Tak cakap pon.....korang yang rasa sendiri.








Seriously, aku amik kat Facebook je gambar ni. Ada member share. Aku bukan nak bagi ceramah satu round lagi pasal ni sebab semua orang pon dah paham kan. Just aku rasa ada benda patut aku cakap pasal ni. Kalau tak cakap, mesti aku asik terpikir sepanjang malam.

Aku pelik kenapa ramai orang cipta ayat-ayat macam ni untuk dijadikan satu statement. Aku rasa ramai je yang frust sebab tak couple or tak ada teman tapi mesra or tak ada ikan besar kecik or something like that. Tapi statement ni macam nak cakap semua orang tak couple dalam otak diorang ade thought macam ni. Aku yang sekarang sedang ber'couple' ni bermula dengan tak couple jugak. So, aku tau la perasaan tu macam mana. Manusia biasa, walau macam mana sekalipon nak elak, mesti ada kalanya kita pikir bukan-bukan. 

Normally kita mesti ada crush kat somebody. Tak kisah la schoolmates ke, jiran selang sebuah rumah ke, tapi for sure lah selalunya ada. Pastu kita tak nak orang tu tahu kita crush kat dia sebab kalau dia tau ang dia buat dono, maksudnya dah kena reject. So sedikit sebanyak, statement ni walaupon bagus, tapi indeed tak mewakili semua orang. 

Bila keluar statement2 gini, aku rasa macam instead of diorang sedapkan hati yang tak couple yang memang trang tang tang takde dosa-dosa berkaitan tu, asal tak invest dalam mengajak orang yang couple ni menjadi lebih baik? Salahkah bila kita fall in love for each other and decide untuk declare something? Aku rasa takde pon orang cakap orang yang couple ni tak laku. Just diorang sendiri yang nak emphasize this fact and put a reason behind it. Pastu nak say it out loud untuk yakin kan diri sendiri that this is the truth, this is the truth. 

Talking about relationship yang halal, aku sendiri bukan nak sangat couple 5 or 6 tahun ni. Bila aku tengok pics wedding kengkawan, takde la aku tension mana pon. Just wish them a great life ahead and I know that someday, I will have my wedding album too. Tapi bila mention pasal relationship yang halal ni, macam tempias plak kat aku. Or maybe ada orang lain yang berperasaan macam aku. Sape tak nak kawen huh? Aku rasa ayat-ayat tu macam nak cakap orang yang couple ni sengaja nak tambah dosa kering dan tak nak menghalalkan hubungan. 

Kita sendiri je akan rasa diri kita tak laku. Takde orang even bisik kat telinga kau pon yang kau tak laku. Jadi ape point nak create slogan-slogan cenggini. Seriously, rasa macam terhina sangat. Ha...kan dah keluar dah point utama aku. Guys, stop la doing this. For sure memang aku sikit pon tak cakap kau tak laku. Adik aku pon tak couple. Tapi aku tak ada negative thoughts pon kat dia. 

So, jangan la tertekan babe sampai macam sajer je nak bakar-bakar. Takkan kau expect aku break up on the dot lepas baca slogan-slogan gini semata-mata untuk dapat title bagus tu. Aku suggest kalau nak berdakwah tu, bagi tips nak cakap kat mak ayah macam mana nak kawen time belajar, or tips celah mana nak korek duit nak buat kenduri-kendara semua tu. Fine la kalau kau cakap orang couple ni banyak maksiat. Then help us to overcome this. 

Sekali lagi, apa motif kau sebar benda-benda gini selain nak sedapkan hati sendiri? Sedangkan yang lebih memerlukan bantuan adalah orang yang ber'couple', yang memang nak kawen, tapi banyak halangan. Bukan nak mintak bantuan zahir pon. Just another motivation for us to build the strength and aim for redha Allah. Orang yang tak couple ni InsyaAllah memang Allah redha dah. 

Ntah la....aku pon makin lama makin kusut kepala.
.
.
.
.
.
.
update: Tracker aku ada detect orang google 'single itu menyakitkan' and end up kat blog aku. At least one person agree with me that sometimes our brains have that thought. Maybe I should share the pic to his/her Facebook so that he/she can be in piece.


Tips untuk orang malas minum air kosong

Assalamualaikum semua...

Air sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Tapi aku admit yang aku sendiri memang tak selera nak minum air kosong. Sebotol air mineral 1.5 Liter boleh bertahan tiga hari dalam bilik aku. Dah la beli air mineral murahan. So, memang jimat.

Namun, jika korang berminat nak mengurangkan berat badan, most websites suggest that you consume enough amount of water daily. By enough, they mean eight glass of water. 

Jadi aku nak bagi tips macam mana pengguna gula tegar seperti aku boleh tolerate dengan air kosong ni. Air kosong terutamanya air suam memang hanya sedap bila tekak sakit. Tu pon lepas seminggu tak baik sebab degil jugak nak order teh o ais kat kedai makan. 

Ini lah dia tips berguna yang aku duk gebang dari tadi:


1) Minum air dalam cawan yang kecil.

Sebab ape, kalau minum dalam gelas besar, konpem korang akan tertekan dan bernafas banyak kali untuk habiskan air tu. Maybe korang akan give up dan tuang air tu terus ke dalam singki. Kalau minum dalam cawan kecil, sekali nafas dah boleh jalan. Plus, tetibe je air tu dah habis. So, setel secawan kan? Tukar la dari lapan gelas tu kepada lapan cawan.

2) Minum sambil duduk.

Korang dah la pahala pon tak banyak. HaHa. Aku pon. Jadi jangan la menambah lagi dosa-dosa kecil ni. Plus aku perasan, bila kita minum sambil duduk, badan akan balance dan takde la masa minum tu terhoyong-hayang. Kau minum air kosong je pon, bukan Carlsberg. Kalau nak minum depan fridge pon, tenggek je la kat situ kalau dah pemalas tahap gaban nak ulang-alik.

3) Campurkan satu sudu kecil kordial sedap.

Ni bukan main tipu, tapi semua benda ada tolerance tambah tolak kan? So aku rasa tak menjejaskan sangat pon khasiat air kosong tu. Kot la korang tak suke minum air kosong sebab rasa tak sedap ke...bagi aku memang tak sedap pon. Plain je. At least kalau campur kordial sikit, die rasa macam air bancuh yang tawar je. 

4) Buat jadual minum air.

Pastu kalau minum, pangkah kat column yang berkenaan. Target la 5 cawan air ke sehari. Sekali minum, pangkah satu kotak. Nanti lama-lama bila tengok jadual kita camcamerba, mesti rasa bersalah and nak tak nak kena minum jugak. By the way, kaedah ni berkesan dalam sebulan je untuk aku. HaHa. Pastu dah malas nak buat jadual cantik dah. Aku tau korang rajin kan? teheee =)

5) Beringat lah tentang penyakit kencing manis.

Ari tu mama bawak balik kit untuk check glucose untuk papa, aku nyebuk nak check jugak. Lepas makan, alhamdulillah 6 je. Tapi mama 5.6...adik aku si Wani tu 4 je kot. Ariff tak berani check. Ceh. Badan je besau. Jadi, sebelum kencing korang manis, better berjaga-jaga. No turning back woo....Aku sekarang dah jadi misi tak bertauliah dah kat rumah sebab nak menjaga makan minum papa. Plus mama cakap, penyakit ni keturunan jugak. Cantik lah...orang cakap muka aku ikut papa. Maka ada potensi segala bagai nak keturunan papa ni. Adoiyai..


Well, itu sahaja kot. Cukup la kan. Minum air je pon. Tu pon beriya aku nak jadikan entry. Tapi aku pasti, ramai je spesis tak suka minum air macam aku. Developed sebab masa sekolah dulu tak nak selalu pegi tandas sebab kena bukak kasut and pakai terompah. In the end, terbawak-bawak......

Okthxbye!

Bergaduh dengan adik sambil basuh kuali


Kan aku pernah cerita yang adik aku banyak fatwa.......



Aku : Ang tu katak bawah tempurung. Asik nak berkepit ngan mak ayah. Risau nak tinggal kawan ang yang bukan-bukan tu!


Adik : Tak pa la kalau jadi katak bawah tempurung. Sekurang-kurangnya tak kena hujan. Katak luaq tempurung kena hujan!


Aku : Kena hujan la adventure. Ang lelaki patutnya suka adventure!


Adik : Buat pa nak kena hujan. Hujan tu dosa!


Aku : Aik..tak penah akak dengaq yang hujan tu dosa. Mana dalil yang kata hujan tu dosa. Selalu orang kata hujan tu rahmat!


Adik : Tu la ang tak tau. Adik cakap ada makna yang mendalam. Tu la ang tak paham. Sekurang-kurangnya adik duk dekat ngn mak ayah tak dapat dosa.


Aku : Ang duk dekat sebab nak menyusahkan mak ayah. Tak dapat dosa apanya. Mak yang nak kena masak untuk ang, basuh baju untuk ang! Ang tu jadi ayam daging ja kat umah.


Adik :  Ang tu jeles sebab kena basuh baju sendiri!


Aku : Nak jeles pasaipa plak. Akak tak rasa basuh baju tu beban. Ang tu kena berdikari!


Adik : Apa pentingnya berdikari? Tak guna la orang laki kawen ada bini. 


Aku : Tak pa kalau ang nak suruh bini ang basuh baju ang. Tapi ang kena bagi dia makan, beli baju semua!


Adik : Memang adik nak bagi dia makan. Tak dak masalah lah!


Aku : Masalahnya ang nak bagi dia makan apa? Kalau macam ni la caranya! Esok akak nak habaq kat semua pompuan supaya tak payah kawen ngn ang!


Adik : Pasaipa plak?!


Aku : Ang tanya lagi???!! Ang tu dah la katak bawah tempurung. Tempurung plak duk dalam gua. Mata celik tapi tengok dunia gelap-gelita. Apa pon tak boleh!


Adik korang bebal macam adik aku tak? Susah bila otak ni pandai ke lain. Aku teruk-teruk belajar nak kerja bagus-bagus, esok nak kena bela dia jugak. Apa pon tak dapat! Haishhh...

Aku tengok rancangan pendidikan



Petang tadi sebelum kuar jogging, aku layan National Geographic channel kat Astro. Aku khusyuk yang amat tengok I Didn't Know That. Kisahnya dua saintis gila-gila ni pegi siasat macam-macam perkara yang simple tapi mengaplikasikan konsep yang hebat. 


Contohnya,  hanya empat bateri AA diperlukan untuk angkat load 150kg apabila pakai elektromagnetik. Bullet train di China boleh bergerak selaju 500km/hr dengan konsep yang sama. Solero kat Genting tu pon pakai magnet somewhere along the height untuk suddenly slow kan solero tu after having free fall. Ni yang aku dapat tangkap sikit-sikit la dari cerita tu. 


Then die tunjukkan jugak pasal cat. Satu episod tu nak cerita pasal cat je. Benda macam simple, kita tengok cat pon tak bernafsu nak tanya lebih-lebih kan. Tapi tadi diorang tunjuk macam-macam. Fakta menarik yang aku tunggu-tunggu dari awal, hujung-hujung baru die nak cerita. 


Cuba teka, macam mana orang cat jambatan? Aku ingat canggih sangat la pkai mesin spray berkuasa tinggi. Rupanya manual je pakai tangan. Even bawah jambatan pon bersesak-sesak la naik bot sampai abis cat hujung ke hujung. 


Aku bukan cakap pasal jambatan nak masuk kampung tu. Ni suspension bridge yang panjangnya yang cecah 1.5km, lebar lebih 30m. Amik masa 3 tahun woo die cakap tadi. Gigih gila mengecat. Aku cat umah 3 hari pon macam kena karate je tulang tengkuk ni. Ini kan plak nak cat bawah jambatan?? Homaigod. 





George Washington Bridge from Wikipedia


3 tahun babe nak cat menatang ni? Tak boleh aku bayangkan, tapi dah terbukti ianya memang possible. 


Ada lagi satu fact menarik. Ni sebenarnya aku nak update kat Facebook. Tapi aku tak tau naper, Facebook tak bagi aku buat apa-apa. Tak boleh update apa-apa pon. Aku tekan 'post' takde mende jadik pon. Google cakap ade jgk orang yang mengalami problem yang sama dua hari lepas. So, takpe. Aku rileks dulu dari menghupdate. Bila aku finally nak share benda berguna ni la yang macam-macam plak halangan. Adoiyai..

Die nak kaji pasal airbag kete. Aku tengok video die buat eksperimen pon tetibe je dah membulat benda tu. Even dua orang saintis gila-gila tu pon cakap, "That was too fast! What happened?" Aku ni duk depan tv lagi la terkebil-kebil. Fokus sebab nak dengar diorang explain. 

Ni jawapannya. Btw, ni aku copy paste aje lah dari status tak jadi aku tu. Cakap omputeh sikit la noh. Hehe...


Do you know that an airbag takes only 35 miliseconds to come out out of no where in you car after it detects a sudden change in acceleration? Do you know that your eyes take 200 miliseconds to blink? Then do you know that you will miss the airbag coming out if you blink? Superb!


So, dah memang aku tengah terkebil-kebil pon. Jadi of course la airbag tu tetibe popup je. HaHa. Next time, jangan kejip mata. Jangan kejip mata okay!




Student tak sabar nak kerja



Kehidupan seorang pelajar, memang selalu tension, rasa macam nak cepat habis belajar, nak keje pastu dapat gaji boleh shopping. Memang selalunya semua pelajar akan bajet yang bila dah keje, takde lagi tension dan seangkatan dengannya. 

Tapi semua juga tahu bahawa angan-angan pelajar ni memang tersasar jauh ke laut dalam. In real life, you can't afford to make mistakes. Masa kat universiti, kalau kita buat model jambatan, kita just hentam buat supaya model tu nampak kukuh. Buat pon dengan kayu ais krim je. Bila lecturer ketuk or hempuk sikit, die tak berterabur. 

Bila dah jadi jurutera, nak buat jambatan, scale die berganda-ganda lagi besar. Banyak benda nak consider, pendek kata bila manusia lalu-lalang, seabad pon tak runtuh. 

Kesimpulannya, sekarang ni aku semangat nak cepat abiskan belajar. Pastu nak keje, nak kumpul duit nk tawen. Hehe. Tapi hakikatnya, aku mesti maki-maki nanti bila big boss maki aku. Haishh....sabau je la. Dah namanya bos, memang eksyen sikit kan. Nak eksyen jugak, tunggu la kita sendiri jadi bos. HaHa.





Orang yang jatuh, kemudian bangun, itu juga orang yang hebat.

Tadi bergaduh mulut ngan adik aku. Kalau gaduh dengan dia, kalau takde fatwa merepek keluar, memang tak sah. My younger brother is the most stubborn person in this world. I was so pissed off. Tapi aku ingat, ade orang pesan cara untuk kawal marah. Kalau duduk, sila bangun. Kalau memang tengah berdiri, sila jalan dan ambil wuduk. Baca Al-Quran. Tadi aku tengah duduk. Namun disebabkan malas nak bangun, aku sengetkan sikit je badan. Haha.

He pointed out about me, coming back from Germany, and compared the situation with his. I said, none of your mess can be compared to what I have gone through. Kat sana dulu, memang aku admit aku ni malas. Bila rasa susah, terus give up nak seek help padahal ade je orang kat sana yang nak tolong. Tapi bila nasik dah jadi bubur, aku cepat-cepat tersedar, although it was already too late, then aku pikir bubur ni tak boleh hangit. 

It was a tough decision. Semua orang mesti cakap, "Sayangnyerrrrr.......takde cara lain ke? Dah tak leh nak continue ke?" Aku memang manusia ketiga terdegil dalam dunia. Lupa nak cakap, ranking kedua adalah milik ayah aku. Aku rasa perkara paling susah dalam dunia, bukan untuk mencapai kejayaan tinggi menggunung, tapi untuk admit yang somehow at one point, itu je limit kita. 

Semua orang asik berpegang yang Malaysia Boleh, aku pon boleh. Tapi sebenarnya masing-masing ada limit. Memang boleh kalau aku nak continue, tapi merangkak-rangkak lah. Foreign language bukan senang nak adapt. Bayangkan kita dah berbelas tahun belajar English, tapi still most of us tak fluent sangat. Maybe bila writing, memang superb lah. Tapi bila dalam job interview, fail. 

Memang ada je yang survive. Maknanya limit diorang lebih. So what?? Dah trang tang tang depan mata takkan nak deny lagi. Just admit yang kau tak mampu. But later, bukan aku suruh kau give up sampai ke sudah. Setengah orang, die tak pernah jatuh, die tak pernah fail, die asik golek-golek kat stage atasan je. Tapi sampai masanya, memang akan jatuh. Suka or tak, ini tak dapat elak. 

Manusia ni bila dah berada kat bottom lumrahnya baru nak sedar diri. So, fail kat sana memang satu tamparan hebat. Masa dah membazir banyak sangat. Orang lain dah nak grad, aku baru terkedek-kedek nak dapatkan segulung ijazah. Aku kononnya berjanji pada diri yang aku akan fix perkara ni by hook or by crook. Kalau nak continue, boleh bayang la azabnya. Jadi memang lumrah manusia yang sukakan jalan mudah, aku pon masuk local U. 

Tapi macam biasa la..janji tinggal janji. Awal-awal sem sampai la ke tengah-tengah, takde maknanya aku nak fokus sangat. Kononnya, kalau belajar awal, nanti lupa. Belajar last minute plak, terpaksa la nyusahkan orang tanya itu ini. Satu sem punya subjek nak cramp dalam dua malam. Nasib baik member baik hati. Haha.

Result pon ok la setakat ni. Alhamdulillah. Point yang penting aku nak highlight dalam entry ini ialah kalau kita gagal, tak pe. Frust kejap then gather balik all of your strength and make a new plan. Orang yang hebat bukan setakat orang yang tak pernah jatuh. Tapi termasuk jugak orang yang berjaya bangun selepas jatuh. Dan orang yang hebat jugak adalah orang yang mengakui kelemahan diri dan mencari potensi diri. 

Aku tau aku tak hebat di sana, aku takde masa nak kaji bahasa yang berbeza, aku memang sangat kesuntukan masa. Jadi aku decide nak balik. Bila balik, tanpa ada boundary bahasa tu, banyak benda yang aku belajar. Team work, leadership, working under pressure, One Malaysia pon tak terkecuali. Dulu lepas SPM, local U sikit pon tak consider. Sombong, bongkak, angkuh dan ego. 

Tapi sebenarnya rezeki Allah tu ada di mana-mana. Bila tengok senior yang involve dengan macam-macam projek kat U ni buat presentation, unprepared, tetibe masuk kelas nak ajak orang join club diorang, takde sepatah ayat omputeh pon yang berterabur. Melayu plak tu. Jadi memang tak dapat dinafikan, kat mana-mana pon aku grad, kualiti tu satu perkara subjektif. Hanya kita sendiri dapat menilai kualiti diri kita. Kalau kat sana ada vier koma null, kat sini ada CGPA 2.00 yang menjadi benchmark para penaja. 

Aku bukan nak compare apa-apa, tapi aku nak jawab kepada orang yang nak sangat kutuk kegagalan aku kat sana, seperti adik aku ni. Apa yang aku cakap kat adik aku, kalau dapat A dalam exam nanti, itu baru satu situasi yang layak dibandingkan dengan situasi aku. Rezeki memang dah tertulis. Tapi Allah takkan saja-saja bagi kalau tak usaha. Lepas usaha baru tawakkal. 


*credit kepada owner doodle.


You will get what you deserve adik. Mama and papa had given you everything that they can afford in this world, it was YOU who didn't know how to appreciate it. Learn from your mistakes, not just pointing out your finger to others. 


The power of doa

It's been a while....

Sekarang ni lepak-lepak kat rumah. Maklum la final dah abis. Jadual final sangat padat, jadi terpaksa memumiakan diri sementara waktu. Balik rumah sekali dalam satu sem. Betapa beruntungnya orang yang umah tak dekat sangat, tapi tak jauh sangat. Balik ritu singgah Sungai Petani dulu sebab papa pegi berkebun di sana. Papa cakap, mama memang rajin siram pokok bunga. Tapi bila siram, sekali ngan rumput tumbuh membesar dengan sihatnya. HaHa.

Papa cakap nak tumpang balik Perlis. Jauh nampaknya die booking teksi. Teksi dari Keyel tu. Bertolak malam, dah lalu depan istana negara, entah simpang mana yang aku terlepas, terus sesat sampai ke Kepong. Dari Kepong, tak jumpa plak tu Tol Sungai Buloh. Follow sighboard akhirnya lalu Gutrie dan kembali ke pangkal jalan. GPS phone pon cam takde function. Tensen aku.

Dah masuk highway, pecut laju sebab rasa dah lambat dari sepatutnya. Bergegar-gegar stereng kete sebab bawak 140km/hr. Nak jugak laju-laju. Kete tak la semenggah mana, tapi potong abis sanak-sedara Perodua. Masa syiok merempit kete tu tak dilupakan la baca doa. Sampai Changkat Jering, mata ngantuk gila...Kalau tak sedar-sedar diri bawak laju jugak ni alamatnya ke gaung la aku. Ok fine. Slow sikit sampai 110km/hr. Ikut peraturan ye.

Tetibe kete macam gerak makin slow. Ade road block rupenye kat Taiping. Aku follow belakang bas. Dalam hati memang bajet dah kene berenti tepi ni. Hulur lesen, dapat surat saman. Masa bawak laju tadi dah memang lantak la kalau kene saman. Tapi bila dah sampai masa nak kene saman, cuak tak hengat. 

Bila sampai turn aku, polis tu terpacak diam tengok-tengok buku je. Die tak hayunkan baton die pon suh ke tepi. Aku pon jalan la terus. Bila tengok cermin, satria belakang kene berenti. Rasa syukurnya ya Allah.....dipermudahkan urusan aku yang bermusafir untuk menjenguk mak ayah. Bila cerita kat diorang pon, diorang cakap aku dipelihara Allah. 

Mungkin masa die tembak tu aku dah slow down sebab ngantuk. Tapi Changkat Jering ngan Taiping bukan jauh mana pon. Time tu baru pukul 1.30 pagi. Kalau ikut lumrahnya, aku adalah makhluk berjaga malam. Tapi nak dijadikan cerita, alhamdulillah tak kena. Apa sangat yang aku buat sampai Allah nak pelihara. Hmm...pikir punya pikir. Maybe sebab aku berdoa. 

Allahumma yassir wala tu'assir. Bismillahi tawakkaltu 'alallah. Wa la haula wa la khuuwata lillahil 'aliyil azim.

Padahal doa tu baru je aku hafal dalam tiga hari lepas. Doa die senang, tapi sebab senang, aku selalu lupa. Macam nak hafal surah Yassin la...selalu sangat baca, bila nak hafal betul-betul, lebih susah dari nak hafal surah lain yang kita start from zero. A friend said, orang selalu malas berdoa padahal nak doa ni free. Kita selalu suruh orang doakan untuk kita, tapi sebenarnya bukan sebab malas, tapi kononnya lagi banyak yang berdoa, lagi senang dimakbulkan. 

Mata memang mengantuk masa drive hari tu. Sampai ke sudah la mengantuknya. Terlelap banyak kali tapi seb baik kejap-kejap je, plus time tu jalan straight. Papa pesan, kalau ngantuk, berenti tido. Tapi takut la sampai ke tengah hari plak aku terlajak. 

Jadi, walaupon macam small matter je ape yang aku crita ni, sape lagi yang bagi pertolongan kat aku melainkan Dia. Takkan semangat bukit-bukau dan gunung-ganang kot kn. Ape pon, amalkan la sebab walaupon kerdilnya kita rasa, tapi kita tetap layak untuk memohon pertolongan dari-Nya. Allah bersifat Maha Pemurah dan dia akan bagi apa sahaja benda baik yang kita minta. It is just a matter of time =)



Update Sekejap



Aku sedang memerah otak di medan peperiksaan akhir. Rindunya pada dia. Kalau ikutkan hati, bila-bila masa boleh tewas dan terus keluar berjoli sakan. Tapi nasib baik lelaki itu adalah dia. Nasib baik sangat. Sebab jika lelaki itu bukan dia, mungkin aku kini baru lepas tengok midnight movie Alamanda yang sekangkang kera. Dia juga rindu. Tapi nasib baik dia seorang yang boleh bertindak rasional pada waktu kritikal. Jadi untuk itu, aku boleh lega.....

Lama tak update bukan sebab malas..tapi kononnya nak fokus study. Jadi memang cuba hindarkan serabut kepala kerana benda yang tak semenggah mana. See you bila exam dah abis ya..Bisa ngak??