Kacau ke tak? Selalunya ya, kadang-kadang tak.

Perjanjian. Dulu pernah sign satu perjanjian dengan best friend bahawasanya kami tidak akan pegi ke mana-mana bersama-sama melainkan kedua-duanya mengheret boyfriend masing-masing untuk join sekali atau kedua-dua mereka dipinggirkan di sudut dapur rumah. That is the deal. Kerana kami memang makhluk kuat dengki. HaHa. Kalau kitorang yang lonely time tu, then pegi plak trip ngan kapel memana, mesti setan hasut bagi dengki tak bertempat. Macam lawak plak bila kami membincangkan our true faces that time. Heqh Heqh Heqh.

Instead of pikir pasal diri sendiri, kitorang patut pikir takut kacau daun ke hape kan? Ini tak...gila selfish. Tapi kan...sekarang ni aku memang dah ada split personality la. Kadang-kadang kisah bila orang kacau daun, kadang-kadang tak kisah. Tapi...wah....asik tapi je aku ni. Tapi, kalau aku memang ajak ikut tu, memang aku tak kisah. The more the merrier. Tapi, kalau aku takde sipi-sipi pon nak ajak tu, jangan la nak ikut. HaHa. Ada benda yang kita nak privacy kan? Tapi setakat ni, orang sekeliling paham dan tau bila masa boleh menyibuk. Maknanya diorang alert. Bagus!

Dah lah. Esok nak bangun awal sebab nak pegi petik strawberry dengan boyfriend dan ousmet. Excitednyerrrrr!!!!! Ouh...tapi lepas tu excited plak nak tengok Titanic 3D. First time tengok kat umah sepupu. Die pasangkan video tape Titanic tu saja bagi budak hingusan ni layan. Lepas tu bila parents ajak pegi umah dia je aku mesti excited dengan harapan dia akan pasang lagi tape Titanic tu. Tapi tak dapat la der.....siaran ulangan berbayar!



Aku tak paham

Ada dua benda yang aku tak paham sampai sekarang.

1. Kenapa kebanyakan orang target nak jadi government servant?
Mungkin aku masih tak nampak benefits jadi government servant ni. Sebab tu even sampai sekarang aku hanya target nak keje kat company swasta je. Sebab salary lagi tinggi. Aku nak jadi engineer yang bergaji tinggi. Mata duitan. Memang pon. Haha. Orang cakap keje kerajaan ada pencen. Fine. Dah tua-tua memang la dah dhaif sangat nak bekerja. Tapi aku rasa muda-muda ni lagi banyak aku nak pakai duit. Nak bagi kat mak ayah, nak bayar loan belajar, nak stabilkan family dan anak-anak and so on...Dah tua-tua nanti anak-anak aku la pulak bagi makan dan pakai kat aku. Ye tak? Family aku pon makin senang bila papa dah aktif dalam bisnes. Aku rasa salary government servant ni cukup-cukup makan je. Sebab belanja sekolah aku masa kecik-kecik memang cukup-cukup makan jugak. So ada kaitan kan? Kalau salary takat cukup-cukup makan, abis yang lain-lain tu tak cukup macam mana? I just don't get it. Tak pe la...maybe dah keje baru paham. Sekarang ni target aku nak grad, nak keje kat stabilized company then nak dapatkan title Ir. Aku belajar untuk menjadi jurutera, aku mesti jadi jurutera. Mesti!

2. Kenapa kebanyakan orang pandang doktor tu lagi suci murni dari profession lain?
Ni pon aku tak paham. Lecturer aku cakap doctors create problems. Engineers solve problems. Mau tak nye, kaki die sakit tapi sampai sekarang doktor tak dapat treat kaki die. Maybe duit dah beribu habis la kot. Well, doktor dikenali sebagai life saviours. Abis engineer yang siang malam tak tido pikir properties yang sesuai untuk buat jambatan tu ape kes? Engineers berusaha untuk mengelakkan kemalangan. Dah kemalangan baru la pegi kat doktor ye tak? Kalau seribu orang guna jambatan tu sehari, maka seribu nyawa jugak lah menjadi tanggungjawab engineers. But still ajal maut di tangan Tuhan. But the point is, sebelum pegi kat doktor, engineers dulu yang kena deal dengan benda-benda yang membahayakan nyawa ni. Then why every credit must go to the doctors? No offense. But since I was a child, my mum kept telling me to be a doctor. Until I got an A2 in Biology, then I was able to choose my preferable field. I am a soon-to-be engineer. Engineering  subjects are indeed as tough as those medical subjects. So people, don't be mean and lie to your child that doctors are the only noble people in the universe.


So itu sahaja yang aku tak paham setakat ni. No offense guys =)



Picnic at Bagan Lalang Beach

Rasanya dah lama pegi picnic. So Sabtu kelmarin aku ajak Mr. D picnic di Pantai Bagan Lalang kat Sepang Goldcoast. Dekat je dari tempat adik aku belajar dulu. Ntah die tau ke tak ade pantai belakang tu. Anyway, the picnic was awesome!

Kitorang gerak ikut highway sebab nak cargas sket. Kalau ikut jalan lama, belok sana-sini. Exit Nilai pastu ikut je jalan macam nak pegi LCCT. Tapi bila dah nampak signboard Bagan Lalang tu follow je. Perjalanan ambik masa 45 minit kot. Lebih kurang la...kalau Mr. D bawak memang kalau ikutkan hati die, palang Smart Tag tu pon die nak patahkan. Aku yang duk sebelah ni dah ayopa ayoma dah. Haishh...Bajet hardcore letew.

Sampai je lepas parking kete, terus cari spot menarik nak bentang tikar. Berbeza dengan pantai lain, kat situ jenuh nak pilih kat mana nak duduk. Pantainya tak crowded dan masih terpelihara. Surrounding pon cantik. Orang ramai yang datang picnic pon tak tinggal sampah-sarap diorang bila dah nak balik. Even lepak tepi tong sampah pon, tak bau busuk. 

So sekarang malas nak cerita banyak, layankan aje gambar-gambar ni. Tujuan aku letak banyak gambar kali ni adalah sebab saja-saja. HaHa.


 Dah siap setup! Tinggal nak telan sajaaaaa.



Sardine Roll sedap. Buat banyak...sampai kat pantai tinggal tiga je. 


I promise him to make this. So, here it is. Chicken Cordon Bleu =)


Bila dah dibelah dua, so ini lah view kat dalam balutan ayam tu. Tapi dia dah sejuk jadi tak dapat la tengok cheese tu meleleh-leleh.


Sumi dan susu. Aku pon tak tau la nak panggil apa benda ni. Teringin nak makan agar-agar ngan kuah susu tu. Tapi peti ais pon besar baldi je. Sumi pon jadi lah. HaHa.


Spegheti Bolongnese yang simple tapi sedap la jugakkk..



Biskut roti dan gula dan butter. Itu lah nama yang diberi kepada biskut ini.

Tak caye tengok Mr. D makan. Katanya perut dah kenyang, tapi balun sampai habis jugak. HoHoHo. 


Penggambaran filem Ibu Mertuaku. Jangan macam-macam ye...




Thanks but I have to say NO. Huh! Muka bulat bam-bam. 


So lepas ni adalah sesi cam whoring di tepi pantai. Masing-masing posing tak mau kalah. Layankan gambar photoshoot sampai muntah. Kalau tak cukup cakap. Banyak lagi tak hupload. HaHa. Dapat DSLR Ecah memang tak berhenti la shutter nye. HoHoHo =)























































Ok...dah babai kat pokok, dah boleh balikkkkkk.....Best! 

A different world between us two

Lovers are best friends. They share the same small room of thought and see the same things through the small window. After years and years, one needs to move on and you really don't have a choice to wait for others. It's like you have a boyfriend that already serves for the people while you're still stuck with tests, quizzes and assignments, serving no one else but yourself. 


Although you're running at your best speed, but still your pace is extremely slow. All you wish is to wake up tomorrow with a degree in your hand. But you realize that although you're using the highway, speeding at 180km/hr, there's still a long way to go. If you think you can manipulate the time, no, you don't have that kind of luxury. 

By time, you realize that now you're living in the small room alone. And you can see the friend walking on the road outside through the same small window. You feel that you're left behind. Different views, different principals and different needs. You think that he has changed. He's not the person once you fell in love with. He is now a man with countless commitments. And you feel that you're isolated. 



When you're excited that finally he seems to have a free time for both of you, he doesn't think so. When you ask him for a date, he is afraid to make a promise. When you think the two of you can meet after work, all he has in mind is home. When you have something in mind for weekend, he sounds not so comfortable with it. He says that he needs to rest. He says that he's going to do the laundry. He says that staying home can save up some money for the big day. Or he simply says that he's not available this weekend.


Whatever he tells you, it hurts you. When you ask, it hurts you more. It's pointless. You do what you don't want to do to suit him. And you know he's also trying. In the end, it hurts both of you. Living in a separate world is hard. There's nothing you can do about this. It's getting harder and more difficult. 

Although your brain can understand the situation, your heart just doesn't want to surrender to it. Who says the brain can control the heart? The heart wants what it wants. You are struggling so much until you feel that he doesn't treat you right, that you are taken for granted and you want your rights. All this while, you pretended to be OK with it. 

But sometimes, you're not really sure whether you have treat him well or not. You wonder what he's thinking and does he try his best to keep the sparks in the relationship. What if he really use all his strength left just to take you to dinner? When the brain finally takes over the heart, you realize that the answer has already been there. It's always give and take. 

This is the greatest law, better than what Sir Isaac Newton has taught us. 


Sebaik-baik menjalin hubungan adalah pernikahan

Seronok tengok satu couple kat Uniten. Kedua-duanya still berstatus student. But they manage to have a good married life and I envy them. Tapi situasi ni jarang kita jumpa sebab masyarakat tak favour settle down masa belajar. Selalu student yang nak kahwin ni dilabelkan gedik dan gatal. Why?

Lepas hampir enam tahun, rasa macam dah takda perkara yang aku nak melainkan ijab dan kabul. Tapi terpaksa tunggu sebab tak habis belajar lagi. Orang lain risaukan komitmen seorang student akan terjejas selepas berkahwin. True. Tapi takda la sampai give up study kan. Plus, sekarang dah banyak cara untuk family planning. 

Logik tak untuk aku ada feeling macam ni? Penantian itu satu penyeksaan. Aku bukan pressure sebab kawan-kawan dah ramai kahwin. Kalau diorang tak kahwin lagi pon, instinct aku memang dah ada. Baru-baru kapel boleh la pegi shopping complex tengok movie bagai. Or pegi berkelah kat sungai. Or pegi themepark. 

Sekarang, dah tak layan dah semua tu. Muntah darah la kalau tiap-tiap minggu nak buat. Kan best kalau weekend boleh masak sesama, tengok tv sesama, kemas rumah sesama and so on. Aku rasa aku tak gelojoh pon. Dah cukup rasanya masa untuk mengenal hati budi. We understand each other so much.

Pressure yang paling besar sekarang ialah nak habiskan belajar ni. Masa study, ada masanya kita rasa down. And that's when we need to talk. In my situation, I just can afford a phone call to him. I wish he can hug me when I crumple the notes and throw them into the bin. 

At least I have two more years to complete my study. But I think, for this two years, it is better to have someone walking along with me and that someone is called a husband. Orang cakap student tak mampu lagi nak berkahwin. Nanti timbul banyak masalah. Tapi kenapa orang tak yakin pada janji Allah bahawa sebaik-baik menjalin hubungan adalah pernikahan?

“Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id)


Kerana orang hanya menggunakan logik akal untuk berfikir. Student tak kerja, jadi takda duit nak tampung hidup. Tapi sebenarnya isu ini dah lama ada jawapannya.



“Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah : a. Orang yang berjihad / berperang di jalan Allah. b. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. c. Pemuda / i yang menikah karena mau menjauhkan dirinya dari yang haram” (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)

Ada yang lepas abis ijazah, nak sambung master. Lepas tu PhD. Lama-lama dah rasa boleh hidup sendiri, tak nak pikir soal kahwin. Tahukah anda bahawa:


“Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah” (HR. Bukhari)
“Diantara kamu semua yang paling buruk adalah yang hidup membujang, dan kematian kamu semua yang paling hina adalah kematian orang yang memilih hidup membujang” (HR. Abu Ya¡Â¦la dan Thabrani)



Tapi aku harap aku tak macam tu. 


Namun ya Allah, aku harap Engkau panjangkanlah umur kami berdua agar sempat hidup bersama. Jadikanlah aku sebaik-baik wanita untuknya dan dia sebaik-baik lelaki untuk aku. 

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)

Amin.




Suka Cari Gaduh


Lepas kelas tutorial modeling tadi dalam jadual ada gap sejam. Aku ngan member sejawatan pon decide nak sun-bathing kat coe cafe. Aku yang haus mcm ikan paus ni etrus rembat fanta orang dalam tin dengan harapan boleh la isi dua atau tiga cycle gelas tinggi berisi ais tu. Mahal-mahal beli, cukup-cukup segelas je dapat. Ceh.

Lepas dah cukup 50 minit lepak, kitorang pon gerak ke bangunan BN a.k.a bangunan pensyarah. Tp tingkat atas skali tu ade lot kelas. Sampai je kt pintu BN.....

Mak guard: Adik2...tak boleh masuk sebab pkai slipper. Kasut ngn sandal je boleh.

Aku:Tapi saya ada kelas..takkan nak ponteng.

Mak guard: Tak boleh dik. Kasut ngan sandal je boleh.

Rasa dah macam menghalang laluan, aku ke belakang sket. Tetibe terpandang kat kertas yang ditampal kat pintu. Die tulis student must wear id card yada-yada. Itu aje!

Aku: Tapi makcik, saya pakai id.

Makcik: Awak student. Patut awak pakai proper la.

Sejak bile plak student swasta kene proper sangat nih? Abis rambut kaler hijau biru purple tu makcik boleh plak lepas.

Aku: Abis tu saya kena ponteng kelas ke?

Makcik tu dah tak tau nk jawab ape. Dah abis skrip kot.

Aku: Saya kne ponteng kelas ke? Attendence sy mesti 80 percent tau.

Tetibe ade suara lain menyampuk.

Pak guard: Tak pe lah. Pegi tulis kat buku. Lain kali pakai kasut.

Aku: Itu la...Saya tak pernah kena tegur. Ni baru tau.

Mak guard: Lain kali pakai kasut ke dik. Kitorang dah kena marah teruk dah.

Aku: Ok...saya pon baru tau.

Tulis particulars kat buku, jujur plak tu. Then blah tunggu lift.

Hmm...penat dah mood naik angin sket-sket. Tapi korang rase aku biadap ke? Aku rase aku tegas je. Suara aku tak naik, tapi tak turun. Mak guard tu tak naik suara, jadi suppose die tak anggap aku kurang ajar la sangat kan. Kan?

Sebenarnye ni bukan kali pertama aku buat hal. Kat mph dulu masa nk belasah pakai voucher adik aku. Memang la tak boleh pakai voucher org, tapi.......baca conversation ni plak.

Casher mph: Cik dah verify voucher?

Aku: belum. Kt mana ek?

Cashier mph: Tu kt meja depan tu.

Aku pon blah pegi tempat yang die tunjuk pakai muncung mulut je tu.

Tukang cop: Eh, nama awak yang mana satu?

Aku: Saya yg noor hafizah ni.
  
Tukang cop: Abis ni sape punye?

Aku: Adik saya.

Tukang cop: Adik mne?

Aku: Die tak dtg.

Tukang cop: Suruh die datang baru boleh guna voucher ni.

Aku: Owh ek.....

Kecewa. Aku pon keluar line dengan hampa. Adik aku yangg sorangg lagi tanya camne nk buat. Bakul dah penuh la lepas sejam isi. 

Tak boleh jadi ni. Kali ni kena cari gaduh jugak. Bukan kena masuk lokap pon.

Aku: Miss, adik saya tak boleh datang. 

Tukang cop: Tak boleh. Polisi kita tuan voucher mesti datang.

Aku: Die kat india. Die nak blik pun bulan 8 nanti. Jadi mcm mana die nak pakai voucher ni. Of course la die wakilkan saya kan. So that maybe saya boleh pos barang-barang ni ke India. This voucher shud be user friendly kAn. Abis takkan nak adik saya fly balik within this short time?

Tukang cop tetibe tutup kedua-dua telinga die ngan tangan. Aku tak de la jerit-jerit. Nada tegas je.

Tukang cop: Kak Su! (bkn nama sebenar) sini jap.

Aku pon sembang plak ngan kak su tu. Supervisor kot. Then die cakap, boleh je untuk kes-kes gini. Just bagi copy ic adik aku then leave my details at the back. Die verified ic aku. Binti of course la sama. Alamat pon sama. So setel. Siap aku karang reason lagi kat bwh tu.

Aku: Kiranya bleh la pakai kalau kes cmni. Kalau saya tak argue tadi, sia-sia je.

Kak Su: Boleh...untuk kes-kes macam ni lah. Tuan die belajar luar tak boleh balik before end of march ni.

Setel kes, terus bayar dengan puas hati nya. Mission was a great success.

Pengajaran yang aku dapat kat mph ni ialah kita selalunya memang sorrang-sorang. We just have ourselves to depend on. Kalau kita just give up awal-awal tu, balik mesti menyesal.

Dulu, disebabkan aku tak tegas la aku hilang the only chance utk amik beg aku yang tertinggal kat bawah seat dalam flight tu. Bila papa cakap, kalau benda tu jadi kat die, die akan desak security untuk allow naik blik atas flight, maybe kes tu dapat priority attention dari pihak airport. Tapi dah pasrah je awal-awal....hilang 2000euro bai......

Ok. Dah touching. Bye bye.  



Buku Merah

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh......


Adik manis: Awak...pernah dengar tak lagu Bawaku Pergi? Suka lagu tu.

Encik kacak: Lagu lirik ntah pape tu? Ntah pape je lagu tu.

Adik manis: Asal plak ngan lirik die? Ok je.

Encik kacak: Yela...buku merah ntah pape.

Adik manis: Buku merah tu passport la. Ok je dengar.

Encik kacak: Asal die tak letak passport je? 

Adik manis: Die nak empat suku kata. Camne nak letak passport. Lagi pon tak sedap lah passport.

Encik kacak: Letak je la passport buat kat imegresen ke.

Adik manis: Huh?? Lagi la tak puitis.


Ada ke patut? Tak patut kan? Lirik 'buku merah' tu nak gantikan dengan 'passport buat kat imegresen'? Fail la awak. Saya tahu awak ada seni melukis komik. Tapi tidak dalam seni-seni lain ye. 

Betul la teori aku. Falling in love is due to similarity, understanding each other and so on. But continue loving each other is just because we are willing to tolerate.