Tajuk diletakkan dalam entry

Topik hari ini ialah "Yang malas bersenam tu, jangan la condemn orang lain nak kurus."

Kita selalu encounter orang kurus yang still cakap perut dia buncit, peha dia besar, lengan dia goyang and what so ever. Reaction kita mesti macam, 'Poyo la kau!' *mata ke atas dan melirik ke sebelah lain*

Tapi kau actually tak pernah nampak perut dia dalam baju and peha dia dalam seluar. Pakaian boleh memberi ilusi, menyembunyikan selulit dan memampatkan lemak. Luar nampak cun, padahal perut sebenarnya berlipat-lipat. So benda ni hanya tuan badan yang tahu. 

Walaupon orang tu nampak cun dah, kalau dia nak improve lagi, kau pehal plak nak condemn. Itu la semangat orang yang sentiasa nak maju ke depan, tak puas hati dengan apa yang ada je, and most importantly, apa yang dia nak tu adalah benda baik. Bukannya dia nak duit banyak, dia pegi merompak. 

Aku rasa orang yang asik condemn ni ada penyakit sakit hati tengok orang dapat lebih. Tapi diri sendiri malas berusaha. Contohnya bila sorang ni nak kuruskan badan sebab nak kawin, ade je ayat "Nasib baik la bf aku terima aku seadanya." 

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Weh, bf orang lain pon menerima dengan seadanya. Kau gemuk ke kurus ke, dah dia nak tu, harus la awal-awal lagi dah pandang hujung shawl ke hujung kaki. Macam aku, dulu gemuk. Mr.D nak je..tak kisah pon. Tapi aku rasa sebab dia tak kisah aku badan besar, why not aku bagi bonus kat dia? Memang dia suka pon kalau aku kuruskan badan. 

Please la..kalau kau dah kurus, takde nya bf ko menangis air mata darah nak kau gemuk balik. Kan? Even kalau kau tanya, mana lagi ok, dulu yang gemuk ke sekarang yang kurus, konpem dia jawab sekarang. "I suka u gemuk la, I tak suka u kurus" Puihhhh.

Patutnya bila tengok orang yang dah sedia cun melecun tu still nak improve, kau rasa segan dengan dia. Sebab kau tahu bukan senang nak kurus. Tapi semangat dia tak pupus walaupon sekarang nampak dah ok. Jangan sebab kau malas, kau nk drag orang lain supaya malas sama. Kau tak nak orang tu move further sebab nanti lagi la kau tak terjangkau. 

Takpe, go on. Jangan putus asa, jangan kecik hati dengan orang yang condemn tu. Orang yang malas memang takkan ke mana. Kita ni kena tahu apa kita nak. Kalau kita rasa belum cukup, means memang belum.

Maka, aku ada lima bulan lagi. Sebulan target dua kilo. Target biar gempak. Tak capai pon nanti dapat sipi-sipi pon jadi la. Hmm...

Last but not least,

Hello Moon. Welcome back!



Intro tentang projek DIY

Aku sebenarnya perasan yang blog ni tak produktif. Haha. Tapi last month and insyaAllah these coming months aku akan sangat busy kemas umah, kemas umah dan kemas umah lagi. Sambil-sambil tu aku curi masa sket untuk jalankan projek DIY sempena majlis kesyukuran dan pertunangan bulan 6 nanti. Hee..

Alhamdulillah parents aku akhirnya bagi aku move on to the next step. So, tanpa banyak citer aku nak bagi teaser je dulu apa benda yang aku dah buat and tengah planning nak buat. Aku dari dulu sampai sekarang memang suka benda-benda seni kertas ni. Dulu masa sekolah konpem aku eksaited kalau kena buat scrapbook. Sebolehnya border setiap page tu aku design sendiri. Kalau rajin aku lukis and warnakan. Kalau malas, aku lekatkat jalur kertas warna kat atas kertas putih tu. 

Sebab aku merajinkan diri ialah dulu aku takde printer. Bila zaman adik aku, semua benda bantai print. Last kali sampai sekarang tak kreatif. Aku rasa laaa..haha. Tulisan pon siap kena tegur dalam buku rekod pencapaian. "Pencapaian cemerlang, cuma perlu baiki tulisan." Kah Kah Kah. Tragis buku rekod hang adik.

Okay. Projek pertama DIY aku ialah bantal hantaran. Berlambak tutorial kat dunia siber ni untuk buat menatang tu. Tinggal kau nak imagine colour combination je. So, hasilnya aku berjaya setelkan 5 bantal lelaki dan 7 bantal perempuan. Kat bawah ni macam teaser je..aku tak tau la menjadi ke tak teaser aku ni. Aha.



Tapi makin lama makin bertambah plak jumlah hantaran. Naik 8 balas 6 which is aku tau orang tak pernah buat tapi ada aku kesahhh. Dan last sekali ritu decide nak bagi kain nikah plak. Maka jadi la akhirnya 7 balas 9. Yang lain semua makanan sedap! Tak sedap tak boleh bertapa atas bantal hantaran handmade itu yer.

Then projek kedua ialah DIY bakul hantaran menggunakan surat khabar. Ini agak mencabar. Aku follow tutorial kat youtube yang nampak macam kacang bendi tapi bila kau dah start buat, there's no turning back uols. Sebab bilik kau dah bersepah. Karpet penuh dengan serpihan gam maka you have to endure this. Teaser kat bawah. 


Aku pon dah lupa berapa banyak yang aku buat. Cuma cita-cita nak buat pinggan je tak kesampaian sebab aku pon tak tau camne nak jalin supaya terbentuk pinggan tu. Next stage ialah spray cat. Bab ni toksah la aku nak memandai kerana sejujurnya aku hanya akan membazir cat tersebut. Warna apa itu kena tungguuuu...hehehe. Masa aku buat ni dalam kepala dah set apa nak letak. So, aku akan stress kalau mama ada idea lain. Pffftt..

Projek yang ketiga plak ialah DIY mini dais. Masa pegi tengok langsir, mula-mula nak play safe la kan. Nak beli cream jer. Tapi bila pusing celah bedah kain-kain tu, timbul satu idea gila. Mama pon masa first time tengok kain aku beli, dia tanya kenapa tak beli cream. So, korang paham tak yang aku sekarang tengah berjuang bersendirian?? Mama tak berapa paham camne deco hantaran yang ada dalam kepala aku, now dia tak paham plak konsep mini dais aku. Dan aku bajet banyak benda lagi yang dia bakal tak paham. 

Kalau korang tengok kain yang aku pilih, adakah korang paham? Or tak jugak?


Untuk memudahkan aku nak reka deco berikutnya, aku lukis cikai-cikai dalam Paint. Kalau lukis kat kertas, macam agak tidak bersemangat sebab tak nampak warna. Walaubagaimanapon kalau korang rajin nak pakai pensel warna, silakan ajaaa... So kat bawah ni kekononnya teaser la kan...


Tile umah aku ni kaler dark brown. Tu yang aku letak finishing tile senget-senget kaler coklat gelap tu. Melihat kepada kecondongan longkang tile yang lintang-pukang, konpem aku dilarang daripada menceburi bidang memasang tile. Kem salam la nak boleh cari makan camni. Tapi tile umah aku ni otai yang buat. Mabeles! Selow motion je dia pasang sorang-sorang. 

Aku plan nak letak tanglung kat tepi sebab aku dah muak tengok bunga. Plus, aku decide nak buat mini dais ni pon sebab nak bergambar nanti cantik la sket. Aku takde hire official photographer pon. Setakat ni plannya nak PAKSA beberapa orang untuk jadi photographer. Muahahaha. 

Sebagai frame yang nak support structure dais ni, aku dah submit proposal and drawing kat papa untuk pakai PVC putih. Ni pon aku tengok blog omputeh selalu buat photobooth pakai PVC. Since affordable la jugak, maka boleh proceed. Cuma aku design supaya ada 3 layers untuk menambah seni pada dais ni. Korang kalau sekali tengok mesti cakap macam penyidai towel. Kali kedua tengok pon tetap korang akan nampak macam penyidai jugak. Cuba tengok engineering drawing aku yang sedeyh ni.

Ni aku design dalam Paint jugak. Then aku transfer kat Word untuk buat dimension. Tapi sekarang aku malas nak print screen yang dah siap kat Word tu. So aku tepek je yang sedia picture ni. Basically aku guna langsir umah sebagai reference. Total height dalam 2.2m or lebih kurang 90 inches. Total length about 2m and width 0.5m. After discuss ngan papa, kitorang decide nak tambah satu pipe melintang kat bawah untuk support, walaupon aku dah penat explain yang kalau diameter besar, tak perlu kot extra pipe tu sebab dah kukuh. Plus langsir pon nipis je. Hmm..lantak lah. Janji benda ada depan mata.

Kesimpulannya aku pon konpius berapa banyak sebenarnya projek DIY aku ni. Hurmm..walaupon penat, leceh, lenguh badan, stress dan macam-macam lagi, tapi kalau semua ni menjadi, aku puas hati kot. Kalau tak DIY, mungkin warna yang aku nak tak dapat exactly, gubahan hantaran yang tak berkenan di hati and so on. Sewa dais plak beratus. Pastu kena pulangkan. Setakat ni untuk kain aku dah belanja RM33.50 dan DIY bunga crepe RM39 untuk 13 kuntum. Kalau nak jimat lagi, start from scratch dari kertas crepe biasa. Aku beli yang dah siap potong dan lipat. Tinggal nak kembangkan je. PVC frame ni maybe telan belanja lebih sket la..sebab aku nak pakai pipe 1.5 inches. Tapi boleh simpan untuk reception plak. 

Akhirnya, berakhirlah kisah bakal pengantin bajet ni. Memangkan aku tak keje sekarang, memang patut la aku DIY semua benda. Kalau aku hanya nak lepak goyang kaki, sila sepak terajang je okay?

Sekian, adios amigossss.



Entry Kosong

Rasa kecewa dengan diri sendiri. Orang asik tanya dah keje ke belum, keje kat mana and so on. Serius rasa sijil degree dan transkrip ni tak berguna. Papa cakap kalau nak senang dapat keje, pertama result kena bagus, kedua kena ada connections. Somehow rasa benda tu betul. Tapi yang sedihnya bila connections come first. Result cantik or tak belakang kira. 

Cukup bulan ni dah lima bulan menganggur. Rasa nyesal plak tak part time. Dulu tak sangka akan drag sampai berbulan-bulan. Tipu lah kalau result cantik, kau boleh dapat offer best. Semua tu tipu! Orang sekeliling memang baik sebab suka bertanya khabar. Tapi tu la...

Jadi aku boleh paham orang lain yang tension dengan soklan macam 'dah ada calon belum' 'bila nak kawin' 'bila nak dapat anak'. Tak payah tanya sangat la, nanti kalau dah dapat keje, aku sendiri announce satu dunia. Okay. Orang lain dapat rezeki terpijak. Aku yang tak terpijak rezeki lagi ni.

Tetiba teringat Hot FM petang semalam. Topik pasal soalan yang paling tak suka dengar sekarang. Ada akak tu call dengan emosi gila cerita kisah dia.

"Akak tension dengar orang tanya bila nak dapat anak lagi, dah sah-sah aku tengah pantang, kau ingat beranak tu macam uh-uhh? Kalau beranak tu macam uh-uhh, hari-hari pon aku boleh beranak kau tau?!"

Hahahahahahahaaaaaa.......Serius lawak akak ni!

Time aku down camni, rasa nak berbual lama ngan Mr.D..tapi sesi heart-to-heart talk terpaksa dipendekkan sebab esok dia keje. So kena tido awal. Plus baru balik outstation. Haishh..aku nak ada skandal, dia tak kasi plak. Aigooo -_-



Hari itu dalam sejarah...belanja papa mama makan Seoul Garden

Last Friday, aku akhirnya berkesempatan untuk belanja papa mama makan. Cewahhh...lama dah sebenarnya kesempatan tu ada. Cuma hari tu baru decide nak belanja. Pastu cepat-cepat ajak pegi takut berubah fikiran. LoLs. Kebetulan outlet Seoul Garden baru buka di Amanjaya Mall. Dan yang best nya lagi, ada senior citizen price. Haha. Diskaun dalam 10 hengget kot. Yang tak best nya, aku lupa hari tu public holiday. Maka membership card tak leh pakai. Jadi aku kena bayar full. Total price kitorang bertiga dalam RM120. Harga setiap outlet lain-lain. Kat KL kalau aku makan berdua ngan Mr.D pon dah seratus. Aku suka pegi time dinner. Sebab berbaloi la sket dengan harga sebab ada banyak jenis daging dan ayam compared to lunch. Plusssss...ada kambing! Aku ngan Mr.D kan pencinta kambing. Papa pon suka kambing. 


Ini la papa dan mama. Mama paling awal surrender. Terus tukar tempat duduk kerusi yang ada penyandar belakang tu. Sebabnya tak mampu dah nak duduk sendiri. Haha. Parents aku ni enjoy steamboat more than bbq. Aku plak memang cekau bbq dulu. So hari tu memang kitorang makan sampai berselerak pinggan mangkuk. Tu pon dah suruh pekerja angkat sket. Papa masuk je terus ambik benda panjang-panjang spesis siput tu. Apa ntah. Rasa liat-liat. Tapi ok je. Sayur plak memang bertambah sentiasa. Aku tak makan sayur sangat. Jadi memang dikatakan semua kitorang bedal ritu. Kejap aku bangun, kejap mama, kejap papa. Fuh. Ular sawa jelmaan la gamaknya. Huuu...jang jang!


Dah jadi ular sawa tu, keluar mall je angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa macam tepi pantai. Lepak lu kat kerusi luar tu. Mama memang sporting bab bergambar. Sayang benau dia kat papa. Aku selalu je tak paham asal mama ikut je papa nak apa. Contohnya dah ada bihun goreng. Kalau papa nak makan nasik, mama masak jugak on the spot. Mengada betul orang tua ni. Stress aku. Banyak lagi la situasi yang lebih kurang sama. Mungkin ni la kasih sayang kekal sampai ke tua. Mama pon sama. Bateri kete kong. Kete tersadai kat tempat keje. Kol papa suh datang setelkan. Malam tu jugak dia shoot ke Sungai Petani. I was like...tak boleh panggil pomen ke? Tukar bateri je ponnnn. Hadoi..


Ni dah bangun dan nak gerak balik. Sempat lagi tu. Gambar memang tak clear sebab malam. Maklum la..Ipad 3 jerr. Apple upgrade camera siang je compared to Ipad 2. Gambar aku toksah tanya. Sebab mama ni jenis tangkap gambar tak reti bilang ke ape. Dia senyap sepi je pegang camera. Aku ngan papa konpius dah ke belum kan. Lenguh dah sengih. Rupanya dah lima keping. Pastu tengok balik, semua goyang. Blerghhh -..-


Last but not least, gambar aku yang membesar dengan jayanya di rumah. Papa cakap gambar cantik sebab nampak aku makan banyak. LoLs. Cendol, ais kacang, dimsum, semua aku bantai. Kalau korang perasan, siput panjang yang aku cerita tadi ada dalam salah satu pinggan kat atas ni. Aku terlampau malas nak tanya papa itu menda. Makan je aku tahu. Muahahaha.

Kesimpulannya, now I am 120 bugs poorer. Huaaaaa....tapi takpe. Sekali-sekala belanja parents apa salahnya kan? Huhu...investment ni sebenarnya. Esok-esok boleh mintak lebih. Wakakakakakakkkk ^_^


Dua situasi, mengetahui dan diketahui

Ok. Ada dua situasi di sini.

Pertama, pernah tak korang secara tak sengaja ter-discover rahsia orang pastu cuak takut orang tu tahu yang dia dah kantoi? Hari ni aku melaluinya. Tapi aku tak leh la citer rahsia tu. Perasaan time tu gelabah nak mampus sebab secepat mungkin nak cover balik. 

Contohnya kau terbaca mesej boyfriend kawan kau yang tersangat menggelikan. Of course la kat henpon kawan kau. Lain plak cerita kalau kau baca kat henpon kau. Haha. Kan smartphone sekarang ni boleh set message tu appear kat lockscreen. Bila kawan kau datang, menggelabah kau nak buat-buat tak nampak, tak baca, tak perasan pon ada mesej masuk. Aha. 

Contohnya lagi kau terdengar housemate gaduh ngan boyfriend dalam phone. Bese la gaduh..mesti la ada klimaks. Haha. Pintu besi pon boleh tembus suara kau. Apatah lagi pintu flat pkns. Kebetulan kau otw ke toilet dan lalu depan bilik dia. Haa...otomatik uols...jalan tak bunyi tapak kaki, bukak pintu toilet selowwww je, tutup pon pulas tombol dulu, angkat pelapik toilet pon lemah gemalai, teran pon cover baik punya...cuma 'plop' tu tak leh nak buat apa la.

Kalau tidak......berdesup pegi toilet, jalan bunyi 'dum dam dum dam' pastu tolak pintu toilet sampai terhepas ke dinding, dah tu 'berdebooom' tutup balik ngan harapan tombol tu terpulas sendiri, 'pelepap' bidas pelapik toilet tu ke atas, 'zap' duduk dan 'whoooooshhhh' legaaa...

Btw, aku tak suka duduk tanpa pelapik toilet tu. Sakit bontot woi. Housemate aku sorang tu suka angkat. Yang sorang lagi tak kisah atau memang selalu tak menyempat dah. Haha. Tapi logik jugak kalau ikut saiz bontot. Tujahan terhadap bontot aku lebih dalam, maka sebab itu perlu ada pelapik. Kalau takde pelapik tu aku kena pacak kuda-kuda sket. Pehal plak nak teran ke bawah, tapi nak pacak supaya ke atas. Newton's 3rd Law tak boleh apply dalam toilet. 

Ok. Itu baru situasi pertama. 

Kedua, kau syak yang kau dah kantoi, tapi orang yang berkenaan buat macam takde pape. Kau pandang dia atas bawah, dia still buat cam bese. Pastu kau tak pandang dah. Takut. Pastu kau akan start hubungkaitkan setiap benda yang dia tanya indirectly dulu. Dalam otak kau "Ohh..patut la. Tolong la dia tak tahu" lols. Konpem dah tau, kau toksah nak psiko diri sendiri. 

Yang ni pon aku pernah melaluinya. Dah lamaaa lepas tu baru aku perasan. Deym! Patut la time tu dia tanya. Dulu soklan tu tak pelik. Konfiden je jawab. Rupanya itu soklan perangkap! Cis!! Dia sesaja kot tanya. Kalau dia tahu, takkan dia x confront aku. Mesti dia tak tahu ni. 

Eleh. Tadi pon kalau kau tahu rahsia orang, kau tak confront dia kan. Hurm..tukar plak. Harap-harap dia bersangka baik. Apa pandangan dia kat aku pasni? Arghh..gi mampus. 

Deym! Deym! Deym!

Bila teringat, rasa nak terjun bangunan. Macam mana boleh cuai?!

Kalau situasi pertama pon kau menggelabah. Situasi kedua ni lagi dahsyat betul tak? At least bagi aku la...aku harap orang tu, kalau betul aku kantoi ngan kau pon, aku harap kau diam sudah. In future, jangan bagi hint apa-apa yang bersangkutan. Sila erase memori kau segera. Benda ni tak penting untuk kau ingat.

Tapi aku still rasa ada possibility kau tak tahu pon. Hahaha. Sebab kau rileks je time tu. Kau actually tak tahu pon kan? Kan? T_T

Deym la. Aku steghesssss!



Zumba!

Sejak dua hari berjinak dengan zumba..aha..jangan main-main, baru dua hari ni..hehe. Walaupon baru gigih berzumba, tapi sebenarnya seluar zumba telah ku kenali sejak berkurun lamanya. Sebab seluar dia cantik! Dan membuat lenggok si pemakai jadi seksi! Contoh zumba pants ni macam kat bawah ni.




Ada jugak yang bercorak macam askar tu. So yang seksinya, bila kau bergelek zumba tu, tali tu akan terpelanting sana-sini. Haa...itu la masanya kau boleh libas orang sebelah tu. Walaupon seluar ni besar, tapi situasi akan balance kalau kau pakai baju...ehem...kecik sket. Yang fit melekap setepek kat badan tu. Ala-ala kat bawah ni.


Kalau kau nak pakai sport bra saja pon no hal. Tapi pastikan kau bersenam dalam bilik sorang-sorang lah supaya rahsia perut menggelebeh hanya kau sorang je yang tahu. Muahaha. Serius aku ngidam zumba pants ni. Masa kat gym dulu aku usyar je orang pakai. Setakat ni harga online dalam seratus lebih kot. Aku tak tau la nak cari mana supaya dapat beli murah sket. Harus la aku nak murah sokmo. Aha.

Eeeiii...geramnya aku tengok tali-tali dia. Ada jugak aku jait tali kasut murahan kat seluar track aku nanti ni!

LoLs.

Zumba ni kalau ikut pahaman aku macam menari latin. Aku memang suka menari. So aku enjoy la buat benda ni. Dua hari ni aku follow youtube video Persian Zumba. Dah download kat ipad siap-siap supaya tak la tersekat-sekat nak buffer memandangkan tenet umah ni hanya 1 Mbps. Duration 50 minutes. Hari pertama berjaya follow sampai 30 minutes. Hari kedua challenge diri sendiri untuk pecah rekod. Hasilnya lebih la satu lagu, total 34 minutes. Pastu tak sempat warming down aku dah cari air. Memang hardcore la zumba ni. Tu belum kau tension asal pinggang and punggung kau keras. Rasa macam pokok balak bergelek plak. Zzzz.

Neway, aku harap one fine day bertemu jodoh lah aku ngan seluar ni. #wishlist

Korang kalau ada masa, walaupon rasa macam takde tenaga, try la zumba. Hari ni satu lagu, esok tambah lagi. Aku rasa elok gak gelek sakan ni, boleh kuatkan bahagian pelvis. Lagi pon, buat dalam bilik je..bukan pegi bergelek untuk tontonan umum kan. 

Fighting!


Cabaran Diet

Memang susah nak berdiet kalau balik kampung. Tambah lagi aku yang dah nak dekat 4 bulan duk umah. Satu sebab mak, seperti yang sedia maklum, mak masak memang sedap. Dua sebab ayah, memang ayah tak masuk dapur, tapi ayah aku ni jenis tak boleh tengok aku tak makan. 

Macam dua hari ni, ayah aku pegi Sg. Petani nak setel kete mak yang rosak. Actually tukar bateri je. Tapi mak aku tu, tau la...cepat panic dan takde back up plan esoknya nak pegi keje ngan apa. So dua hari ni, ayah aku asik kol je tanya dah makan ke belum? Makan apa? Kalau aku cakap belum makan, kenapa tak makan lagi? Nak suh dikboy belikan tak? Haishhh..

Masa aku sakit ritu, ayah aku cakap dia suka tengok aku lalu makan. Padahal dalam hati ni, abis la diet aku, abis la badan naik balik, dah la takleh bersenam, camna ni camna ni?! Pastu kalau aku suh beli nasi separuh, ayah aku cakap harga sama je ngan nasi penuh. Aku cakap biar la harga sama pon daripada nanti aku buang. Then ayah aku cakap takpe, nanti dia abiskan.

Masalahnya dia tu diabetis, mana leh menketedarah nasik. Lagipon, takkan nak tinggal nasik kosong, harus la tinggal lauk skali. Yang aku plak suka makan lauk banyak, nasik tu cam sampingan je. Order lauk saja pon aku pernah kat kedai. 

Aku tau perasaan mak ayah ni memang nak tengok anak makan cukup. Tapi aku memang makan cukup pon. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Aku rasa megi panas tu heaven gilaaa. Boleh jadi lunch, boleh jadi dinner, boleh jadi minum petang. Memang tak berapa sihat la, tapi tu la makanan mudah untuk kira kalori. Haha. 

Kat umah aku jarang dapat makan megi. Kalau aku cakap nak buat megi je, ayah aku nak tumpang sekaki. Tapi megi selera dia ni harus ditumis bagai. So dah jadi bertambah tak sihat. Pastu nanti cari nasik lagi. Perut melayu sungguh. Dah kenyang tapi nak cari nasik jugak. 

Ni lagi satu hal. Let say aku dah makan mee pape ke tengah hari tu, pastu kalau malam nak makan bihun, ayah aku mesti macam tak setuju. Mesti tanya tak nak makan nasik ke? Pastu portion makanan goreng kat kedai ni memang banyak. Sebab tu dah berkurun aku tak order nasik goreng. Sebab nasik banyak, lauk kurang. Scary uols tengok lambakan carbo dalam pinggan, walaupon protein pon ada kalori, still rasa tak patut nak masuk semua dalam mulut.

Bila aku tak habis makan plak, memang aku sejak diet ni takde nak sayang makanan dah. Tapi mak ayah aku ni tak leh terima. Mak aku yang dah kenyang pon sanggup habiskan. Ni aku tension ni. Bila aku suh beli separuh, or actually aku nak makan suku je, diorang cakap harga sama la yada bagai. Aku tak nak la diorang makan banyak sangat sebab masing-masing dah ada penyakit. 

Boleh plak ayah aku cakap, aku kena makan abis, kalau tak dia yang kena makan. Dan dia tahu yang aku tak suka dia makan banyak. Ayah aku ni pemalas nak pegi check darah. Kolestrol ntah macam mana. Haishh. Mak aku plak kadang-kadang control makan ayah aku, tapi kalau bab-bab makanan tak habis ni, suh ayah aku setel jugak.

Maunya aku tak tekanan. Dah tegur dah mak supaya konsisten la jaga makan ayah tu. Jangan sebab sayang makanan lebih tu kesihatan ayah diabaikan. Tak berbaloi kot nak gamble nyawa macam tu. Kalau tak nak buang pon, boleh bagi kucing kan. 

Seriously, aku bukan menggalakkan korang buang makanan. Tapi, aku menggalakkan ambik nasik tu dalam jumlah yang sikit. Separuh or lagi elok, suku pinggan. Then amik la lauk pape. Kat kedai makan, jangan order nasik goreng. Tapi kalau aku mintak orang lain tapaukan nasik, aku cakap nasik nak suku, tapi cam bese la..orang lain pon tak leh terima akal nasik suku. Tu yang last skali aku tak abis tu. 

Macam pernah aku cerita dulu, makcik kedai siap cakap, baik tak yah makan. Jelas makcik tu kurang pengetahuan. Kalau tak makan langsung, baik aku terjun bangunan je. Buat pe nak sengaja mati kelaparan. Diet ni kena restrict calorie intake dan workout. Makan mesti tak kurang dari 1200 kcal per day. 

Ada akak yang aku pernah kenal sekejap tu, dia dengan yakinnya  nak debate kata 1200 kcal tu tak logik. Goreng pisang pon dah berapa. Apa je leh makan gitu? Dia google kata 2000 kcal. Aku tanya dia, tu untuk maintain ke untuk diet? Dia teragak-agak nak cakap, take time sket nak respon, pastu dia cakap.....untuk diet. 

Hakak oi, tak payah nak kelentong. First thing bab goreng pisang tu, memang kalori dia tinggi. Maka pernah tengok tak dalam menu diet ada goreng pisang? Second thing, memang dengan 1200 kcal tu takde apa sangat la yang boleh makan. Tapi cukup la untuk hidup. Third, aku konpem 2000 kcal tu untuk maintain, kecuali kau ni athlete ke, buruh kasar ke kan. 

Lagi satu aku paling tak leh blah ngan teori makan sekarang, jap gi dalam kete perut terhentak-hentak, turun kete boleh makan lagi. Ni ayah aku la paling suka guna. Dia cakap Schumacher hilang banyak kilo sebab tournament. Hadoi, orang tu bawak kete panas terik, fokus melampau, laju berdesup gitu. Kita ni bawak keta makan angin, dalam air cond plak tu. Tak rasional nak compare.

Takpe lah. Memang orang susah nak terima. Sebab makan tu memang sedap. Lepas makan kalau tido lagi sedap. Bersedap-sedap dahulu, berseksa-seksa kemudian lah ye. 

Sekian, terima kasih.



Bila tak sekufu

Masalah akan timbul bila tak sekufu. 

Bukan nak cakap impossible, tapi kena panjang akal nak bagi possible. Contoh paling senang ialah makan. Tau la kan, anak orang kaya makan macam mana. Berbeza dengan kita-kita yang asal biasa-biasa je ni. Benda ni aku sendiri dah kaji. Sorang ni dulu bila kapel dengan yang biasa tak berapa nak biasa, makan pon restoran la jugak. Tapi nak kata pegi warung memang tak arr.

Sekarang dah break up, life goes on dan dia pon moved on, kapel plak dengan yang terlebih dari biasa. Secara automatiknya paling picisan pon restoran mahal. Sepinggan lauk cecah puluhan ringgit, no hal! Warung biasa memang tak jejak la. Pasar malam pon hanya pegi yang 'selesa'. Bila nak lepak, bukan di mapley dah ye kengkawan. Tapi di Old Town, PappaRich dan paling cikai pon di McDonalds.

Last time masa lepak ngan Ejad kat Alamanda, sambil-sambil belek barang Body Shop, sempat la jugak sembang bab ni. Ejad cakap susah kalau tak sekufu, yang biasa-biasa ni kena high maintenance and of course perlu banyak investment. Tapi memang ada yang sanggup habiskan duit bulanan untuk ke situ je. Makan tempat mahal, shopping branded stuffs and so on. Terpulang la kan dah kau rasa masih mampu nak berlagak kaya. 

Tapi jangan plak kau berkeluh-kesah kat rumah kalau boyfriend or girlfriend asik nak makan mewah. Bila dah tak mampu, berterus-terang je la. Pastu kalau pasal nak downgrade tempat makan pon dah gaduh besar, sebelum dia say goodbye, baik kau yang blah dulu. Serious. Bukannya kita nak nak makan kat tempat jijik kan? Kalau kau ajak gi makan dalam parit kot la tak leh terima. Tolong la cerdik sket, kalau simple thing camni pon dia tak leh tolerate or terlalu bongkak untuk terima kau seadanya, masa depan kau takkan cerah. 

Or kau suruh je dia belanja. Tapi, dia tak larat plak nak belanja hari-hari kan? Situasinya selalu macam ni, boyfriend kau ada bajet 30 hengget untuk lunch. So dia pon ajak la pegi makan kat Kenny Rogers. Tapi dia tak tau yang kau ada serdak-serdak je dalam purse. Pastu jadi gaduh besar. Boyfriend kau cakap kau memanjang takde duit. Padahal semalam dah mencekik Manhattan Fish Market tu pe jadah? Sori, bagi aku boyfriend kau ni memang gila dan takde rasional akal. 

Melainkan kau memang berlagak kaya kaw-kaw depan dia. Tapi sebenarnya kau pokai macam aku. Haha. Dalam relationship ni kena honest. Sebab duit ni makin belanja, makin habis. Awal bulan scholar masuk, orang bagi duit makan kau sebulan. Tapi sebab boyfriend kau yang high maintenance tu, belanja sehari seratus, lepas lima hari kau dah collapse, mental breakdown, pinjam kawan, pinjam along. Haishh..kawan plak tak nak bagi pinjam, busuk hati. Bila dah bagi pinjam, kau gi makan KFC. 

Effect tak sekufu ni bahaya. Mula-mula kena kat diri sendiri je. Lama-lama merebak kat family plak. Aku pernah dengar cerita pasal somebody yang aku tak kenal pon, tapi join je la gosip kan..This girl, bila kapel ngan anak orang kaya, dia dah malas nak balik kampung. Dia jadi rimas sebab umah kecik la kot, then takde internet, some more apetah lagi. Parents dia sendiri cerita kat sedara-mara. Boleh bayang tak betapa kecewanya orang tua dia. Hari tu dia lepas kahwin, dua hari lepas kenduri terus tak sabar nak keluar umah. Tinggal la mak ayah ngan adik-beradik lain nak kemas umah yang bersepah tu. So mak sedara ahli mesyuarat tingkap sekalian ni buat la teori yang mungkin laki dia yang dah panas punggong nak cabut cepat. Memang tak nampak harapan la diorang nak balik beraya pasni. 

Aku ingat benda ni jadi dalam drama tv je. Tak sangka plak jenis anak derhaka camni memang ada. Aku curious bila sebenar-benarnya turning point budak ni. Bila dia start compare family dia ngan laki dia. Bila dia start tak boleh terima family dia seadanya. Bila dia rasa tak suka and rimas dengan family dia. Berapa lama dah dia sabar duk ngan family dia sampai dia tak sabar-sabar nak blah lepas kawen tu. Kesimpulannya kes ni, bahaya woo. Cukup bahaya.

Sebab tu, yang terbaik adalah pasangan yang sekufu.

Walaubagaimanapon, tak pernah lagi orang cipta alat penyukat untuk tentukan kadar kesekufuan antara dua manusia ni. Sebab tu, yang terbaik juga adalah pasangan yang bertoleransi. Kurang sikit or lebih sikit tu patut tak menjadi masalah. Dan yang paling penting, jangan lukakan hati mak ayah.

Anak pompuan, walaupon kena lebihkan family suami, jangan tinggalkan mak ayah macam tu je. Hari ni kalau pun betul setan ape ntah rasuk kau sampai tak suka kat mak ayah sendiri, besok bila diorang takde, aku gerenti, kau nangis jugak.



Tamak haloba, asik compare itu dan ini, sendiri bikin susah hati.

Bagai hanjeng dengan bayang-bayang, orang tamak selalu rugi!

Pernah tak korang jumpa orang yang dalam hidupnya selalu tak puas hati dengan segala benda, particularly tak puas hati dengan boyfriend atau girlfriend, lagi teruk kalau tak puas hati dengan suami atau isteri sendiri? Ramai orang dalam dunia ni selalu compare partner masing-masing dengan partner orang lain. Wadehel?! 

Contohnya, boyfriend kau anak orang kaya, bab harta cukup serba-serbi, kalau kau jadi kawen pon tak kebulur la...tapi kau tak puas hati dengan sikap dia yang tak caring, tak understanding, tak berapa nak charming and so on, macam boyfriend kawan kau. So kau akan compare every single thing, kau busy body nak tau boyfriend kawan kau tu cenggini cenggitu tak macam boyfriend kau. 

Kau akan paksa kawan kau meletakkan dirinya dalam kasut kau, pastu camna dia akan react kalau boyfriend dia perangai macam boyfriend kau. Kau bagi tekanan kat kawan kau supaya bagi jawapan yang kau nak, kalau dia respon tak ikut skrip kepala kau, kau paksa lagi dan lagi. Bila kawan kau back up boyfriend kau, kau naik hangin. Sebenarnya kau nak suruh kawan kau tu maki hamun boyfriend kau seround ke? Nak maki senang je, berbakul-bakul skrip sampai besok pon tak habis. 

Dalam kes ni aku rasa memang patut pon boyfriend kau macam tu. Aku pon boleh jadi tak tahan ngan kau, apatah lagi boyfriend kau. Suppose kita akan jadi diri sebenar depan boyfriend kan? So aku boleh bayang betapa sakit mentalnya boyfriend kau bila kau buat perangai ni. Kau nak boyfriend kau dari golongan kaya-raya, tapi kau expect attitude dia macam orang yang membesar dalam keluarga yang susah-payah demi sesuap nasik, punya kesabaran yang tinggi, sanggup susah senang dengan kau, memahami kepayahan kau, terima kau seadanya, memang tak arr. Dalam erti kata lain, IN YOUR DREAM! Kau pon tak terima diri dia seadanya.

Kau jadi tamak haloba sebab nak boyfriend kau tu lengkap serba-serbi. Be careful of what you wish for. Kalau boyfriend kau tu perfect, kau rasa dia nak ke kat kau? Kemungkinan besar dia cari je yang spesis perfect jugak. Ke kau rasa diri kau tu perfect sangaaatttt? *mata ke atas, tangan ke bahu*

Seriously, mana ada manusia yang perfect. Kita ni saling melengkapi kekurangan masing-masing. Sebab tu kita hanya perfect for each other. Kalau tak, we're not meant to be together la. Pada mata orang lain, Mr.D takkan perfect. Aku pon takkan perfect. Never! Tapi masing-masing saling topup kekurangan tu. Aku kalut, dia relax. Aku pemarah, dia penyabar. Aku risau tak tentu pasal, dia buat bodo je. Aku stress, lagi la dia buat dono. Hish. Tapi dia ada je kekurangan sendiri. Ada benda yang aku akan berleter, ada benda yang aku boleh tolerate, ada benda yang aku memang terima seadanya. 

Actually aku pon pernah buat keje compare ni. Mr. D pon pernah tanya kenapa asik nak compare dia ngan orang lain, then suh aku gi la kapel ngan orang tu. Time tu aku bukan la nak mintak dia berubah totally tapi ada la berharap dia sweet sket macam orang lain and so on. Hingga lah sampai satu masa, cilakak rupanya perangai orang tu. Aku bersungguh-sungguh cerita kat Mr. D and time tu baru sedar yang aku tak nak boyfriend yang once in a blue moon sweet nak mampus tapi sebenarnya treat girlfriend macam sampah. Mr. D tak pernah buat aku camtu, cukup la..aku tak nak mintak lebih dah.

So, please jangan compare boyfriend kau dengan boyfriend orang lain. Please jangan tamak haloba nak boyfriend kau ada semua ciri jejaka idaman malaya. Instead of wishing something impossible, you better work on something you can control, something you can change, like your attitude. Yes, your freaking awful attitude! Normally I would use the other F word, but I'm trying to behave now. 

Please, please, please, jangan sebab kau tak puas hati ngan boyfriend kau, kau expect orang lain plak yang akan puaskan kau. Rule number one, jangan drag orang lain dalam relationship kau. Mr. D pernah cakap, kalau tak puas hati ngan dia, jangan cerita dengan orang lain, cakap terus-terang ngan dia. Biar dia tahu, biar dia ada peluang untuk bagi reason kenapa dia behave macam tu and jangan compare apa yang dia buat dengan orang lain. 

Memang kat sekeliling kita ni ramai yang boleh bagi nasihat berguna, tapi tak kurangnya jugak ramai yang boleh jadi batu api. Sepanjang aku dipaksa involve dengan relationship orang lain ni, satu benda ja yang aku tak leh tolerate iaitu maki hamun kesat, kasar dan lucah. Kalau takat kau tak puas hati boyfriend kau nak lepak ngan kengkawan dia, aku akan back up boyfriend kau sebab ada masanya kau pon nak lepak ngan kawan tadika kau kan? Tapi, aku dengar ada orang yang jenis tak pikir panjang, dah la dengar cerita sebelah pihak, terus suruh break up. 

Kau sepatutnya tahu apa yang kau nak. Buat apa kau nak tanya pendapat semua orang tentang masalah dalam kelambu ni. Kalau kau tak suka perangai dia sangat, break up je la. Tapi kau sayang kan nak break up dengan ikan besar camtu? Dah tu, tahan je la.. Jangan bising. 



Tips untuk tertido tiba-tiba

Ohoi..happy new year!

Tahun ni malas dah nak buat resolutions sebab memanjang tak complete. Plus, tahun ni just nak kuruskan badan dan kumpul duit kawen. Haa..simple tak simple sangat la resolutions aku. 

Kali ni nak blog pasal penemuan baru. Lepas grad ni aku dah takde keje kan, so malam memang jadi burung hantu. Tido pas subuh, bangun plak dah boleh lunch. Makanya agak risau dengan tabiat ni memandangkan nanti kalau keje, tunggang-langgang hidup. Jadi aku dah start prektis tido awal at least before 2 am. 

Hari tu, pusing-pusing mata ni tak nak jugak lelap. Main Candy Crush, Odus aku asik jatuh  then habis life begitu je. Tensen aih. Odus tu plak masa nak jatuh tu kan terkinja-kinja bikin panas. Tapi Mr. D lagi lawak..haha. Boleh plak bila dia tengok contohnya kaler biru tu kritikal, mangkuk Odus tu dah senget habis dah, dia pegi jalan yang biru jugak. Psiko. Tapi habis la dia main dua hari. Nyampah.

Kisahnya, akhir sekali Mr. D suggest tengok youtube pasal 'How to fall asleep fast'. Aku pon follow and interested dengan satu video insomnia hypnosis. Yang aku bukak tu duration dalam 12 minit lebih. Ada banyak lagi, tapi yang ni macam tak terlalu pendek and tak terlalu panjang. Ni kat bawah ni.



Awal-awal video tu memang dia dah cakap jangan tengok masa driving or buat keje yang kau memang kena sedar. Cehhh..skeptikal aku. Takpe..layankan lagi. Then dia siap cakap, by the end of this video, you will fall asleep. Yela tu.

Tapi aku nak try jugak la. Aku follow instruction. Tak habis-habis suh relax everything, you deserve this bla bla bla. Imagine relax tu dari kepala turun ke tapak kaki. Lepas tu bayang ada kat pantai. Aku pon imagine la pantai kan...cantik kemain pantai aku.

Last sekali, tak sempat snorkeling ke naik banana boat ke, aku terus terlelap. Macam tu je. As simple as that! Vodo. Aku kononnya nak challenge la yang aku boleh stay sampai video tu habis. Pastu esoknya bila aku terjaga, siap dia tulis kat ending video tu 'Please like and subscribe when you wake up.'

Cehh. Tetap tak nak ngaku kalah. Aku tak like, aku tak subscribe.

Sape-sape yang tak leh tido tu sila lah try. Tengok tahap keberkesanan hypnosis ni. Seram plak. Macam ada jin jampi-jampi kat sebelah.

Scary.