Risau di malam hari, hina di siang hari

Satu pagi aku tengok kuliah kat tv pasal hutang. Ustaz tu cakap ada tiga jenis hutang iaitu hutang yang menjadikan kita semakin kaya, hutang yang menjadikan kita semakin miskin dan hutang yang menyebabkan kita memerangi Allah. Alhamdulillah aku sempat dengar penjelasan mengenai dua yang pertama. 

Hutang yang menjadikan kita semakin kaya adalah seperti hutang untuk pelaburan. Pelaburan yang baik akan memulangkan hasil seperti membeli hartanah. Atau jenis-jenis pelaburan yang lain yang untungnya melebihi ansuran tahunan. Aku rasa macam pelaburan ASB. Pinjam seratus ribu untuk 20 tahun, bulan-bulan bayar RM657, so kalau aku kira in the end kita bayar kat bank extra RM57680. Tapi kalau kira dividen cincai 8% setahun, dapat la RM8000 kan. Kalau every year kita keluarkan pon, totally dapat la RM160000 and the earlier hundred thousand itself. 

Tapi aku pernah baca pasal larangan terhadap perkara ini sebab kita seolah-olah memilih untuk terjebak dengan riba. Yang ni aku tak sure sebab tak nampak larangannya berkuatkuasa. Kalau ingin menkaji lebih lanjut, tanyalah pada yang arif. Mama cakap kat aku tak yah la buat. Biar bakal suami je buat. Haha. Aku boleh support komitmen lain. Haha. 

Hutang yang menjadikan kita semakin miskin adalah seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan skim ansuran mudah. Sekarang orang berbangga memiliki kad kredit. Sebabnya jenis kad kredit tu dapat menunjukkan status sosial pemilik. Tapi bak kata penceramah, kalau la kad kredit tu dipanggil kad hutang, konpem yang ada pon buat-buat takde. Pegi pasaraya nanti cashier tanya "Encik ada kad hutang?" Memang tidak ler tangan tu nak menarik kad keluar wallet. Kena plak kad yang memang dah melekat lekit tu, buat malu je dengan orang beratur belakang.

Hutang yang menyebabkan kita memerangi Allah....sayangnya esok tu aku dah tak tengok. Yang part 1 ni pon aku tengok sebab baru sampai dari KL pagi buta tu. So stay la jap sebab tak ngantuk. Tapi teringin jugak nak tahu hutang apa yang dahsyat ni. Google pon tak jumpa tapi serius nak tahu. Mungkin ada kaitan dengan hutang yang membuatkan kita berbuat jahat kepada orang lain plak. Contohnya sebab kita berhutang, kita curi duit orang lain untuk setel hal kita je. Pastu anak bini orang lain tu kebulor. Logik jugak kan.

Penceramah tu cakap, dalam satu kajian mengatakan bahawa otak manusia ni akan sentiasa berpikir dua perkara. Pertama ialah bagaimana untuk berhutang dan yang kedua ialah bagaimana untuk tidak membayar hutang. MasyaAllah...terasa kena dengan diri sendiri. Masa nak mintak loan belajar dulu, sanggup bersusah-payah kan? Sekarang bila dah abis belajar, mula lah pikir nak buat rayuan diskaun bayaran balik or lagi bagus kalau tak payah bayar langsung. Tak payah buat kajian jauh-jauh, diri sendiri pon percaya dengan statement ni. 

Penceramah tu cerita, Rasulullah SAW pon tak nak solatkan jenazah yang meninggalkan hutang melainkan ada di kalangan yang hidup sudi menjelaskannya. Sebabnya baginda tak nak bagi syafaat kat orang-orang macam tu. Sabda baginda yang bermaksud:

"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."

Ini adalah satu warning. Kalau berhutang malam tido tak lena, siang plak kalau bank call masa kita tengah bersembang dengan orang lain, tak ke rasa hinanya? Ya Allah...semua ni aku senang-senang je boleh relate dengan diri sendiri dan sekitar. 

Aku malu dengan orang yang aku berhutang. Sungguh. Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang melimpah-ruah untuk aku mampu melangsaikan hutang aku dan keluargaku serta menjauhi hutang di kemudian hari. Namun aku bersyukur kerana di saat genting, ada hati yang terbuka untuk menghulurkan bantuan. Terima kasih atas pertolongan. Tapi demi Tuhan, dengan kamu itu, aku malu! 


1 comment:

Anonymous said...

aku rasa tajuk kau dan phrase yang ustaz tu cakap adalah betul.

kalau hutang orang memang susah nak tido malam pun...