Tadi bergaduh mulut ngan adik aku. Kalau gaduh dengan dia, kalau takde fatwa merepek keluar, memang tak sah. My younger brother is the most stubborn person in this world. I was so pissed off. Tapi aku ingat, ade orang pesan cara untuk kawal marah. Kalau duduk, sila bangun. Kalau memang tengah berdiri, sila jalan dan ambil wuduk. Baca Al-Quran. Tadi aku tengah duduk. Namun disebabkan malas nak bangun, aku sengetkan sikit je badan. Haha.
He pointed out about me, coming back from Germany, and compared the situation with his. I said, none of your mess can be compared to what I have gone through. Kat sana dulu, memang aku admit aku ni malas. Bila rasa susah, terus give up nak seek help padahal ade je orang kat sana yang nak tolong. Tapi bila nasik dah jadi bubur, aku cepat-cepat tersedar, although it was already too late, then aku pikir bubur ni tak boleh hangit.
It was a tough decision. Semua orang mesti cakap, "Sayangnyerrrrr.......takde cara lain ke? Dah tak leh nak continue ke?" Aku memang manusia ketiga terdegil dalam dunia. Lupa nak cakap, ranking kedua adalah milik ayah aku. Aku rasa perkara paling susah dalam dunia, bukan untuk mencapai kejayaan tinggi menggunung, tapi untuk admit yang somehow at one point, itu je limit kita.
Semua orang asik berpegang yang Malaysia Boleh, aku pon boleh. Tapi sebenarnya masing-masing ada limit. Memang boleh kalau aku nak continue, tapi merangkak-rangkak lah. Foreign language bukan senang nak adapt. Bayangkan kita dah berbelas tahun belajar English, tapi still most of us tak fluent sangat. Maybe bila writing, memang superb lah. Tapi bila dalam job interview, fail.
Memang ada je yang survive. Maknanya limit diorang lebih. So what?? Dah trang tang tang depan mata takkan nak deny lagi. Just admit yang kau tak mampu. But later, bukan aku suruh kau give up sampai ke sudah. Setengah orang, die tak pernah jatuh, die tak pernah fail, die asik golek-golek kat stage atasan je. Tapi sampai masanya, memang akan jatuh. Suka or tak, ini tak dapat elak.
Manusia ni bila dah berada kat bottom lumrahnya baru nak sedar diri. So, fail kat sana memang satu tamparan hebat. Masa dah membazir banyak sangat. Orang lain dah nak grad, aku baru terkedek-kedek nak dapatkan segulung ijazah. Aku kononnya berjanji pada diri yang aku akan fix perkara ni by hook or by crook. Kalau nak continue, boleh bayang la azabnya. Jadi memang lumrah manusia yang sukakan jalan mudah, aku pon masuk local U.
Tapi macam biasa la..janji tinggal janji. Awal-awal sem sampai la ke tengah-tengah, takde maknanya aku nak fokus sangat. Kononnya, kalau belajar awal, nanti lupa. Belajar last minute plak, terpaksa la nyusahkan orang tanya itu ini. Satu sem punya subjek nak cramp dalam dua malam. Nasib baik member baik hati. Haha.
Result pon ok la setakat ni. Alhamdulillah. Point yang penting aku nak highlight dalam entry ini ialah kalau kita gagal, tak pe. Frust kejap then gather balik all of your strength and make a new plan. Orang yang hebat bukan setakat orang yang tak pernah jatuh. Tapi termasuk jugak orang yang berjaya bangun selepas jatuh. Dan orang yang hebat jugak adalah orang yang mengakui kelemahan diri dan mencari potensi diri.
Aku tau aku tak hebat di sana, aku takde masa nak kaji bahasa yang berbeza, aku memang sangat kesuntukan masa. Jadi aku decide nak balik. Bila balik, tanpa ada boundary bahasa tu, banyak benda yang aku belajar. Team work, leadership, working under pressure, One Malaysia pon tak terkecuali. Dulu lepas SPM, local U sikit pon tak consider. Sombong, bongkak, angkuh dan ego.
Tapi sebenarnya rezeki Allah tu ada di mana-mana. Bila tengok senior yang involve dengan macam-macam projek kat U ni buat presentation, unprepared, tetibe masuk kelas nak ajak orang join club diorang, takde sepatah ayat omputeh pon yang berterabur. Melayu plak tu. Jadi memang tak dapat dinafikan, kat mana-mana pon aku grad, kualiti tu satu perkara subjektif. Hanya kita sendiri dapat menilai kualiti diri kita. Kalau kat sana ada vier koma null, kat sini ada CGPA 2.00 yang menjadi benchmark para penaja.
Aku bukan nak compare apa-apa, tapi aku nak jawab kepada orang yang nak sangat kutuk kegagalan aku kat sana, seperti adik aku ni. Apa yang aku cakap kat adik aku, kalau dapat A dalam exam nanti, itu baru satu situasi yang layak dibandingkan dengan situasi aku. Rezeki memang dah tertulis. Tapi Allah takkan saja-saja bagi kalau tak usaha. Lepas usaha baru tawakkal.
*credit kepada owner doodle.
You will get what you deserve adik. Mama and papa had given you everything that they can afford in this world, it was YOU who didn't know how to appreciate it. Learn from your mistakes, not just pointing out your finger to others.
2 comments:
(^_^)
sengih memanjang ye...
Post a Comment