Suka Cari Gaduh


Lepas kelas tutorial modeling tadi dalam jadual ada gap sejam. Aku ngan member sejawatan pon decide nak sun-bathing kat coe cafe. Aku yang haus mcm ikan paus ni etrus rembat fanta orang dalam tin dengan harapan boleh la isi dua atau tiga cycle gelas tinggi berisi ais tu. Mahal-mahal beli, cukup-cukup segelas je dapat. Ceh.

Lepas dah cukup 50 minit lepak, kitorang pon gerak ke bangunan BN a.k.a bangunan pensyarah. Tp tingkat atas skali tu ade lot kelas. Sampai je kt pintu BN.....

Mak guard: Adik2...tak boleh masuk sebab pkai slipper. Kasut ngn sandal je boleh.

Aku:Tapi saya ada kelas..takkan nak ponteng.

Mak guard: Tak boleh dik. Kasut ngan sandal je boleh.

Rasa dah macam menghalang laluan, aku ke belakang sket. Tetibe terpandang kat kertas yang ditampal kat pintu. Die tulis student must wear id card yada-yada. Itu aje!

Aku: Tapi makcik, saya pakai id.

Makcik: Awak student. Patut awak pakai proper la.

Sejak bile plak student swasta kene proper sangat nih? Abis rambut kaler hijau biru purple tu makcik boleh plak lepas.

Aku: Abis tu saya kena ponteng kelas ke?

Makcik tu dah tak tau nk jawab ape. Dah abis skrip kot.

Aku: Saya kne ponteng kelas ke? Attendence sy mesti 80 percent tau.

Tetibe ade suara lain menyampuk.

Pak guard: Tak pe lah. Pegi tulis kat buku. Lain kali pakai kasut.

Aku: Itu la...Saya tak pernah kena tegur. Ni baru tau.

Mak guard: Lain kali pakai kasut ke dik. Kitorang dah kena marah teruk dah.

Aku: Ok...saya pon baru tau.

Tulis particulars kat buku, jujur plak tu. Then blah tunggu lift.

Hmm...penat dah mood naik angin sket-sket. Tapi korang rase aku biadap ke? Aku rase aku tegas je. Suara aku tak naik, tapi tak turun. Mak guard tu tak naik suara, jadi suppose die tak anggap aku kurang ajar la sangat kan. Kan?

Sebenarnye ni bukan kali pertama aku buat hal. Kat mph dulu masa nk belasah pakai voucher adik aku. Memang la tak boleh pakai voucher org, tapi.......baca conversation ni plak.

Casher mph: Cik dah verify voucher?

Aku: belum. Kt mana ek?

Cashier mph: Tu kt meja depan tu.

Aku pon blah pegi tempat yang die tunjuk pakai muncung mulut je tu.

Tukang cop: Eh, nama awak yang mana satu?

Aku: Saya yg noor hafizah ni.
  
Tukang cop: Abis ni sape punye?

Aku: Adik saya.

Tukang cop: Adik mne?

Aku: Die tak dtg.

Tukang cop: Suruh die datang baru boleh guna voucher ni.

Aku: Owh ek.....

Kecewa. Aku pon keluar line dengan hampa. Adik aku yangg sorangg lagi tanya camne nk buat. Bakul dah penuh la lepas sejam isi. 

Tak boleh jadi ni. Kali ni kena cari gaduh jugak. Bukan kena masuk lokap pon.

Aku: Miss, adik saya tak boleh datang. 

Tukang cop: Tak boleh. Polisi kita tuan voucher mesti datang.

Aku: Die kat india. Die nak blik pun bulan 8 nanti. Jadi mcm mana die nak pakai voucher ni. Of course la die wakilkan saya kan. So that maybe saya boleh pos barang-barang ni ke India. This voucher shud be user friendly kAn. Abis takkan nak adik saya fly balik within this short time?

Tukang cop tetibe tutup kedua-dua telinga die ngan tangan. Aku tak de la jerit-jerit. Nada tegas je.

Tukang cop: Kak Su! (bkn nama sebenar) sini jap.

Aku pon sembang plak ngan kak su tu. Supervisor kot. Then die cakap, boleh je untuk kes-kes gini. Just bagi copy ic adik aku then leave my details at the back. Die verified ic aku. Binti of course la sama. Alamat pon sama. So setel. Siap aku karang reason lagi kat bwh tu.

Aku: Kiranya bleh la pakai kalau kes cmni. Kalau saya tak argue tadi, sia-sia je.

Kak Su: Boleh...untuk kes-kes macam ni lah. Tuan die belajar luar tak boleh balik before end of march ni.

Setel kes, terus bayar dengan puas hati nya. Mission was a great success.

Pengajaran yang aku dapat kat mph ni ialah kita selalunya memang sorrang-sorang. We just have ourselves to depend on. Kalau kita just give up awal-awal tu, balik mesti menyesal.

Dulu, disebabkan aku tak tegas la aku hilang the only chance utk amik beg aku yang tertinggal kat bawah seat dalam flight tu. Bila papa cakap, kalau benda tu jadi kat die, die akan desak security untuk allow naik blik atas flight, maybe kes tu dapat priority attention dari pihak airport. Tapi dah pasrah je awal-awal....hilang 2000euro bai......

Ok. Dah touching. Bye bye.  



7 comments:

Asma Azizan said...

Betul Moon, tak boleh mengalah sblm melawan. Aku baru kalah lawan cakap dgn prof tadi. ish tak suka!

Abdullah Zaini said...

beliau hanya menjalankan tugas..mungkin bahasa/ayat awak boleh diperbaiki lg supaya tiada yg tersinggung..
selamat melawan untuk menuntut hak anda dalam hidup!
melawan dengan saluran yg betul..anda seorang yg cool!

Feezah Hanimoon said...

asma'...maybe lepas ni boleh amik pengajaran. kita bukan nak cari gaduh pon kn. no harm pon kita cuba nak argue. kalau tak dapat, x pa lah.

Feezah Hanimoon said...

encik....amboi. daftar mengundi pon belum. ini kan pula nk suruh saya pegi mengundi??? haha...makcik tu x de hard feeling pon. mse nak kuar bangunan tu buat2 tunduk bawah. esok x payah la pakai slipper lagi. ala..bukan slipper jepun pon. wedges yang x de tali belakang tu. lec pon ramai ade je yg pakai. poracit!

adham said...

Isk isk moon ni, tak senonoh betul berdebat dgn mak cik guard sebab nak jugak pakai selipar

Feezah Hanimoon said...

dehe..bukan sebab nak jugak pakai slipper. tp sebab tym tu mesti la nk jugak masuk bn sebab nk g klas.

adham said...

Ah tak kira, biar tak pegi kelas asal jgn pakai selipar