Seronok tengok satu couple kat Uniten. Kedua-duanya still berstatus student. But they manage to have a good married life and I envy them. Tapi situasi ni jarang kita jumpa sebab masyarakat tak favour settle down masa belajar. Selalu student yang nak kahwin ni dilabelkan gedik dan gatal. Why?
Lepas hampir enam tahun, rasa macam dah takda perkara yang aku nak melainkan ijab dan kabul. Tapi terpaksa tunggu sebab tak habis belajar lagi. Orang lain risaukan komitmen seorang student akan terjejas selepas berkahwin. True. Tapi takda la sampai give up study kan. Plus, sekarang dah banyak cara untuk family planning.
Logik tak untuk aku ada feeling macam ni? Penantian itu satu penyeksaan. Aku bukan pressure sebab kawan-kawan dah ramai kahwin. Kalau diorang tak kahwin lagi pon, instinct aku memang dah ada. Baru-baru kapel boleh la pegi shopping complex tengok movie bagai. Or pegi berkelah kat sungai. Or pegi themepark.
Sekarang, dah tak layan dah semua tu. Muntah darah la kalau tiap-tiap minggu nak buat. Kan best kalau weekend boleh masak sesama, tengok tv sesama, kemas rumah sesama and so on. Aku rasa aku tak gelojoh pon. Dah cukup rasanya masa untuk mengenal hati budi. We understand each other so much.
Pressure yang paling besar sekarang ialah nak habiskan belajar ni. Masa study, ada masanya kita rasa down. And that's when we need to talk. In my situation, I just can afford a phone call to him. I wish he can hug me when I crumple the notes and throw them into the bin.
At least I have two more years to complete my study. But I think, for this two years, it is better to have someone walking along with me and that someone is called a husband. Orang cakap student tak mampu lagi nak berkahwin. Nanti timbul banyak masalah. Tapi kenapa orang tak yakin pada janji Allah bahawa sebaik-baik menjalin hubungan adalah pernikahan?
“Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id)
Kerana orang hanya menggunakan logik akal untuk berfikir. Student tak kerja, jadi takda duit nak tampung hidup. Tapi sebenarnya isu ini dah lama ada jawapannya.
“Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah : a. Orang yang berjihad / berperang di jalan Allah. b. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. c. Pemuda / i yang menikah karena mau menjauhkan dirinya dari yang haram” (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)
Ada yang lepas abis ijazah, nak sambung master. Lepas tu PhD. Lama-lama dah rasa boleh hidup sendiri, tak nak pikir soal kahwin. Tahukah anda bahawa:
“Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah” (HR. Bukhari)
“Diantara kamu semua yang paling buruk adalah yang hidup membujang, dan kematian kamu semua yang paling hina adalah kematian orang yang memilih hidup membujang” (HR. Abu Ya¡¦la dan Thabrani)
Tapi aku harap aku tak macam tu.
Namun ya Allah, aku harap Engkau panjangkanlah umur kami berdua agar sempat hidup bersama. Jadikanlah aku sebaik-baik wanita untuknya dan dia sebaik-baik lelaki untuk aku.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)
Amin.
2 comments:
(^_^)
kursus kahwin dulu jom! =)
Post a Comment