Press Conference Feezah Hanimoon

Kalo diberi peluang untuk memilih satu perasaan yang paling tidak digemari, saya akan jawab begini.

Bagi saya, saya tak mahu hidup dalam penyesalan kerana saya tak suka perasaan menyesal. Saya tak suka bila sesuatu itu dah terlambat dan tiada ruang untuk berpatah balik. Penyesalan semestinya melibatkan keterlanjuran sesuatu, perbuatan tanpa akal fikiran, sesuatu akibat atas perbuatan yang tak pernah diduga etc. Semua ini sudah tentu membawa kepada kesedihan, kepedihan dan kesengsaraan. Dan saya tak mampu untuk menghadapi kekesalan dalam hidup.

Sekuat mana pon seseorang, sudah tentu dia akan melalui peringkat pertama dalam penyesalan iaitu tak dapat menerima hakikat sesuatu. Walaupun segalanya takdir Allah, tapi kebarangkalian 1% tetap akan terdetik dalam hati menolak aturan hidup. Memang benar jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan tuhan. Namun susah untuk menerima hakikat yang sesungguhnya langit tak selalunya cerah.

Saya mahu pulang Winter break ini. Saya mahu pulang menemui semua yang saya sayangi. Kebelakangan ini ramai kenalan yang menyahut panggilan Allah. Saya berfikir, apa yang akan saya lalui sekiranya tiba-tiba Papa, Mama, Wani, Ariff atau Mr. D dijemput Allah ketika saya di bumi perantauan ini. Saya mungkin tertanya mengapa perkara ini terjadi dan mempersoalkan takdir ketika emosi di luar kawalan. Dan yang paling menakutkan, apakah tahap penyesalan yang saya akan lalui sekiranya saya tak sempat menemui mereka yang tersayang buat kali terakhir, walaupon saya mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Dan sudah tentu apabila saya menyesal, peluang itu sudah lenyap dan segalanya terlambat.

Di tengah lebuhraya dalam perjalanan pulang beraya dari Teluk Intan, Perak. 5 km dari susur keluar ke Kulim, papa dan mama berbeza pendapat. Mama mahu terus pulang kerana esoknya kerja. Papa mahu singgah ke Kulim untuk menjenguk orang tuanya. Akhirnya papa mengalah dan setibanya di susur keluar, papa tidak membelok. April 2002, arwah Tok Jam pergi meninggalkan kami semua disabitkan dengan pembunuhan kejam perompak. Panggilan telefon pukul 5 pagi dari kampung sudah tentu membuatkan papa tak senang duduk, menggeletar dan yang paling ketara....menyesal. Papa seorang yang tabah dan rasional. Tapi sehebat mana pon, papa tetap dibelenggu penyesalan sampai sekarang.

Panggilan telefon saya ke Malaysia, papa sering bertanyakan tentang semester break. Namun papa tak menyebut apa mahunya melainkan bertanya. Hingga lah saya mengambil keputusan memberitahu papa yang jika tiada aral melintang, saya akan pulang. Papa gembira dan memang dia mahu saya pulang. Papa cakap, "Baliklah tengok mak ayah." Baik papa. Selagi mampu Hanim akan balik dan takkan melepaskan satu peluang pon, demi Hanim tak menyesal suatu hari nanti. Papa sebenarnya tak mahu pisang berbuah dua kali.

Penyesalan terdiri daripada pelbagai kategori. Menyesal memadam jawapan yang betul ketika peperiksaan. Menyesal tidur lambat dan bangun sangat lambat hingga jumlah mati dalam sehari melebihi hidup. Menyesal beli sesuatu kehendak terlalu awal, sedangkan minggu depannya sale. Namun saya tetap berpendapat bahawa sekiranya saya memilih untuk tak bertemu orang yang tersayang, penyesalan hidup yang paling berat adalah saya terlepas peluang terakhir atas pilihan sendiri untuk bercakap dengan mereka, melihat mereka ketawa dan memegang tangan mereka yang masih panas.

Jangan ditanya kenapa saya mahu balik Winter ini atau Winter yang lain. Jangan dipersoal kenapa saya mahu praktikal di Malaysia. Jangan serkap jarang yang segalanya semata-mata cinta kepada si dia. Sebab sekiranya saya hidup dalam penyesalan, adakah ada antara mereka yang gah bercakap ini akan merasa penyesalan yang sama? Memang benar pengalaman di sini sangat berharga dan elaun mahal. Memang benar saya berpeluang menjelajah dunia sementara berada di sini. Tapi semua ini boleh ditebus kembali jika mahu. Saya masih boleh mencari pengalaman di sini kemudian hari. Saya masih boleh melancong ke Europe jika keadaan mengizinkan. Saya tak terkilan jika tak berpeluang sekalipun. Adakah saya masih boleh bertemu mereka yang meninggalkan saya selamanya? Dan benar saya akan bertemu mereka di alam akhirat, tapi dalam keadaan yang bagaimana?

Saya memang lemah kerana saya sejujurnya takut untuk kehilangan orang yang tersayang. Hakikat yang saya masih belum kehilangan salah seorang dari mereka lagi membuatkan saya lebih takut. Saya tak mempersoalkan kuasa tuhan dalam hal di luar jangkauan manusia ini. Saya hanya merancang untuk tidak melepaskan setiap peluang bersama mereka. Namun sekiranya Allah mempunyai aturan yang lebih baik, hamba yang hina ini sangatlah tak berupaya untuk menentang.

Saya selalu berdoa supaya Allah jangan jemput mereka selagi saya tidak bersedia, sedangkan saya tak akan pernah sedia. Maut tak akan cepat atau lambat walau sesaat. Atau mungkinkah Allah telah lama menerima doa saya dan akan menjemput saya dahulu sebelum mereka? Persoalan ini hanya akan diketahui jawapannya bila sudah sampai masanya.

Wahai kawan-kawan, khabarkan padaku... Adakah apa yang saya fikir ini tak berasas? Saya hanya takut untuk kehilangan orang tersayang. Dan lebih takut sekiranya saya terlepas peluang terakhir untuk bersama mereka. Memang Allah menentukan segalanya, tapi andai kata ia disabitkan dengan kemahuan hati, saya tentu tak dapat memaafkan diri sendiri kerana membuat pilihan yang salah. Mungkin ada yang berpendapat biarlah segalanya terserah pada takdir kerana masa depan adalah rahsia Allah. Saya setuju. Tapi kita sentiasa diberi pilihan untuk menentukan gambaran awal masa depan.

Kawan-kawan, apakah penyesalan dalam hidup yang paling unbearable bagi anda? Adakah jenis perasaan lain yang membuatkan kita tersungkur jatuh selain daripada menyesal?

Untuk sesiapa yang tak pernah tahu lagu Menyesal, tengok klip ini. Hayati liriknya dan anda akan tahu kisahnya.



Semasa mengarang entry ini, saya tak sama sekali emo dgn siapa pun. Ini hanyalah emo dengan diri sendiri. Saya memang mempunyai sindrom ETT iaitu emo tiba-tiba. Unpredictable. Setelah membaca kembali sepintas lalu, dari kacamata pembaca, saya rasa entry ini agak over kerana saya tak pernah melalui tragedi lagi. Tapi jika meletakkan diri dari sudut lain, saya yakin ada yang pernah melaluinya dan tidak boleh tidak setuju dengan karangan SPM terbaik ini.

Motif saya gunakan frasa italic maroon ini adalah supaya calon-calon SPM yang google karangan tertipu lagi. Haha...need something to cheer me up back <(^_^)>














6 comments:

chadleyh said...

=( sedih...nk balik umah..pastu rase cam xnk balik sini dah.. =(

jera said...

the exact reason why only a tiny piece of my heart is left here. aku dh xmo jauh dgn org2 yg aku syg.

mun, sejujurnya aku jelos kt hg. bleh calling2, bleh blk jumpa ayah hg suma, bleh dgq dia rindu dlm senyap bila ckp dgn dia, bleh dgq wisdom2 dr seorng bapak... ;)

enjoy your stay in malaysia. aku insya Allah bln 4 blk la! weeee.

neesa said...

hehe MOONNNN~~~ mak aku pon suh blik this winter break.hee :D

tp tgkla dlu.duit cane.huhu

Feezah Hanimoon said...

tasha: aku pon bila go thru balik emotional jgk. syndrom ETT aku mmg x dpt dibendung. haha:)

jera: weh, jgn jeles dan sedih. ang leh antr pahala banyak2 ke sana. kalo ang kaya nnti, bina la sumting beneficial untuk org ramai. pahala x putus cmtu:)

btw, ang blik for good ka?

neesa: kalo ada duit, balik la. tak rugi. duit simpan pon tak guna kan? sb duit banyak mna pon tak boleh beli masa lepas. ni personal opinion ja:)

feemitidee said...

Semoga selamat pergi dan selamat balik ye koranggggg. Amin!

Mr. D said...

(^^,)