Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.

Sementara nak sejukkan badan, aku pon update blog. 

Melakukan perkara yang susah memang susah. Tambah-tambah kalau tak nak. Macam-macam alasan kita create untuk tak nak buat benda susah. Kita tau kalau kita buat, efek die berbaloi-baloi. Tapi proses on the way tu yang kita tak sanggup. 

Actually kalau nak tu seribu daya. Kalau tak nak tu seribu dalih. Dalam semua perkara pon macam ni. Most common masa exam week la kan. Paper final aku sem lepas memang berderet-deret. Masa awal tengok jadual keluar tu memang hampir-hampir tak yakin dengan diri sendiri. Projek berlambak. Bayangkan la masa study week tu sepatutnya study, tapi aku dan budak grup terpaksa bersengkang mata siapkan tiga projek. Ade yang kena present, ade yang tak payah.

So masa sangat terhad nak study. Last paper aku time tu subjek Engineering Measurement. Malam tu aku cam dah tak leh fokus dah sebab giler penat lah. Even pukul 11 malam pon aku tak sure apa yang aku baca. Masuk je keluar balik. Esok exam pukul 9 pagi. Then masa dah larut malam tu aku pikir jap. Kalau aku tido sekarang, aku konpem 100% esok aku tak boleh jawab. Konpem lah..sampai berdarah-darah hidung pon aku tak leh jawab.



So aku decide malam tu tak tido. Satu sem punya subjek aku cramp dalam satu malam. Aku tau lecturer aku tu memang ajar ape yang masuk exam je. So malam tu aku aku revise balik semua notes. Elok-elok pukul 7.40 pagi tu baru habis revise. Kalau tengok citer korea aku boleh tak tido 2 malam. Jadi nape kalau study aku tak boleh kan? Kalau tak study, konpem fail. So at that moment, saper pon tak nak fail. 

Masa pegi exam tu aku berdoa lah supaya aku tak pengsan masa exam, berdoa supaya Allah beri ilham masa menjawab, berdoa supaya Allah kuatkan daya ingatan aku. Alhamdulillah...syukur yang amat. Bukak paper je, mostly memang sebijik macam lecturer ajar. Cuma soalan first tu je die tak terangkan sangat. Tapi alhamdulillah aku paksa diri sendiri paham sampai dapat. Jadi takde la clueless sangat. 

Lecturer Machine Design aku cakap, "Engineers don't sleep." Dah bajet engineer tu takkan bab ni nak escape plak kan. No pain no gain. Alhamdulillah.....

Next story aku nak cerita plak pasal misi turunkan berat badan aku. Sedar tak sedar dah setahun aku berusaha. Semua orang tahu nafsu tu paling susah nak kawal. Tambah-tambah nafsu makan. So memang aku decide tak nak cuba dah benda-benda yang ganti meal harian kita. Aku nak makan ape aku nak. Biar tekak aku ni tak terseksa sangat. Cuma aku start control kuantiti carbo tu. 

Ok...kalau korang followers, korang tau kan aku dah cerita banyak pasal diet aku ni. At the moment, aku pegi memana je, semua orang mempunyai reaksi yang sama bila aku cedok nasik. Semua orang risau bagi pihak aku. Korang cube bayang, berape butir nasik yang aku amik sampai semua orang react macam tu. 

Akak kat kedai nasik lauk pon kenal aku. Sampai die cakap ritu, "Cukup-cukup la tu diet dik...Dak kurus dah. Cukup la tu." Die ulang lebih lima kali plak tu. Aku balas, "Blum lagi kak, banyak lagi tak setel." Senyum sambil bayar pastu pegi beli air plak. 

Aku akui, manusia memang tamak. Mula-mula aku target 60kg. Lepas tu aku tamak nak 57kg plak. Dah capai, aku target 50kg plak. Korang rasa aku akan berhenti di situ?? Of course la tak kan. Maybe lepas tu 47kg. Ntah la rupa aku macam mana time tu. Yang pasti mesti nak dapatkan lower part Girls Generation. HaHa. 



Aku ni memang pencinta makanan. Sayang giler kalau tengok makanan tak habis. Dulu aku mesti habiskan makanan tak kira lah aku punya or member lain. Aku ingat dengan niat murni aku tak nak membazir tu nanti Allah akan balas supaya ia tidak menjadi lemak. Tapi aku silap. Aku tak dapat pape kalau aku tak berusaha. Aku dah makan sedap-sedap, pastu skip part usaha and terus berdoa. Pigi dah...

Sekarang portion aku makan separuh dari nasik separuh kalau kat kedai makan yang tak boleh cedok nasik sendiri. Sebab tu aku kena pegi makan ngn Mr. D sebab die yang akan habiskan nasik aku. HaHa. Nasik goreng plak dah lama aku tak order sebab isi die mostly nasik. So aku avoid. Kalau Mr. D takde, memang aku tinggalkan je nasik lebih tu tanpa belas. 

Bukan membazir. Sebab bukan aku yang cedok nasik tu. Kalau cedok sendiri konpem habis. Takpe tak habis, kalau bukan rezeki kita, jadi rezeki ulat ke. Tak kisah la...tapi ade la rezeki sesaper. So jangan rasa bersalah ye. Dan sila jangan pikir panjang jika dah eksaited untuk melakukan sesuatu yang baik. Benda baik takde negative sides. Kalau ade, dah bukan benda baik letew. Kita akan pikir panjang bila kita tak berape eksaited jer. 

Benda baik ni kita dah tahu dah in the end die macam mana. Dan yang paling penting, korang akan rasa best giler bila dah capai ape yang korang impikan tu. Korang akan rasa puas dan takde saper yang boleh condemn korang lagi sebab memang betul method yang korang pakai tu berkesan. Just continue to believe in what you believed in. Korang tau exercise tu memang boleh kurus. Tapi lepas seminggu exercise tapi tak turun banyak, korang frust and korang stop.

Jangan stop! Sebab semua benda amik masa untuk berubah. Badan pon sama. Dah bertahun-tahun ternak lemak, takkan dalam seminggu die boleh alter semua benda. Aku pon sebenarnye tak ingat macam mana initially aku boleh dapat semangat yang tak putus-putus ni. Sampai sekarang jadi calorie freak, pastu kalau tak senam sehari, tido pon susah hati. 


Tapi kalau korang tanya sekarang, macam ni lah perasaan aku. A person with a league on my own. Even orang yang promote produk kurus pon tak kacau aku sebab diorang respect. Padahal aku takde la mencapai tahap hot pon. HaHa. Bila korang dapat return yang gempak, memang korang rasa diri korang hebat. Orang cakap jangan expect tinggi sebab nanti takut frust. Tapi aku rasa takpe, kalau tak expect tinggi, sampai ke sudah ape pon tak dapat. 

The above picture, I got it from Facebook. Finally I found how to describe my satisfaction. Kalau aku boleh, nape korang tak boleh? Takde masa? Masa aku pon 24jam je sehari. Belajar denda diri sendiri, bukan tau pamper diri sendiri je. Kalau korang makan KFC yang hampir 1000kcal satu dinner plate, berlari lah kau sejam. 

Untuk sesiapa yang nak kurus, percaya lah bahawa senaman memang boleh kuruskan badan korang. Kat dalam TV tu semua cakap dah penat exercise tapi takde efek. Aku mula-mula percaya, tapi sekarang tidak lagi. Takde benda dapat free dalam dunia ni.

Hmmm...badan dah sejuk. Off to mandi. Bye guys =)

2 comments:

Abdullah Zaini said...

gemuk lah saya..huhu..

Feezah Hanimoon said...

hehe...awak memang dah berisi. dulu ketul2. sekarang??? kuang kuang kuang...tp awak tetap taffff =)