Assalamualaikum semua...
Air sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Tapi aku admit yang aku sendiri memang tak selera nak minum air kosong. Sebotol air mineral 1.5 Liter boleh bertahan tiga hari dalam bilik aku. Dah la beli air mineral murahan. So, memang jimat.
Namun, jika korang berminat nak mengurangkan berat badan, most websites suggest that you consume enough amount of water daily. By enough, they mean eight glass of water.
Jadi aku nak bagi tips macam mana pengguna gula tegar seperti aku boleh tolerate dengan air kosong ni. Air kosong terutamanya air suam memang hanya sedap bila tekak sakit. Tu pon lepas seminggu tak baik sebab degil jugak nak order teh o ais kat kedai makan.
Ini lah dia tips berguna yang aku duk gebang dari tadi:
1) Minum air dalam cawan yang kecil.
Sebab ape, kalau minum dalam gelas besar, konpem korang akan tertekan dan bernafas banyak kali untuk habiskan air tu. Maybe korang akan give up dan tuang air tu terus ke dalam singki. Kalau minum dalam cawan kecil, sekali nafas dah boleh jalan. Plus, tetibe je air tu dah habis. So, setel secawan kan? Tukar la dari lapan gelas tu kepada lapan cawan.
2) Minum sambil duduk.
Korang dah la pahala pon tak banyak. HaHa. Aku pon. Jadi jangan la menambah lagi dosa-dosa kecil ni. Plus aku perasan, bila kita minum sambil duduk, badan akan balance dan takde la masa minum tu terhoyong-hayang. Kau minum air kosong je pon, bukan Carlsberg. Kalau nak minum depan fridge pon, tenggek je la kat situ kalau dah pemalas tahap gaban nak ulang-alik.
3) Campurkan satu sudu kecil kordial sedap.
Ni bukan main tipu, tapi semua benda ada tolerance tambah tolak kan? So aku rasa tak menjejaskan sangat pon khasiat air kosong tu. Kot la korang tak suke minum air kosong sebab rasa tak sedap ke...bagi aku memang tak sedap pon. Plain je. At least kalau campur kordial sikit, die rasa macam air bancuh yang tawar je.
4) Buat jadual minum air.
Pastu kalau minum, pangkah kat column yang berkenaan. Target la 5 cawan air ke sehari. Sekali minum, pangkah satu kotak. Nanti lama-lama bila tengok jadual kita camcamerba, mesti rasa bersalah and nak tak nak kena minum jugak. By the way, kaedah ni berkesan dalam sebulan je untuk aku. HaHa. Pastu dah malas nak buat jadual cantik dah. Aku tau korang rajin kan? teheee =)
5) Beringat lah tentang penyakit kencing manis.
Ari tu mama bawak balik kit untuk check glucose untuk papa, aku nyebuk nak check jugak. Lepas makan, alhamdulillah 6 je. Tapi mama 5.6...adik aku si Wani tu 4 je kot. Ariff tak berani check. Ceh. Badan je besau. Jadi, sebelum kencing korang manis, better berjaga-jaga. No turning back woo....Aku sekarang dah jadi misi tak bertauliah dah kat rumah sebab nak menjaga makan minum papa. Plus mama cakap, penyakit ni keturunan jugak. Cantik lah...orang cakap muka aku ikut papa. Maka ada potensi segala bagai nak keturunan papa ni. Adoiyai..
Well, itu sahaja kot. Cukup la kan. Minum air je pon. Tu pon beriya aku nak jadikan entry. Tapi aku pasti, ramai je spesis tak suka minum air macam aku. Developed sebab masa sekolah dulu tak nak selalu pegi tandas sebab kena bukak kasut and pakai terompah. In the end, terbawak-bawak......
Okthxbye!
1 comment:
Jazakillah kak. perkongsian yg sgt baik utk geng akak ni yg mmg tak boleh nak p la dengan air masak , haha. but yeah prevention is better than cure. baik beringat sebelum kena. huhu.
Post a Comment