________________________________________________
Hari ini muhasabah diri. Masa awal-awal couple, rasa macam spend banyak sangat masa dengan dunia baru sampai terabaikan kawan-kawan. Sekarang atas kejakunan aku dalam bercinta, aku dah lost contact dengan kawan-kawan lama. Maybe ada yang merajuk sebab sekarang aku cuba contact, takde reply.
Bila observe orang lain buat perkara yang sama kat kawan-kawan diorang, aku secara sukarelanya berasa terasa. Aku rasa tak patut buat macam tu. Sampai tak bertegur sapa bila jumpa. Aku terkenang diri aku dulu. Selain melepak-lepak ngan rumate dalam bilik sama ada bersembang-sembang kosong atau sambil melahap nasik bungkus abang lauk kat GMI, selain dari aktiviti ini, bila weekend je aku ghaib.
Sebut je nasik bungkus terus aku lapar. Teringat lauk kepala sotong goreng tepung kedai tu.
Isi penting kali ini ialah hargai kawan-kawan korang. Setelah ke sana-sini aku pergi, friends kat Facebook hanyalah 167 orang. Itu pon ada yang aku tak kenal sangat.
_________________________________________________________________________________
Masalah whitehead dan jerawat susah mati. Aku beralih kepada petua tradisional iaitu menggunakan minyak zaitun. Aku telah berpusu-pusu di Giant Bangi untuk membeli Extra Virgin Olive Oil cap Cesar 250ml berharga RM9.00.. Ini je yang paling murah. Ade olive hitam and hijau. Tapi orang cakap khasiat sama je.
Olive oil tidak busuk seperti minyak goreng ayam kat dapur tu. Bila sapu di muka, ia tidak lah meleleh sampai ke dagu. Bila pakai langsung tak rimas. Ada banyak resepi nak pakai olive oil ni. Tapi aku slumber tuang direct atas tapak tangan dan sapu kat muka. Jangan la tuang banyak-banyak. Lebih kurang 1 sudu teh je pon.
Resepi untuk jerawat degil plak meh sini aku nak kasi. Aku google tadi.
1 sudu olive oil + 3 sudu garam
Sapu kat jerawat tu then biarkan kejap. Aku tak pernah buat tapi aku rasa texture nye akan jadi macam Skinfood Black Sugar Mask. Tapi kaler putih. Ulang setiap hari, maybe berkesan untuk kulit korang.
Setakat ni hari ke 3 aku apply petua ni, alhamdulillah menunjukkan kesan positif. Ade orang yang tak pakai product lain langsung. Tapi aku still apply ngn Dermalogica Set yang hampir 2 bulan aku pakai.
_________________________________________________________________________________
Tahun 2011 dah nak habis. Tapi aku still tak berjaya mencapai resolution untuk pemberhentian rokok encik boyfriend. Orang semua nak dia sihat. Dia je berdolak-dalih lagi :'(
Dulu pernah nak beli ubat berhenti merokok kat farmasi. Tapi makcik farmasi tu cakap kalau kita belikan tapi orang tu tak nak berhenti, tak guna jugak. Sebab even makan ubat nikotin tu pon, nafsu kena tahan.
Tapi makcik, kalau tunggu orangnya beli sendiri, zirafah dah tumbuh belalai pon die tak beli-beli lagi. Susah betul nak hilangkan ketagihan ni.
Isi penting seperti yang dijangka, sila berhenti merokok encik boyfriend.
_________________________________________________________________________________
Aku nak tukar misi hidup. Aku tidak mahu jadi terkenal. Tapi aku nak jadi orang kaya. HaHaHa. Dunia Malaysiawood penuh dengan kontroversi. Dunia Hollywood plak seimbang antara kontroversi dan kekayaan. Aku tak nak kontroversi. Biarlah aku pergi jejakkan kaki kat mana-mana pon, takde orang kenal aku. Untuk jejakkan kaki di mana-mana itu of course perlukan $$$$$$.
Bila ada duit banyak, orang sekeliling takkan banyak tanya. HoHoHoHo ^_^
Isi penting di sini, jangan show off melampau-lampau. Low profile itu bagus,. Diam-diam ubi berisi itu yang penting.
_________________________________________________________________________________
Dah abis dah. Terima kasih kerana sudi membaca ;)
4 comments:
duit banyak orang tahu nnt jd macam arwah susilawati plak. payah. relax tak payah rumah istana pakai kereta nasional sudeyh.
rumah tak mau istana..nak 2 tingkat setengah kat perumahan mewah dah la. haha. kereta nasional bwk g pasar borong. nak balik perlis kena upgrade ckt la. hehehe.
Rumah biasa2 sudah..janji ada tmpt berteduh n tido ..xyh membebankan diri dgn hutang..
Kawan kalo ada beribu2 tp x mampu mengubah kita kepada yg lebih baik buat apa..lebih baik kwn sorang tp mampu mengubah kita pada seribu kebaikan..papepun, berkawan la selagi mampu..
pasal zirafah tu,kita sama2 doakan agar beliau mempunyai belalai yg kacak..doakan jugak agar zirafah tu mempunyai belalai berwarna pink agar kelihatan lebey comey..hehe..
alahai cik abang, nk jugak umah besar yang boleh golek2 dari atas smpai bawah.
komen kedua, macam la b tu berkawan ngn yang mampu mengubah b kepada yang lebih baik. ajak merokok skali ade la. huh! banyak bunyi plak die.
zirafah kat brunei dah ade belalai pink dh pon. habuk pon tarak!
grrrrrr >..<
Post a Comment